Friday, December 2, 2011

Vacation update

Baru balik dari bercuti kononnya... Maklum la, badan dah 6 bulan bela lemak. Tetiba kena berdongdang sayang  jap penghuni-penghuni lemak sakelian alam dalam badan aku ni 3 hari, terus sakit badan hari ni. Haha! Padan muka aku~

Bukan bercuti jauh punnnnn. Sutra Beach Resort je. Sebenarnya sepupu aku yang ajak. Saje nak bawak anak-anak dia bercuti. Memandangkan hubby dia keje, and dia pulak dah dekat nak bersalin, dia ajak la aku tolong pantau anak-anak dia same. Sambil-sambil bawak adik aku jugak bercuti. Tapi girls only la kannn... So aku bawak adik aku yang baru habis PMR tu dengan si bongsu umur 7 tahun tu. 3 days and 2 nites. Ok la, boleh gak buat release tension otak aku nih.

Takde keje lain pun budak-budak tu kat Sutra tu selain mandi kolam, mandi kolam dan mandi kolam. 1st day tu aku temankan aje.Bersama majalah Jelita, Harmoni dan Rapi. Cehhh, nakkkkk jugakkk mention. Pastu 2nd day tu baru aku join sama. Tu pun turun ke kolam dah petang dah. Dari pukul 3 santak ke pukul 6 petang. Pastu naik cepat2 bersihkan diri untuk solat Asar.

Malam tadi, sorang-sorang tido awal giler. Malam memula tu pukul 12 tghmlm pun masih dok bergurau dalam bilik lagi. Tapi malam tadi, pukul 9.30 dah pengsan dah. Sampai aku yang tengah berbual-bual dengan sepupu aku nih confuse ingatkan dah tengahmalam dah. Padahal malam masih muda. Hehehe.

Dah la masa dalam perjalanan ke Sutra tu, tetiba aku teringat ak lupa nak bawak cardigan. Tshirt pulak semua yang jenis tak berapa ada lengan. Nasib baik sepupu aku berhenti kat kedai nak belikan baju mandi anak-anak dia. 'Terpaksa'  aku beli cardigan baru. Huhu...

'Yang, i terpaksa tauuuu....'

Tapi sebab dah lama aim cropped shoulder puff cardi, so aku sauk yang gitu la ari tu.. Mwahaha! Putih pulak tu... terus jatuh cinta pandang pertama. Hehe...

Choc cup cake. Tapi bagi aku resepi ni buat kek aku keras. Kena guna resepi lama next time.


Adik aku bersama sepupu2

Lifeguard yang tak reti berenang

Tak sangka adik aku reti berenang. She is just 7.....

Dengan kawan baru

Memula sampai tu kami dapat bilik 129. Sila la aim bilik ni. Sila jangan pilih bilik yang ni. Aircond rosak, remote controller tv and aircond xde, lampu ada yang xberfungsi, sinki tersumbat. Dua kali technician datang baiki aircond kat bilik. Mula-mula tu ok, pastu malam tu, siries panas. Budak-budak tido tanpa baju. Tu pun berpeluh-peluh, so my cuzzy call la bahagian receptionist tu. Hahhh, lagi satu telefon pun rosak. Cuzzy call guna handset dia. Dah pukul 12 lebih dah masa tu, technician datang tengok-tengokkan aircond, pastu check yang outdoor part sume tu, pastu datang bagitau memang aircond rosak. So dorang suruh pindah bilik. Tapi budak-budak sume dah tido, malas nak berangkut malam-malam, so sepupu kata pindah esok je.

So dorang datang bagi kipas. Mwahaha! Kelaassss kan tido kat hotel pakai kipas. Hehe...Tergelak-gelak sepupu aku call bagitau suami dia.

Nasib baik lepas tu dapat bilik yang sume ok. 

Last day

With cuzzy

Breakfast

Jangan tertipu dengan kuetiaw sepinggan itu. Mwahaha!
 Pinggan nasik lemak dan mangkuk bubur nasi dah ditolak ke tepi. Hehe.....


So, balik dengan rasa puas hati la. Minda pun agak tenang sebab 3 hari kat sana memang tak pikir apa pun. Bersantai-santai je. Tido, makan, mandi kolam. Tu je.


Subhanallah

Ohsem~

No comments: