.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, December 30, 2012

AMANAH 2013

1) Guru Perpustakaan & Media
2) Guru kelas 3 Wibawa
3) Guru Panitia Bahasa Inggeris
4) Pembantu Warden
5) Guru 3K
6) Guru Penasihat Puteri Islam
7) Setiausaha Kelab Staff Sekolah
8) Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam
9) Guru Penasihat Kelab Bola Jaring
10) Guru Penasihat Rumah Hijau

Alhamdulillah, peluang memperkayakan pengalaman dan pengetahuan. 



HELLO 2013! I AM NOT GOING TO ASK YOU TO BE NICE, 
BUT I'LL MAKE YOU AWESOME! InsyaALLAH.




Selain dari itu, saya juga AUTHORIZED DEALER OF PREMIUM BEAUTIFUL, LACTOLITE, MAHARANI, BIOZONE FOOD PURIFIER AND ETC. 

Do contact me for further info. I'll recommend the best way of payment scheme based on your budget too! 

Friday, December 28, 2012

Pusaka untuk suami

Suami ada senaraikan menu yang aku perlu masak dan simpan dalam fridge hari tu. Tapi macam bertambah pulak senarainya dari hari tu. Hehe... Pagi esok dah nak berangkat ke pulau. Dah la naik flight suami tak hantar kat airport. Tapi ok la, tak de la aku nangis tak berlagu sangat bila nak tinggalkan dia, kan... 

1. Nasi goreng DONE!
2. Mi goreng DONE!
3. Sambal bilis DONE!
4. Sup bebola daging 
5. Sagu dan kuah kastad
6. Sambal tempoyak daun kunyit
7. Air lada

Sempat la tu kan masak malam ni. 

Ok, sape yang berminat untuk mendapatkan Premium Beautiful dengan aku, offer masih lagi dibuka. Rugi sape yang tak rebut peluang ni. Ada free gift that you gonna love it and discount price
SMS, PM, whatsapp me at 013 9943935! 

Thursday, December 27, 2012

Hello 2013!

Assalamualaikum. Lamanya tak update blog. Banyak cerita nak share. Tapi masa membatasi segalanya. 

Sedar tak sedar, cuti sekolah berbaki cuma 5 hari lagi. Dan Sabtu ni aku harus meninggalkan suami dan rumah kami untuk berbakti untuk anak bangsa, ecewahhh! Pasrah la tu kononnya... Tapi kerana "Saya yang menjalankan tugas", maka redha adalah langkah terbaik untuk diambil. 

So, hari ni dan esok, aku harus siapkan kemas rumah, susun baju suami elok-elok, masakkan readymade meal untuk suami. Haisy, peritnya dalam hati bila renung muka suami. Dah jadi benda biasa bila kami bergurau bergelak ketawa, dan aku terdiam dan menangis. Suami isteri yang berjauhan je tahu apa yang kami rasa. 

Suami dah siap-siap beli barang untuk aku masakkan 

1. Sambal tempoyak daun kunyit
2. Sambal bilis
3. Nasi goreng
4. Mi goreng
5. Kuetiaw goreng.

Then aku akan pack kan siap-siap, susun dalam fridge. Nanti pandai la dia panaskan bila nak makan. Tu je yang terdaya untuk aku buat. Alhamdulillah kerana mendapat suami yang memahami. 

Sabtu ni aku akan kembali ke pulau dengan menaiki penerbangan Berjaya Air. Dan rasanya aku harus berjimat banyak untuk pergi dan balik dengan flight untuk 2,3 bulan lagi. 

Nasib baik bonus dari bisnes Premium Beautiful ada untuk tampung perbelanjaan kami yang akan datang. 

Hari tu kami balik kampung. Pagi Jumaat bertolak balik untuk hantar adik-adik. Dan pagi Isnin kembali semula ke Labu. Merasa la menggigil mandi di musim tengkujuh di kampung. Paling best bila dapat bergulung dalam selimut selepas sembahyang subuh. Bertuah punya menantu kan. Bangun pukul 9.30 pagi, mertua ajak breakfast. Siap temankan lagi. Dulu, baru-baru kahwen, gigih aku bertunggu tangga di dapur siapkan bahan untuk mertua masak sarapan. Hehe... 

Tapi canenya nak bangun kalau suami tak izinkan. Kan? Haha! 

Dan paling manis bila malam terakhir di kampung kami kena tinggalkan kereta di atas jalan raya kerana rumah mertua dah ditenggelami air separas lutut. Merasa la perjalan berdua dengan suami malam-malam buta mengharung air banjir dan hujan ke rumah mertua. Bestnya... Dah lama tak main banjir. Rasanya tak pernah pun sebab rumah aku jenis yang tak pernah banjir bila musim tengkujuh. 

Sebenarnya selain dari hantar adik-adik ke kampung, kami pulang hari tu untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupuku. Selesai sudah majlis perkahwinan batch 1986 dalam keluarga kami yang dimulai oleh aku pada 14 Mac 2012, uncle paling bongsu belah umi pada 31 Mei 2012 dan sepupuku Huda pada 21 Disember 2012. Tak sangka takdir menentukan kami dilahirkan pada tahun yang sama dan juga berkahwin pada tahun yang sama. Alhamdulillah. 

Mr. & Mrs. Polaris ~ 14 Mac 2012
Ayah Su & Che Su ~ 31 Mei 2012


Huda & Rizal ~ 21 Disember 2012

Jeles sangat tengok wedding ayah su and Huda yang awesome tu. Sebab wedding aku simple je. Bajet ciput. Hehe... Tapinya memang cemburu tengok baju sanding mereka gojes-gojes, pelamin cantik... Wuwu! Tapi takpe, yang penting dah selamat menjadi halal kepada kesayangan masing-masing. Tu yang paling utama, kan... 


Dan paling mahal.....


We are awesome! Hehe.... 
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... 

Dan kini aku sedang pujuk-pujuk hati untuk bersedia kembali ke tempat kerja. Tutup buku lama, dan buka buku baru. Semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk kami dan rumahtangga kami. Semoga di first staff meeting nanti aku bakal mendapat sesuatu yang dalam kemampuanku. Amin. 


HELLO 2013
I WILL NOT ASK FOR YOU TO BE NICE
BUT I WILL MAKE YOU AWESOME!

Tuesday, December 18, 2012

Laksa Penang in de house!

Setelah hampir sebulan mendiami rumahku syurgaku ni, baru hari ni berkesempatan masak-masak dan jemput kawan ke rumah. Housewarming katernyeee.... Hehe.. 

So sebab ni kali kedua buat laksa penang, aku nak kena taip resipi sebab takut lupa. Resepi pun aku cilok dari dapur Cik Mat Gebu... Tapi ada la ubah sikit-sikit ikut kesesuaian rasa. 

So, kita letak resipi kuah je la kan... Takkan nak rebus laksa kering pun pakai resepi. Ye dok? Hehe... 

RESIPI KUAH LAKSA PENANG. 

2 ekor ikan kembung rebus
1 tin sardin Ayam Brand tin sederhana
1 bij bawang besar merah
2 inci lengkuas
2 inci belacan
2 sudu cili giling
1 sudu setengah pes asam jawa Adabi
3 keping asam 
Segenggam daun kesum
2 batang bunga kantan
Garam gula secukup rasa
Secawan nenas di dadu

1. Blender bawang, lengkuas, dan belacan hingga halus. Masukkan ke dalam periuk berisi air. Dalam 2 liter kot. Aku masak main campak2, agak2 je. 
2. Masukkan cili giling, asam pes asam jawa. Gunakan api perlahan. 
3. Blender isi ikan kembung bersama isi sardin dan juga kuahnya. Juga masukkan secawan air semasa mengisar. Kisar ikut citarasa nak halus ke, nak manja2 je. 
4. Curah ke dalam periuk. 
5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Sebatang bunga kantan aku belah 4, sebatang lagi aku hiris-hiris. (Erkkk, se'batang' bunga kantan kahh??? Atau se'kuntum'?)
6. Masukkan nenas yang di dadu. 
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar mereneh selama 40 minit dengan api perlahan. 

Hidang bersama daun salad, telur rebus, nenas dadu, timun batang. 
Kalau suka boleh tambah hirisan cili padi dan limau kasturi. 



Mr. Polaris balik kerja tadi lewat sejam. Lepas hulur air, aku tanya nak laksa tak?

"Boleh makan dulu ke? Takyah tunggu Amir? Lapar giler nihhh?"

Ok, bigboss rasa dulu. 

"Acaner Yang? Lulus?"

"Lulus." Terus lubang hidung kembang setaman. Hakhakhak!

Ok, aku pun dah rasa dulu sebelum Mr. Polaris balik tadi. Aku suka resipi CMG ni. Sedap. Terasa manis air nenas tu turun dalam kuah. Sedapnyeee... Jap lagi lepas solat Isyak rasa nak mengulang makan la.. Hehe.. 

Tadi Ida, rumet aku di Tioman datang bersama suami dia Amir. Wahh, dah terasa-rasa aura kecikguan lepas jumpa colleague. Hehe... Tapinya takmo la balik Tioman. Beratttt sangat hati. Tapi kerana "Saya yang menjalankan tugas" maka aku redha je la... 

Dorang datang aku hidang tu je. Air pulak aku buatkan air soda rebina. Sebabnya dorang berdua tak reti minum panas. Hikhikhik! 

Dan ini la kali pertama aku sedekahkan masakan aku untuk jiran. Sebabnya hari tu suami dia yang tolong suami aku carik rumah ni. Dorang berdua rakan sekerja. Harap-harap menepati la citarasa orang nogori. 

Nahhh, bahan bukti!
House warming


Untuk jiran
Sebenarnya kannn.... ni aku bagi kat jiran depan rumah je. Sebelah kanan rumah aku suami isteri Indon, belah kiri family Indian. Aku tak reti la nak bagi-bagi makanan kat orang yang tak sama fahaman dengan kita ni. Kannn... Lagipun makanan kot. Ramai yang berhati-hati dengan makanan. So aku playsafe dengan tak bagi pun dekat dorang tadi. Huhu.. Tak pe ke ehhh??? 

Takpe, nanti aku beli oven, beli handmixer, aku bagi kek je la kat dorang kan????

Lagi satu kannnn... gaji bulan Disember dah masuk. Sekali dengan bonus hujung tahun. Kawan kata separuh dari basic salary. Aku pulak hari tu, 9 Disember baru masuk bonus Hai-O rm3k lebih. Berpinau tengok baki dalam akaun. Maklum la tak pernah pegang duit sebanyak itu. Hikhik! Kesiannnn.... Tapi tetap alhamdulillah... 

Tapi yang banyak tu kena buat savings la. Bulan 1 sampai Mac taun depan musim monsun. Jeti Tanjung Gemok tutup. Cuma jeti Mersing yang beroperasi. Kami pulak dah duduk Labu. Jauh nyeeee suamiku nak kena drive. Kalau dulu about 4-5 hours jugak bergantung kepada trafik. Tapi niiii... Alahai, nak nangis rasa. 

Maka, kena la savings untuk tampung kos flight ticket. Dari KL-Tioman, return tickets Berjaya Air, RM 354. Biasanya kami jumpa dua kali sebulan. Ce darab. Menangis tengok jumlah. Hukhukhuk! Banjir lagi~ 

Tapi samanya kalau drive. Tol lagi, tiket feri, minyak, hotel, makan, minum, penat, mabuk laut... Sama je jumlahnya. Cuma nampak macam hidden cost sebab kita bayar sikit-sikit.

Takpe la, kalau ini yang tersurat untuk kami, kalau ini yang terbaik untuk kami, semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk kami. Amin. 

Tastier Spaghetti Olio with Tupperware Turbo Chopper

Dah lama tak post tentang masak-masak kat blog. Bukan tak masak, hari-hari masak, tapi ntah la takde mood nak share. Lagi pulak hati tengah syahdu mengenangkan cuti sekolah makin dah nak habis. Asal borak-borak dengan suami sebelum tidur mesti nak nangis-nangis. Sedih weh. Dah sebulan duduk bersama dalam rumah sendiri pulak tu. Lagi la..... 

Pagi ni niatnya nak masak Laksa Penang. Dah jemu makan nasik. Walaupun semalam masak sup daging, telur dadar dengan sambal tempoyak masak Mr. Polaris makan bertambah-tambah, tetap rasa nak ubah selera makan laksa pulak hari ni. Sebabnya kesian tengok daun kesum balance masak asam pedas hari tu dalam peti. Esok lusa dah nak balik kampung. 

So sebelum tidur dah rendam laksa kering tu. Dan pagi ni rebus laksa dan ikan. Tapi tengok spaghetti rasa nak makan spaghetti olio pulak dah. Lagi-lagia da sosej ayamas tu. Lagi la kecur liur. 

So, kelentung-kelentang projek spageti kat dapur pagi-pagi. 


Spaghetti Olio
Bila rasa, ehhhhh! Sedapnyeeee! Kenapa ye macam terlebih sedap pulak kali ni???? Oooooo, sebab aku guna Tupperware Turbo Chopper untuk kisarkan bawang putih dan cili padi. Senang sangat kerja kat dapur.   Rasa bawang putih tu lagi keluar. Perghhh, sedap hoiii... 

Memula beli chopper tu aku agak ragu2 jugak la dengan kebolehan chopper tu di dapur. Tapi, lepas guna, sikit pun aku tak menyesal guna. Tapi antara lesung batu, blander kering, blender basah dan chopper, aku rasa aku suka semua la... Hehe... Untuk kegunaan yang berbeza. 

Kalau lesung batu, aku perlu untuk tumbuk2 manja bawang putih dan halia untuk perap ayam ke. Untuk masak ke. Begitu juga untuk pecah-pecahkan serai. 

Kalau takde lesung batu, pakai blender kering pun best jugak sebab tekstur hasil tu nanti lebih kurang sama dengan bila kita guna lesung. Kalau nak tumis pape, senang sebab bahan tumisan tak berair. Cepat garing. 

Kalau blender basah pulak sesuai untuk blend bahan-bahan nak buat masakan berkuah sebab bahan-bahan tu mengandungi kuantiti air yang banyak. Kalau nak menumis aku kurang suka sebab bahan tumisan lambat kering. 

Kalau Turbo Chopper ni, sesuai untuk buat salsa, chop bawang putih untuk spaghetti sebab tekstur dia tak berair dan kering. Cuma dihancurkan. Aku suka la masak spaghetti guna Turbo Chopper ni. Memang senang sangat. Campak 5 biji bawang putih dan 2 ulas cili padi dalam chopper. Chop sampai hancur. Then tumis.  Dah perang campak spaghetti. Kacau rata dan masukkan garam dan gula to taste. Kemudian masukkan a dash of Italian Herbs dan blackpepper tumbuk kasar. Masukkan juga sosej yang dah digoreng. Kemudian, masukkan 1 sachet chilli flakes Dominos Pizza. Siap! Sedap!!!!


Cehhh, bagi petua macam dah 50 tahun berkecimpung dalam dunia masakan. Phuiii! Hehehe... 

Okeh, semalam ter'reveal' rahsia menambat perut suami lagi. Hehe.. Sebelum ni setahu aku dia suka masakan berkuah air, kurang suka kuah lemak. So macam singgang, sup sayur, sup daging and asam pedas tu dia suka sangat la tu...  

Tapi semalam aku masak sup daging, dan telur dadar. Then goreng ikan. Tetiba rasa tak lengkap pulak tak de sambal pedas-pedas. So, aku sms dia suruh beli santan pekat dan daun kunyit. 

Dia sampai je terus aku suruh ambil serai kat belakang rumah. Then dia pergi mandi dan solat. 

Aku kat dapur bubuh santan pekat secawan dalam kuali. Masukkan sebiji bawang besar dimayang. Masukkan serai yang diketuk dalam 2 batang gitu. Pastu bubuh tempoyak 4 sudu besar kot. Serbuk kunyit sikit. Letak asam sekeping, setengah cawan ikan bilis yang dah dibersihkan. Daun kunyit 3 helai dimayang halus, campak sekali dalam tu. Then add salt and sugar to taste. Ehh, lupa aku chop 4 biji cili padi dalam Turbo Chopper tu dan masukkan dalam kuali. Kacau rata. Then tutup api. 

Tapi kalau ada pucuk ubi kayu dan petai ni lagi terangkat nihhh! Sure aku tak pandang lauk lain dah. Hehehe. 

Then Mr Polaris siap solat, datang gosok-gosok perut. "Lapar giler nihhh."

Ok, nah. 

Bertambah-tambah makan nasik. Wee! Happynya.. Tak sabar nak tengok dia gemuk. Hehe. 

Rupanya dia hantu tempoyak. Sama la kiteee.. Hehe... 

P/S: Sape yang berminat dengan Tupperware Turbo Chopper boleh beli dengan kawan aku, Zuraifah Hamzah. Ada diskaun 30 ringgit jugak la ujung-ujung tahun ni.. Hehe.. 

Wednesday, December 12, 2012

nice date 12/12/12

Assalamualaikum, lama tak online. Mati kutu aku takde internet. Broadband Celcom lama, aku dah terminate hari tu. So, hari ni baru la dapat register untuk broadband Celcom for government package. Murah sket la... 

Comey tarikh hari ni. 

Tapi takde menda menarik pun selain kemas-kemas rumah, masak untuk suami dan adik-adik. 

By the way, kami balik kampung hari tu. Balik kejap je, 3 hari dua malam. Balik dari kampung, dua-dua demam teruk. Aku la yang lebih teruknya. Melepek je kat rumah. Dah lama tak demam teruk camtu. Allah bagi peluang bermanja dengan suami la tu kan. Hehe... 

Serik dah balik kejap gitu. Buat penat badan. Kami balik hari tu bertolak pukul 4.30 dari rumah. Sedang elok stuck dalam jem sebelum sampai tol Gombak. Phewwww, macam tak lepas nak tarik nafas. Lepas tol Gombak baru lega nak bernafas. Makanya, pukul 5 pagi lebih baru kami sampai ke kampung. Pukul 2 kot aku overtake driver seat, terus drive sampai rumah. Alhamdulillah, selamat sampai. 

Then, kutip adik-adik aku dua orang bawa balik ke Labu untuk temankan aku jadi Cinderella. Hehe.. Boring giler duduk rumah tunggu suami balik kerja. Mujur la aku kerja. Kalau memang jenis tak kerja, tak tau la... 

Sejak-sejak dah ada rumah sendiri ni, aku macam suka je shopping nak penuhkan rumah. Sindrom apa tah yag serang aku nih.. Mampuih habis duit claim, duit bonus nanti. Hehehe.. 

Orait, till then. Daa~

Tuesday, November 27, 2012

Cemburu Siri 2

Cemburu tengok kawan-kawan hamil. Takpe kan... Sambil doa-doa semoga ALLAH mengurniakan kami rezeki bila tiba waktunya nnati. InsyaALLAH. 

Suka je tengok masing-masing berseri-seri dengan baby bump.

Coursemate masa DPLI. 
Dulu aku suka tengok dia sebab muka dia cantik. Menarik. Hehe... Lembut jeee... 

ex-TMSian
Kuat semangat mommy to be ni... Dok jauh dengan hubby. Hubby di Semenanjung, dia di Sarawak. Dah la nak ke tempat kerja dia tu kena naik van, sampan... Fuuu... Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. 

ec-TMSian

Ni lagi sorang mommy kuat semangat. PJJ jugak dengan suami ni. Tapi tak nampak pulak baby bump nye.. Hehe.. Tapi tetap berseri. 

Rakan lain yang pregnant, Wani, Kak Kema, Kak Suri, Dilah, Yunie.... 

Paling suka tengok seri mommy to be is....

Omeeeyyyy
Katanya baby boy. Sebab tu mommy berseri-seri... Eiii, cemburu. 

Ibu - Qisya - Ayah
Foto kenangan semasa bersama arwah Qisya. Ibu tak tahu pun lagi Qisya ada dalam perut ibu.... Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup ibu dan ayah. 

Semoga berpeluang melalui detik ini lagi. Soon... InsyaALLAH soon. 




*   *   *   *

Dah terlalu banyak nikmat ALLAH kurniakan. Semoga aku kuatkan sabar dan iman dalam diri kerana ujian ini hanya peringatan dari ALLAH untuk sentiasa dekat dengan-Nya.

Inilah ujian yang sesuai dengan kesanggupanku. Keupayaanku. 
Saat mendapat perkhabaran anak sahabatku meninggal dalam perut ibunya semasa tarikh bersalin tinggal 2 minggu, jauh di sudut hati aku bersyukur. 
Kerana tidak diuji dengan ujian seberat itu. 
Alhamdulillah, ALLAH. 
Buat sahabatku, imanmu pasti lebih kuat dariku. 
Begitu juga semangat dan jiwamu. 
Anakmu menunggumu di syurga. 
Berbahagialah.... 

Cemburu

Ye, cemburu tengok isteri-isteri orang lain dapat masak-masak untuk suami. Tapi rumah kami takde stove. Redha je la hidangkan garden salad and sardine sandwich untuk suami. Kalau nak having heavy meal, terpaksa keluar makan di kedai. Sungguh cemburu... 

InsyaALLAH, hujung minggu ni balik kampung ambil kelengkapan rumah hadiah dari kenalan semasa wedding. Nak beli baru, sayang. Sebab semua dah ada. 

Aisyh, gian nak masak. 

Malam nanti nak berTwilight dengan suami. Eiii, tak sabar. 

Tapi alhamdulillah...Banyak nikmat yang ALLAH kurniakan... Terima kasih ALLAH... 

Sunday, November 25, 2012

Home sweet home

Alhamdulillah, semalam dah selamat masuk ke rumah sendiri. Penat kena bersihkan rumah, basuh bilik air, mop lantai. Penat tapi gembira. 

Akhirnya we have a place that can be called OUR HOME. Our sweet home dear... 

Alhamdulillah rumah ni dah dilengkapi dengan set bilik tidur di dua bilik, tv, peti ais, sofa, meja makan dan langsir. Alhamdulillah. 

Malam tadi penat sangat. Aku ni jenis perut manja. Buat kerja lebih sikit, urat perut mula rasa ngilu. Harap-harap hotel baby dah sempurna. Jangan goyah-goyah lagi. Goyah hati mommy tau! 

Malam tadi pun tido dekat pukul 2 sebab Mr. Polaris excited masuk rumah sendiri kot. Tu yang pulun bersihkan rumah macam takde esok dah. Aku yang penat tengok dia tak berenti buat kerja. Bini dok goyang kaki depan tv minum milo panas sambil online. Bertuah! 

I love our home. Thanks sayang for providing this for us. And thanks ALLAH for making everything easy for us. Alhamdulillah.   

Thursday, November 22, 2012

Rumahtangga

Hmm, insyaALLAH esok kami bakal masuk ke rumah sendiri... Walaupun sewa, syukur alhamdulillah dapat juga merasa mempunyai rumah dan tangga sendiri. InsyaALLAH nanti dah sah jawatan, kena cepat-cepat beli rumah sendiri. 

Its an undescribable feeling.... 

Saturday, November 17, 2012

Sesekali begitu, best jugak...

Khamis hari tu, cuti 1 Muharram kan? Tapinye Mr. Polaris tak dapat cuti. Kerja pulak 7am-7pm. Sentap kejap aku dengar. Tapi nak buat cane kan. Dah kerja. Dia kena cover kerja pekerja india yang bercuti straight seminggu. 

Oleh sebab aku ni masih lagi menumpang kasih di rumah bujang dia, dan kawan-kawan dia pulak bercuti, terus di eksport nye aku ke rumah mak saudara belah mama di Saujana Impian. Kebetulan abah, mama dan adik-adik datang bercuti ke sini seminggu. 

Merasa la tidur peluk Aleya malam tu. Pagi-pagi 1 Muharram tu key in  kan data PBS. Ada 2 kelas lagi belum siap key in. Guna broadband. Perghhh, bercinta nak save data. Asyik la kena tendang keluar sistem. Sekali pak lang suruh guna unifi dia. Phewww, lajuuuu. Kejap je siap key in. Terus save result in pdf format. Settle. 

Lepas breakfast, mama ajak jalan-jalan ke Putrajaya. Boleh la... Mula-mula pergi kat tasik tu. Mama plan nak naik cruise. Tapi tengook kat tasik, "Ehh itu je ke cruise nye?" Mama pun terkejut. Itu bukan cruise, itu sampan! Muehehe... 

Tapi pergi jugak cari kaunter. Tengok bayaran, RM 30 for adult if guna mykad. 

Aku terus cakap, tak yah la mama. RM 30 tu kalau naik Bluewater, cukup dua jam dah sampai Tioman. Haha! Membazir je takat nak pusing-pusing dalam tasik. 



Lepas tu pergi Wetland. Bila dah sampai..... 

Wetland
Aiiii, ini je Wetland nye? Untuk aktiviti kayak, mancing. Alaaaa.... Nama kemain lagiiiii.... 

Ok, then next destination is Alamanda for lunch. Tapi sesekali adik-adik datang kakak pun belanja la tshirt sorang selai. Kat Reject Shop je pun. Tapinya RS is having the year end sales. Giler kejap aku tengok baju murah-murah. Tapi rembat selai je pun sebab tak mintak izin dengan Mr. Polaris pun. 

Ok, dah settle semua. Zasss, gi carik nasik. Lapoooo.... Sejak cuti, hari tu la pertama kalinya aku rasa berpeluh dan lapar. Sebab kat rumah Mr. Polaris ni, aku jadi beruang kutub. Pagi-pagi bangun minum Milo yang dia buatkan. Pastu terperap je dalam bilik hadap lappy. Pastu pukul 12.30 dia bawak balik nasik. Settle nasik, aku tido. Pukul 3.30 petang dia balik, bawak gi jalan-jalan. Makan lagi. Pastu balik rumah rehat, tido. Acane tak gemok.. Hehe. 

Me and Mama
Aku upload gambar n dalam FB, terus kawan-kawan cakap muka aku n mama sama. Sama ke?? Pandai abah pilih. Aku tengok muka mama memang ada iras dengan atok belah arwah umi. Pastu ada pulak sepupu yang komen kata mama ada iras arwah umi. Sebab tu abah terpikat kot. Dah jodoh..... 

Hmmm, rindu umi. Al- fatihah... 

Dulu aku janji lepas kerja nak bawak family pergi bercuti di Cameron Highland. Tiba-tiba mama cakap mama dah plan nak ajak kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland cuti hari Krismas nanti. Terus la aku bersetuju. Tapi mesti sedih sebab umi tak ada bersama.... 

Kesimpulannya, untuk nampak relevan dengan tajuk, maka aku simpulkan sesekali dapat bersama keluarga tanpa perlu fikir nak drive, nak spend money best jugak. Rasa bujang kembali. Hehe.... 

Ehh, btw semalam dah jumpa rumah sewa. InsyaALLAH minggu depan kami masuk. Weee, tak sabar nak duduk rumah sendiri... 

Wednesday, November 14, 2012

Not so family gathering

Actually, awal minggu lepas abah, mama dan adik-adik datang sini. Bukan la datang ke Nilai, tapi mama plan untuk bercuti di rumah adik-beradik mama di Bangi. Mula-mula sampai sini, mereka menginap di Palace of the Golden Horses. 3D 2N. Mama ajak join, tapinye Mr. Polaris kerja je manjang. Time public holiday pun terpaksa kerja sebab ramai Indian ambil cuti lump sum seminggu. Wajib la yang Malay ni kerja. Sekarang family stay kat rumah adik mama kat Salak Tinggi pulak. Merasa adik-adik aku bercuti sakan time cuti. Time arwah umi ada dulu, takdenya kami merasa bercuti. Maklum la abah kan GB. GB kerja ikut office hour. Abah pulak workaholic. Jarang sangat nak guna cuti dia. Kalau boleh pass pass cuti, dah lama aku mintak transfer cuti dia kat aku. Senang la I nak jumpa laki. Hehe. Ni kiranya adik-adik tumpang tuah mama la. Mama pulak kaki jalan. Untung la adik-adik... Hehe. 

Sudahnya aku terbongkang je dok rumah. Boring yang amat. Tapi malas nak buat kerja. Boleee? Hehe... 

Kemain lagi hari tu masa nak keluar pulau, 1 luggage aku isi bahan untuk buat modul KH and BI form 1. Punya la seksa nak angkat turun naik feri. Bapak beratnya. Sudahnya, bukak pun tidak. 

Oleh kerana aku rasa bersalah tak dapat join mereka bersuka ria, maka aku booked tiket Sky Fall. Tengok ramai-ramai best jugak. There were 8 of us then. 

Lepas tu tak tau dah nak plan apa lagi aktiviti bersama-sama. Mama kemain lagi plan itu ini. Pergi KLCC, round Putrajaya, swimming dekat pool. Semua tak dapat anakanda join sebab suami anakanda bajet workaholic. Hehe. 

Tapinye malam tadi, lepas Mr. Polaris balik kerja pukul 7 pm, terus bersiap-siap nak join family ke Senawang. Pay a visit ke rumah sepupu arwah umi. Last-lastnya baru tahu, rupanya kami duduk sebaris dengan sedara kat Taman Semarak ni. Pi mai, pi mai, tang tu jugak rupanya. Hehe. Kecik nau dunianya. Rupanya colleague Mr. Polaris jugak. Siap pinjam tangga segala. Sedara bau-bau bacang rupanya. 

Dan aku kat rumah yang tak tau buat apa ni, kemain bajet boleh berjimat cermat bila jarang keluar rumah. Sekali aku addicted dengan online shopping pulak. Dah 5 barang dah aku beli. Yang last ni dah kena warning. Muehehe. Orite, orite... tak online shopping dah untuk bulan ni... Huhu..

This weekend family nak balik. Tak tahu nak plan apa lagi aktiviti bersama. Minggu depan meeting PBS di Muadzam Shah pulak. Dan kami dalam proses cari rumah sewa. Kalau dah ada rumah, boleh la ajak adik-adik tido umah kami pulak. Bestnya berangan. Huhu... 

Friday, November 9, 2012

Hari terakhir...

Alhamdulillah, checklist yang pihak pentadbir bagi untuk selesaikan semua kerja sebelum cuti akhir tahun bermula dah selesai.. Semalam dah hantar dah kepada pihak pentadbir. 

Lega sikit rasa nak balik bercuti. 

Tapinya, data PBS belum siap key in lagi. Baru sempat masukkan sorang pelajar. Lepas tu dah tak boleh save. Tup tup dah keluar dari sistem. Tak kuasa la aku nak key in lagi. Tunggu cuti nanti la. 

Dan hari ni baru siap kemas library dan susun buku baru ke rak buku. Buku lama, tahun depan la kita buat proses teknik. Lega rasanya tahun depan PSS dah boleh start beroperasi. 

Awwww! Dah hari Jumaat dah ye. Malam nanti dah dapat jumpa suami. Missed him so much. 


Thursday, November 8, 2012

Qisya Nur Izri dalam kenangan...

Semalam came across a blog. Tulisannya tentang pemergian arwah anaknya yang telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat ditatap wajahnya oleh ibu dan ayahnya. Dalam kata lain, ibunya mengalami keguguran saat mengandungkannya. 

Dan dia memetik kata-kata seorang ustaz bahawasanya sunat memberi nama untuk anak walaupun tak sempat dilahirkan. 

Lalu aku cuba mencari dalam Google. 

Dan hasilnya, merujuk kepada tulisan Ustaz Haji Hishamuddin dalam blognya


Allahuakbar, menangis aku baca. Rupanya, walaupun ibu cuma sempat merasa baby berada dalam rahim ibu  lebih kurang cuma 8 minggu, dan baby belum ada denyut nadi, rupanya ibu dan ayah tetap dapat jumpa baby di syurga kelak. InsyaALLAH. 

Selama ni, kami langsung tidak menyedekahkan al-fatihah juga bacaan al-Quran untuk baby. Maafkan ibu dan ayah yang tidak tahu ini. Dan kami langsung tak terfikir untuk menamakan baby. 

Hari ni, genap 6 bulan, 3 hari baby meninggalkan rahim ibu. 

Al-fatihah, anak ibu dan ayah. Kami sayang Qisya. Tunggu ibu dan ayah di syurga. Doakan kami tabah. Doakan supaya cepat Qisya dapat adik-adik ye. 

Qisya Nur Izri binti Mohd Nazri. Hidup dalam keadaan baik. Cahaya ibu dan ayah. 

Sunday, November 4, 2012

Kuat!

Malam tadi, keputusan permohonan tukar keluar. Da keputusan untuk aku adalah;

Maha Suci ALLAH, permohonan aku TIDAK DILULUSKAN. 

Cuba zikir-zikir dalam hati, ada hikmahnya keputusan yang ALLAH kurniakan ini. 

Mula-mula suami telefon bagitahu keputusan, aku sangat tenang. Tak sedih langsung. Dia pulak yang membebel-bebel marahkan pengetua yang tak menyokong permohonan aku. Aku pulak yang pujuk-pujuk dia supaya bertenang. 

Sekalinya Kak Long sms, "Sabar la, Kak Long pun terkilan jugak. Banyakkan istighfar. Macam umi.... "

Terus merambu ramba air mata. Dah la malam tadi aku sorang-sorang kat rumah. Menangis sorang-sorang kenangkan nasib diri. Rindu umi pulak tu. Rindu sangat nak mengadu dekat umi. Kalau dulu, masa umi ada.... gaduh dengan Mr. Polaris zaman bercinta cintun dulu pun mengadu dekat umi. In fact, aku boleh habiskan kredit telefon RM10 hanya untuk call umi. She is my mom, and my bestfriend. Sorry, tak sanggup nak guna was. Sebab dunia akhirat, umi la umi aku. Dan mama juga. 

Pesan-pesan pada diri, ALLAH bagi dugaan sesuai dengan kemampuan aku. Sebagai mana aku kuat menghadapi saat pemergian umi seorang diri, kuat juga diri ini menanggung pengalaman keguguran dan sakit akibat radang rahim seorang diri di sini tanpa suami di sisi. ALLAH ada, ALLAH uji aku kerana sayang aku. Alhamdulillah. Semoga nanti kuat juga diri ini mengandungkan anak-anak dan menjaga mereka seorang diri di sini. Kiranya ALLAH lebih tahu aku tidak sekuat itu untuk mengandung dan menjaga anak-anak seorang diri, insyaALLAH nanti aku akan melalui detik itu bersama suami di sisi. InsyaALLAH, ketetapan ALLAH adalah yang terbaik. 

Ya, aku anak umi. Umi pun bertabah hati merasai sakit perit menanggung kanser dalam dada, anak umi juga pastinya kuat seperti umi. Kecik sangat dugaan untuk aku berbanding umi. Umi gemar menghela nafas beriring dengan kalimah Astaghfirullahalazim saat berteleku di sejadah usai solat setelah menerima perkhabaran ada ujian ALLAH yang sedang bertunas dalam diri. Saluran susu yang berkhidmat untuk 8 anak-anaknya. Besar jasa umi. Sebab itulah mudahnya umi menghembuskan nafas terakhir. Subhanallah. 

ALLAH lebih tahu, aku tak mampu menguruskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang baru bermula tahun ini untuk pelajar yang ramai di luar sana. Maka ALLAH ingin aku asah kemahiran beralatkan pelajar seramai 50 orang ini dulu. Dah mahir di sini, insyaALLAH ada rezekinya nanti aku berkongsi dengan bakal anak didik di luar sana. Subhanallah. 

ALLAH lebih tahu, pasukan kadet polis sekolah ini masih memerlukan aku dan Ida untuk memantapkan kemahiran kawad anak-anak pulau ini. Mereka ada bakat. Aku dan Ida nampak bakat mereka. Dan ALLAH tak mahu mereka yang bakal menjadi penasihat kadet ini nanti mensia-siakan bakat mereka. Subhanallah. 

ALLAH lebih tahu, perpustakaan sekolah ini akan lebih baik di bawah pengurusan aku. Bakal memberi sumbangan yang besar untuk anak-anak didik. Bakal memberi ruang yang lebih selesa untuk mereka belajar kerana rumah mereka bukanlah tempat belajar yang kondusif. 

Dan ALLAH akan perkenankan semua doa-doa kami bila sampai masanya nanti. InsyaALLAH. 

Tapi dengar suara suami terbatuk-batuk, menghembus-hembus hingus di hidung, mengadu sakit kepala lantran demam yang dah seminggu tak kebah-kebah, hati isteri mana yang tak terusik. ALLAH, jagakan dia untukku..... Amin. Amin. Amin. 

Thursday, November 1, 2012

Lamanyeeeeeee....

Phewwww! Lama betul tak update entry. Makin nak habis sekolah ni, makin banyak pulak kerjanya.... 

Dengan PBS nye.... 

Dengan persiapan persembahan students untuk hari guru la....

Dengan menyempurnakan perpustakaan la....

Dengan hati cuak menunggu result eGTukar yang bakal diumumkan esok lusa ni la....




Tapi dalam cuak-cuak tu, gigih jugak la aku trying something new for my students. Dah nasib jadi guru kelas, makanya aku telah men'decide supaya my students membuat persembahan choral speaking. Khelasss kauuu! Padahal cikgu sendiri sehayat hidupnya tak pernah join choral speaking. Haha! Tapi belasah je la labuuuu... Sama-sama belajar dengan students yang tak pernah kenal choral speaking jugak. 


Tapi rasa bangga juga tengok mereka semangat. Pronunciation ok. Even kena tengok text sebab text panjang sangat and masa tinggal lagi 2, 3 hari. Bolehlah tunjukkan kat orang tua tu yang students pulau dan cikgu baru pun BOLEH la.... Tetttt~ Ehhh, terasa riak pulak di sitewwww!!! Not nice, not nice.... 


Oleh kerana cikgu dah lebih dari setengah abad, maka tanpa segan silu aku masukkan part-part lagu veteran dalam choral speaking. Terasa kembali ke zaman sekolah bila dengan dorang nyanyi rangkap-rangkap lagu lama tu dengan baik. Walaupuuuunnnnn. 

'Kumpulan Vit C cikguuu??? Ada jugak ke nama kumpulan camtu....'

' Sape nyanyi lagu Season in the sun tu cikgu? Westlifeeee?????' 

Baiklah, i admit that i am veteran. 

Lagu pertama; I love you - Barney n Friends

I love you, you love me,
We are best friend like friend should be
With a great big hug and a kiss from me to you
Wont you say you lave me toooooo.....

Lagu kedua; Season in the Sun - Westlife

We had joy we had fun
We had season in the sun
But the hill that we climbed
Were just the season out of time....

Last song; Graduation - Vitamin C

As we go on, we remember
All the time we had together
And as our lives change from whatever
We will still be friends forever.... 


PBS pun dah nearly complete. Tinggal lagi nak lengkapkan evidence yang rongak--rongak sikit tu. Then tinggal nak key in data je la. Tu aku tak masuk lagi tengok kesihatan sistem online tu cane. Harap tak hazab mana la.... InsyaALLAH. 

Apapun semoga ALLAH kurniakan yang terbaik untuk kami. InsyaALLAH. Amin... 

Wednesday, October 31, 2012

Wednesday, October 17, 2012

Kecewanya...

Saya kecewa sangat hari ni. 

Sangat.

Takpe la, dugaan ni untuk membesarkan jiwa saya. 

Menguatkan iman saya. 

Ya ALLAH, kalau dia yang salah, berilah dia petunjukMu.

Kalau saya yang salah, tunjukkanlah saya jalan yang benar. 

Kalau tempat terbaik untuk saya adalah di sisi suami saya, permudahkan urusan pertukaran saya.

Amin.... 




You! Yes you!!! I need your advice. Really need it!

Apaaaaa????? Potluck lagiiiii?????

Hehehe, yes we had our potluck again for today... 


Jenis orang takde laki nak kepit ni memang tak tau nak buat apa.... So, masak je la.... 


So, menu of the day are:


  1. Nasi goreng
  2. Makaroni kukus
  3. Karamel cake by yours truly
  4. Moist choc cake, recipe by yours truly, the baker is owner oven
  5. Keropok keping goreng
  6. Ikan kering goreng

Sila la menjamu mata.... 


Caramel cake GPM muehehe


Makaroni kukus kaunselor

Nasi goreng Ketua Bidang Sains Math
Gambarajah keropok ada dalam perut saya.

Sekian.

Monday, October 15, 2012

Lagi-lagi potluck!

Muehehe.. sebenarnya dah segan dah nak update entry sebab lately kami macam potluck hari-hari je... Hehe...

Dan menu potluck hari ni adalahhhhh!!!!!



Rojak mamak, pulut lemak dengan serunding dan juga agar-agar santan (takde dalam pic)
Tukang mengidamnya aku! Nasib ada tukang layan nafsu aku. Thank you Ila for de delicious kuah kacang. Aku buat pulut lemak je. Sebab nak habiskan serunding. Tapi kan.... Kuah kacang Ila memang marvelous. Sedap hoihhh! Ni pun aku dah ada niat nak gi mengulang makan rojak mamak for the second round jap lagi. 

Malam tadi punya la sakan masak sampai habis gas. Dah la dah pukul 11 suku time tu. Tapi nasib baik masa tu dah siap masak kuah kacang, pulut lemak, kentang rebus dan nasi himpit. Plannye pagi tu nak goreng cucur sayur, sosej dan tauhu. Tapi gas habis. Lalu zassss! Terus export ke rumah bawah. Nasib baik Kak Roslina sudi gorengkan. Hehe... Tak pasal nyusahkan orang. 

Nanti dah dapat resipi kuah kacang Ila, aku share kat sini.... Sedap hoiihhh! No wonder la aku gemok. Hehe... Asal tersebut di mulut je, mesti dapat makan. Rezeki isteri berjauhan dari suami.... 

Okeh, aku nak zasss ke bilik guru dah ni. Daaa~






Pssstttt: Malam tadi layan movie Snake on A Plane. Di Astro Ria. Tajuk simple takleh blah. Tapi story line..... Perghhhh! Kami yang menonton ni terjerit-terjerit macam nak terkeluar jantung. Well done la encik pengarah filem. Baru worth it dipanggil filem... Takde la macam movie melayu.. Rugi bayar tiket movie. 

Saturday, October 13, 2012

settle!

Alhamdulillah, hari ni dah selesai habiskan sekotak pati ikan haruan plus gamat Polleney. Rasa, tak payah cerita la kan. Sape yang pernah minum je tau... Tapi sebab nak sihatkan hotel baby, aku gigih-gigihkan jugak telan 6 botol comel tu. Botol saje yang comel, rasa tidak secomel botol. Huhu....

Dan hari ini, selesai juga menghabiskan sebuah novel berbumbukan agama. Ikut congakan aku, sejak dah berkerjaya, bersuami pula, tak sampai 5 novel yang aku baca. Sungguh sedih. Tuntutan tanggungjawab yang lebih penting barangkali. Mula-mula mahu memulakan bacaan novel Bukan Yang Pertama karya Salina Ibrahim ni, puas juga aku gagah-gagahkan hati untuk meneruskan bacaan. 

Sukar rasanya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan. Tapi alhamdulilah, dengan perceritaan bersahaja dan gaya bahasa yang sempurna menurut tatabahasa Melayu, hati rasa tertarik dengan air tangan Salina Ibrahim ini. 

Wah, dan-dan aku berjiwa halus. Ecewaahh! Terpengaruh dengan Salina Ibrahim mungkin. 

Kalau zaman anak dara dulu, solat pun aku tangguh-tangguhkan bila sudah hadap novel. Umi minta tolong sediakan hidangan untuk keluarga pun aku anjak-anjakkan waktu. Jenuh menjerit perkataan "Nanti jap" kepada umi. Nanti jap, nanti jap. Lepas satu bab, satu bab pula aku khatamkan. Sungguh "takde hajat nak hidup" kata seorang pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan semasa minggu orientasi di UPM dulu. 

Tetiba rasa nak menamatkan entry kat sini saje. 

Wassalam. 




Friday, October 12, 2012

Aktiviti cikgu-cikgu perempuan tanpa suami di sisi....


Semalam balik dari sekolah, semua dah kebosanan. So, plan for the cooking session di rumah ibu Qaisara sebab ibu dia je ada oven. Hukhuk.... 

Maka, inilah hasilnya.... 

Kek karamel ehemmm by yours truly
Tapi kek ni indah khabar dari rupa. Hehe... Sebab takde loyang kecik. Maka aku guna je la loyang besar. Dan seperti yang dijangka, puding karamel lebih tebal dari kek. Hehe...  Takpe, nanti next time kita buat guna loyang kecik sket ye. 

Pizza by Mommy Aleesya

Kuih apam by Ida, Ibu Qaisara and Ila

Itu cerita semalam. Dan hari ni ber'potluck' again di bilik guru dengan hidangan nasi putih, budu, kangkung goreng belacan, sambal terung, ikan singgang, ikan masak merah, dannnnnnnn star of the menu, sup pelanduk. Dan sebagai pencuci mulut, my caramel cake yang indah khabar dari rupa tapi sedap tu. Hehe.... 

Cane nak kurus ni??///// 

Thursday, October 11, 2012

Potluck again!

Malam tadi pakat-pakat dengan colleagues untuk buat potluck again. Padahal baru selasa lepas buat potluck makan nasik berlauk macam kat kelantan tu... Nasik putih, sambal, gulai ikan masak kuning kot. Yang letak kacang panjang n timun batang tu... 

So, memandangkan cikgu2 lelaki suka mancing n ikan tongkol ada banyak stok lagi, maka aku offer diri buat nasik dagang. Gulai aku tak reti. Haha! 

So malam tadi, beroperasi nasik daganglah kite... Padahal tak pernah masak pun. Tawakkal je. 

Alhamdulillah, ada la rupa dan bau macam nasik dagang. Rasa tak tahu. Takde orang start makan lagi. 

Gulai ikan tongkol, aku serahkan tugas kat cikgu lelaki bujang. Minggu lepas dia masak, kawan-kawan puji sedap. Aku tak pernah rasa lagi sebab minggu lepas aku takde kat sekolah. 

Makanya inilah hasilnya.... 

Nasik dagang perantau

Sekilo setengah je punnnn.. 


Cheesy wedges untuk memperkayakan kalori

Tuesday, October 9, 2012

Azam!

Walaupun ni baru bulan Oktober, aku dah siap pun karang azam baru. Tak kira la aku dapat tukar ke tak, aku tetap nak laksanakan azam aku tu. Dah namanya guru, kemana tercampak terpilih pun, amanah tetap amanah. Memang sebagai manusai kita selalu leka kalau tak diingatkan berulang kali. Menjaga amanah itu kunci keberkatan. Kannn?

Ok, azam aku adalah... Jeng! Jeng! Jeng!


  1. Menyiapkan complete annual lesson plan
  2. Menyediakan modul KH for form 1, 2 and 3 complete with instrument for PBS for form 1 n 2
  3. Menyiapkan slideshow Power Point for each topic - KHB
  4. Looking for good exercise books

Nampak sket je kannn? Tap bapak banyaknye kerja. Tapi kalau dapat settle dalam waktu cuti sebulan setengah nanti, insyaALLAH, tahun depan dapat melaksanakan tugas dengan lbh sistematik dan berkesan. InsyaALLAH. I wanna be a better teacher. I thought this year is not a good start for my real job world. Kerja sangat tak sistematik. 

Selepas berinduksi dan berkursus PPGB, aku banyak muhasabah diri. Aku bukan guru yang sempurna. Dan aku akan berusaha ke arah itu. Semoga ALLAH permudahkan. I want my students excellent in their own way. Anything dear, as long as you can make it. I'll pray for your success. Always do. InsyaALLAH. 

Semoga azam ini terlaksana. InsyaALLAH. Amin!

Saturday, October 6, 2012

Down memory lane...

Alhamdulillah, dah selamat menghabiskan kursus induksi dan kursus Pembangunan Guru Baharu semalam. Phewwww! Lega tak terkata. 

Dan dalam tak sedar, perjalanan sabtu lepas hingga semalam betul-betul membawa aku kembali menyusuri jalan-jalan kenangan. Ecewahhh.... 

Ahad, 30 September, dari Nilai kami berdua ke Seksyen 7 Shah Alam hanya semata-mata untuk print assignment induksi aku. Hmmm, dah banyak sangat perubahan yang berlaku di kawasan tempat tinggal 1000 kenangan aku dulu ni. 

And surprisingly, aku masih ingat jalan-jalan di situ walaupun dah 2,3 tahun kot meninggalkan kawasan itu. 

Dan kemudiannya pukul 12.30 tengahari, aku dan my roomate bertolak dari Shah Alam ke Kuala Terengganu berdua. Dari perancangan untuk bermalam di rumah ex-housemate masa belajar di UMT dulu, tetiba mendapat arahan untuk bermalam di rumah keluarga angkat masa program rakan muda zaman belajar di UMT. Dah lama sangat tak jumpa mereka. Sering tak berkempatan. Kali terakhir berjumpa saat mereka menghadiri majlis pertunangan kami 25 Disember 2010 dulu. Dan bermalamlah kami di sana. 

Pagi-pagi bertolak dari Kg. Lingai ke Sumai Apartment Hotel. Review tentang hotel ni sangat tak berapa menarik. Maaflah, ini bukan kali pertama aku jejak hotel. Ecewahh! Berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu dan pengetahuan roomate aku sebagai ex-student perhotelan, hotel ni failed dari segi front officer services, pilihan makanan dan persediaan bilik seminar. 

Ok, let me show my true colors. Haha! Ok, selepas habis taklimat, kami diminta untuk check in ke bilik masing-masing. Tapi nye, aku termasuk dalam kategori 3 apartments yang belum siap kemas sedangkan masa tu dah pukul 1.30. Jadah apa ntah dia bagi izin guests duduk lagi dalam bilik sampai 2.15 petangan sedangkan waktu checkout mana-mana hotel pun around 12-12.30 pm. Kau dah tau kan JPN dah book untuk kursus. Boleh dia bagi izin the previous guests tu bertapa lagi dalam bilik. Aku agak, guests tu tak pernah masuk hotel kot. Then the officer himself tu pun bongok. Ada hati pulak nak bergaduh dengan customers. Tapi bukan dengan aku la... Tapi dengan roomate aku. Hehe. Aku buat-buat cool je kat situ... Hehe. 

Dan kami masuk ke bilik seminar dengan baju yang dah iron bergantungan kat troli angkut luggage tu dan beg bersidai je luar apartment. Ok, kerusi yang dia sediakan keras. Sedangkan peserta nak duduk lama dalam bilik seminar kan... Kematu bontot bila duduk lama. Mineral water pun tak disediakan.

Part makan paling haru kot. Mentang-mentang Sumai tu dalam Terengganu yang terkenal dengan ikan tongkol, pagi petang siang malam dia dok hidang lauk tu. Pagi2 hidang nasi minyak dengan gulai ikan tongkol, tengahari ikan tongkol masak merah. Malam ikan tongkol kari. Apakahhh??? Yang paling takleh blah lauk dia sosej masak blackpepper. The next day, fishball masak blackpepper. Apakahhh? Ini hotel ke, kantin sekolah rendah? Dan aku tak faham mana datangnya idea perut lembu masak merah! Tu tak cerita lagi serve coffee cuma dengan gula. Miskin sangat ke sampai tak mampu beli creamer? Sangat tak ikhlas tauuu! Aku n roomate yang kuat komplen ni, tak yah cerita la... Tapi rupanya kawan-kawan lain yang pasrah je telan makanan yang mereka hidang tu diam-diam vote 2 out of 10 untuk makanan dalam kertas penilaian. Aku yang vote 3 ni pun slow-slow carik lliquid paper untuk turunkan point voting. Hehe... 

Ok, selesai sudah the show of my true colors. Heheh.. Exam induksi habis pukul 12.30. Then kami ke Pasar Payang untuk temankan my roomate shopping. Kesian betul my roomate dapat tourist guide orang Terengganu yang kena cari jalan ke Pasar Payang dari Batu Buruk tu guna Garmin. Hehe.. Aku rasa kalau orang terengganu tau, harus kepala aku kena siku. Hehe. 

Ok, pukul 4.00 petang kami rush ke Suria Resort Cherating untuk kursus PPGB. Alhamdulillah sempat sampai sebelum pukul 8.00. Dan nasib baik front officer baik-baik sangat sampai tolong bawakan keropok Bukit Tok Beng kami yang 6 plastik tu untuk disimpan dalam freezer. Sejuk ati tau. Kawan aku pun terus puji2. No wonder la Khazanah put the trust on this resort for GEMS program. 

Masuk bilik, terasa kembali ke rumah sendiri. Serius rindu GEMS memories. Malam tu walaupun penat, alhamdulillah hati sangat senang. Dan selesa sebab kerusi dia selesa weii! Duduk lama mana pun, tak sakit bontot. Dan setiap sesi pasti mineral water atas meja berganti baru. Itu la baru namanya customer services yang bagus. 

Malam tu memang tidur lena berselimutkan blanket yang harumnya masih sama dengan 3 tahun dulu... Dan sarapan pagi dengan kopi yang pekat dan sedap. Rasa nak ambek for the 2nd cup. Tapi tak amek pun.. Hehe..  

Hmm, untuk pengisian minda dan rohani, yang tu aku simpan dalam hati je dulu. Hehe.. Malasnya nak balik tioman esok... Huhu...