Monday, December 12, 2011

Ujian ALLAH

Tadi tengah leka baca blog Kak Mawar, wanita berusia 26 tahun yang baru 9 bulan kematian suami saat baru mengecapi nikmat alam berumahtangga selama 3 tahun, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi sms masuk ke telefon aku. 

"Abg kt hospital. Xcdnt kt tmpat keje. Sket je. Blik nnt abg gtau. Xyah bimbg."

Mana boleh tak bimbang. Pastu aku balas sms, tengok mesej pending. Try call, dia tutup pulak. Phewwwwww!

10 minit kemudian, dia sms lagi. 

"Ada besi kot dalam lengan. Ni nak tunggu x-ray."

Boleh pulak main kot-kot. Betul la tu... Pastu aku call. Boleh pulak dia cakap, "Bateri takde ni."

Fuhhh, kalau bateri handset boleh topup macam reload kredit, kan senang...

Dah satu kerja pulak aku kena cal bagitau mak dia. Lagi la orang tua tu bimbang. Bukan anak sendiri yang call bagitau. Aku dah cuba sebaik mungkin untuk susun ayat lembut-lembut elok-elok tak nak bagi his mom terkejut. 

Walaupun My Prince dah cakap takde pape, dan sikit je, mak dia macam tak nak percaya apa yang aku cakap. Ye, bimbang seorang emak. His mom kata, kalau boleh dengar sendiri suara dia, baru la boleh detect betul takde pape atau dia tipu2 je kata xde pape. 

Tapi aku rasa xde pape kot. Sebab aku dah dengar suara dia. 
Sekarang ni pun, dia cakap susah nak sms sebab tangan kiri ada serpihan besi tu, pastu tangan kanan dimasukkan ubat. 

Hmmm, semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH, sayang. Sakit itu kifarah dosa. Sabar ye.


Sedih baca blog kak Mawar. Bayangkan kehilangan suami di usia 26 tahun. Saat baru 3 tahun berkahwin. Hanya ditemani 2 anak perempuan, aku rasa aku tak cukup kuat untuk melalui dugaan sebegitu. Sebab tu bila dapat sms dari My Prince tu, rasa mudah je nak menangis.Tapi aku tahu, ALLAH hanya berikan ujian yang mampu ditanggung oleh hamba-hambaNya. Betapa aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Saat aku dan dia masih lagi terkalut-kalut membincangkan hari-hari bahagia kami, rupanya ada yang sedang menggenggam kekuatan untuk tabah menempuh setiap ujian ALLAH. Aku ingin bahagia ini berpanjangan ya ALLAH. Di dunia dan di syurgaMu ya Rahim... Amin..

No comments: