Saturday, December 10, 2011

Tunang sape la tu....

Lawak la My Prince. Sebenarnya dah beberapa hari dia minta aku buat survey kat showroom kereta. Suruh tanya segala details. Pastu dia dah berkenan dah dengan satu offer tu sebab interest yang ditawarkan murah sikit kalau nak dibandingkan dengan beberapa kedai lain. 

Pastu malam tadi tengah aku dok bincang-bincang dengan dia. Dah hampir nak close deal niiii.. Tetiba ada incoming call. So, aku jawab la. 

OMG, that salesman tu yang call. Hagak2 la bang oi kalau pun kau nak cari makan pun. Takkan pukul 11 malam pun still nak carik customer. 

Pastu bila aku bagitau My Prince, tetiba perbincangan tentang kereta dah bertukar pulak kepada perbincangan tentang salesman. Muehehe... 

Aku cakap, anggap je la dia nak cari rezeki, yang.... 

Siap tanya umur berapa, muda ke tua, dah kahwin ke belum... Dah tua la yang oiii.. Tak hensem pun. Haha! Aku pun terkejut gak dapat call malam-malam buta. Cenggini eh orang nak carik rezeki????

DANNNNN, malang la bagi that salesman sebab My Prince tetiba sentap. Dahhh tak nak beli dah kereta dengan salesman itu. Silap besar la kau bang call aku pukul 11 malam time aku dah hampir nak close deal dengan  bakal tukang bayar kereta tu. Hmm, tak dapat la nak tolong kau. 

Tunang sapa la tu.... Huhu~

No comments: