.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, January 28, 2012

Perangai lama datang kembali

Phewww.... Baru siap packing barang untuk dibawa ke Tioman. 

Dulu, masa mula-mula lapor diri, aku begitu berbangga dengan  1 luggage kecil dan satu beg sandang berisi beberapa biji buku. So not me. Sebab biasanya barang aku perlu dibawa penuh satu kereta atau pajero atau avanza. Muehehe.... 

Tapi ni, balik kemaskan barang. Maka terhasillah:

1 medium size luggage berisi baju, 
1 luggage berisi buku dan BBM, 
1 beg berisi makanan, 
1 beg berisi mekap dan toiletteries, dan 
1 beg laptop.

Phewww.... 

Harap jangan bertebarai dalam feri. Nak mengangkut dari jeti ke sekolah pun dah satu hal. 

Harap jejaka-jejaka dari Tumpat dan Kuala Berang bertangan kosong kali ni. Boleh diminta tolong untuk membawa barang-barang aku. Muehehe....

Malam ni bertolak naik ke Mersing. 

Dan insyaALLAH feri pukul 11 pagi. 


Dan akan kembali semula ke Besut untuk mencipta memori terindah. InsyaALLAH. This March 2012. Erggghhh, aku dah tua~

Friday, January 27, 2012

Tetap di hati

Acer 15'

Asus 12'

Beza jauh macam langit dengan bumi. 

Seriously aku prefer my old Acer. Dah sebati dengan hidup aku. Dah enam tahun bersama. Walaupun besar gedabak. Berat. Aku sangat suka skrinnya yang besar tu. Malangnya laptop tu tersangat la uzur. Bila bukak, the screen tu kena sandar di dinding. Kalau tak rebah menyembah bumi. Fuuu, sedih.

Rasanya kalau angkut ke Tioman, relai dalam feri kot. Hehe... 

Makanya, balik hari tu meminta belas ihsan abah. Dan, Asus dalam genggaman. Tapi hutang la. Takkan la dah kerja nak pau duit abah lagi kan. Cukup la abah tanggung belanja kenduri kahwin je nanti. KOf kOf kOf.. 

Baru seminggu kerja, dah seribu lebih hutang. Hehe.. Tu tak masuk PTPTN lagi. Gaji entah bila akan dapat. Terasa sangat-sangat nak shopping buku latihan dan rujukan. Sepatutnya cikgu baru pun dapat baucar buku 1 Malaysia tu. Huhu! Untuk anak didik tersayang jugak. Hehe.... 

Ok, back to my little Asus, aku rasa pelik guna laptop kecik. Tak biasa dengan skrin kecik. Tak suka tak ada slot untuk cd. Padahal bukan rajin sangat tengok DVD pun. Lagipun belum pindahkan lagi semua kenangan dalam Acer ke dalam Asus. Tak pe la, belajar biasakan diri. Sebab that little Asus lagi senang nak bawak travel. Nak bawak naik bas, naik feri. Takde la berat sangat kot. Kan.


Walaupun nanti my big Acer nak kena tinggal kat rumah, aku tetap sayang Acer. Tak nak buang pun. Nak simpan je. Banyak jasa my big Acer ni untuk aku.  6 years. Such a long journey to share. Tq awak, sayang awak~

Thursday, January 26, 2012

Semoga diberkati ALLAH ~ Jue + Wan

Hmm, tadi menghadiri satu lagi wedding kawan sekolah. Jue dan Wan.

Pergi dijemput Cik Wawa yang baru berdarah manis tu. Hehe...

Jue sangat cantik. Berseri-seri. Mekap natural, tapi menyerlah. Comel sangat. Dah la Jue dah kurus. Lagi la comel. Jue kata dia skipping 500x sehari. Dan dan aku gi beli tali skipping. Kalau ikut kan, ni tali skipping ke 4 kot yang beli. Haha!

Jue yang sangat cantik


The sweet-blooded girls

Wa, Syeri, Mai, Me

With bride n groom


Again

Ha, Syaza, Yung

Temanya pink. Dan jue pakai dress grey dengan bunga pink. Sumpah cantik. Tak tipu!

Macam best je majlis Jue sebab takde ramai sangat tetamu. So, tak crowded dan  perjalanan majlis berjalan sangat lancar. Nanti tak nak jemput ramai2  jugak la. Haha! Macam la ramai sangat yang hadap nak datang. Hehe.. 

Masa makan, terjumpa Ha, Syaza dan Yong. Kawan satu sekolah jugak. Wahh, dorang maintain macam form 5 lagi. Hehe. Lagi-lagi Ha yang masih ceria macam form 5 dulu. Rindu betul. Dapat la update2 sikit cerita kawan-kawan. Tapi mostly update cerita sape yang dah kawen, sape yang dah ada anak, dan kami yang masih membujang. Haha!

Tapi malangnya gambar tak dapat upload lagi sebab aku tak jumpa lak kat mana card reader aku. Memory card camera aku ni choosy sikit. Kalau guna card reader lain dia tak nak. Aku masukkan dalam SD slot di netbook ni pun dia tak detect. Chestnut sungguh. 

Ok la, kerja banyak yang tak settle lagi ni. Baju tak packing lagi. Buku yang nak dibawak pun tak pilih lagi. Yang lain-lain tu dah settle rasanya. 

Orite then. See u later~



Tuesday, January 24, 2012

E'day, wedding n e'day...

23 Jan, mulanya menghadiri majlis pertunangan my BFF yang comel tu. Cik Wawa dengan Syam. Memula sampai tu, "Wahhh, comelnye Wa!!!!" Siyes cantik. Alah, dah memang tuannya cantik. Tambah mekap lagi, baju lagi, Wa dah kurus lagi.. Bertambah berseri-seri. 

We are taken!
Wan Najwa Arifah

Lepas tu, terus ke Wedding Syazana. Kat perumahan belakang rumah Cik Wawa tu je. Dah la aku ni jenis blur tak berapa ingat orang. Sekali ada orang laung, "Egie!!!!" Dengan eksaitednye. Aku pandang dia dengan senyuman tapi tak tau cane nak react. Sebab rasa macam ingat, tapi lupa. Kof kof kof~

"Azie la!" Dia kenalkan diri. Ehhhh, lupaaa. Hehe.... 

"Ehh, Azie. Orang macam ingat, tapi lupa." Cehh, cover ke'blur'an diri sendiri. Hehe.. 

With Cikgu Azie

Ye la, kenal di FB je. Tapi punya la mesra dalam FB macam dah bestfren 10 tahun. Sekali terserempak, aku yang lupa dia. Hehe.. Sorry tau Azie. Beza sikit gambar dengan rupa realiti. Huhu... 

Me, Zana, Wani, Dr.Asz

Jenuh kutip berkat

Ok, dah settle wedding Syazana, terus rushing balik rumah sebab dua pupu sebelah rumah pun bertunang jugak. Nasib baik masa aku sampai, elok je pihak lelaki pun baru sampai. Nasib baik sempat. Comel giler baju bertunang diaaaa.. Nasib baik aku pun tempah baju untuk future ceremony dengan mak dia.

Kupu-kupu saya ~ Nora

Buah hati pengarang jantung

Adinda

jhgh

Sunday, January 22, 2012

Zulhuzaimy di Muda Osman

Ceaaaa! Terer tak aku balik Besut boleh terserempak dengan Zulhuzaimy. Jeles le tew... Hehe.. 

Pukul 6.30 petang tadi pergi beli Sate Lanang yang famous kat Jabi tu. Sekali pukul 8.30 malam baru siap. Phewww. Hehe. Nasib baik sedap. Sanggup gi masjid, solat dulu. Pastu gi tunggu lagi. Hehe... Siap dapat percuma teh ais, milo ais and 2 jeli kelapa. Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki mereka, amin.. 

Then lepas tu pergi Muda Osman, nak beli whiteboard marker. Sekali orang macam ulat dalam tu. Ramai giler. Semua pakat dok guna baucer buku 1 Malaysia menyebabkan urusan pembayaran bertambah renyah. Masa mula-mula masuk tu, aku dah terperasan sorang lelaki yang macam Zulhuzaimy tu. Cuba jugak recall tapi tak ingat jugak. Sekali dia datang tegur. 

"Dok kat mana sekarang? Cam tak?"

"Errr, cam. Tapi lupa. Sape ni eh?"

"Ooo, cam tak pe la." Dia sengeh-sengeh sempoi macam Zulhuzaimy tu la.

Lepas tu dia keluar dari Muda Osman tu dengan wife and anak dia. Jenuh aku cuba ingat siapa dia. Dah setengah jam baru aku ingat... Terus rasa nak ketuk kepala laju-laju. 

OMG, OMG!!!! 
Itu Cikgu Syukri! 
Cikgu kimia aku masa form 5. 
Tahun 2003!!!! 

Giler menderhaka aku kan??? Ada pulak tanya cikgu tu sape? It has been nine years. Cikgu yang ingat aku, aku pulak lupa. Hampagas betul!!! Cane aku boleh lupa cikgu hensem camtu. Haha! 

Patut la aku dapat C5 untuk subjek Kimia. Hehe! Tapi Cikgu Syukri tu ajar kami sekejap je. Masa gantikan Cikgu Norsita yang bersalin. 

Oiiii, sampai sekarang aku rasa nak ketuk kepala ke dinding. Nyesal betul. Cekgu punya la ingat anak murid, aku pulak ada hati gi tanya, "Sape ni eh???" Hehe.. .




Cikgu Syukri, nanti kalau ada jumpa lagi, nanti saya belanja cikgu makan Sate Lanang ye, insyaALLAH.


Saya ingat lagi, cikgu ajar Jadual Berkala/Periodic Table masa tu. Pastu cikgu taknak bagi formula untuk hafal jadual berkala tu sebab cikgu kata 'bahaya' ayat yang cikgu hafal tu. Haha! See, saya ingat la cikgu... Hehe..

Home Sweet Home

Alhamdulillah, semalam selamat sampai dari Tioman pada pukul 3.20 pagi di Besut tercinta setelah menempuh perjalanan salama 12 jam. Yes, 12 hours. Phewww.. 2 jam dalam feri + 10 jam dengan kereta. Penat yang amat. Totally flat. 

Best je balik kampung dengan feri. 1 feri tu penuh dengan cekgu-cekgu Tioman. Ye la, sekolah rendah ada beberapa buah dan sekolah menengah ada sebuah di Tioman tu. Asal lepas Jumaat je, penuh departure hall dengan muka cekgu. Such a sweet memory to experience. 

Tiket bas sah-sah dah takde. Sebab dalam tioman tu, mana nak gagau stesen bas kan. Kereta pun ada sebijik dua je. Rata-rata penduduk menggunakan motosikal. Mostly guna motosikal beroda 3 yang ada tempat letak barang dan jugak orang. Hehehe.. Comel je.

Makan, tak jadi masalah langsung di Tioman tu. Hari tu takut jugak stok makanan mahal kat sana, tapi harga berpatutan je. Cuma mahal la seringgit dua. Normal la mahal. Dah namanya pulau, kan. Tapi, as long as kau tercampak kat mana-mana part dalam Malaysia, takde masalah langsung nak mencarik makan. Sebab Malaysia ni kan syurga makanan. Huhu.. Mampus aku tak kurs-kurus kat sana. Hehehe.. So, i prefer to be a vegetarian kat sana.

Ok, balik hari tu tumpang colleague dari Tumpat. Nasib baik masa lapor diri hari tu dia bawak kereta. Bajet senang nak gi sekolah kononnya. Sekali tercampak ke pulau. Haha! So, kereta tinggal kat jeti Mersing je. Cikgu lain pun ada yang tinggal kereta kat jeti dengan bayaran RM 5/day.

Ok, perjalanan balik adalah penat. Sebab aku memang jenis bangsa nak tdo atas katil je. So, tahan je la mata atas kereta tu. Sampai pukul 3.20  pagi, aku suruh Mr. Driver tido rumah aku dulu. Lepas breakfast pagi tu baru dia teruskan perjalanan ke Tumpat. Tapi punya la segan dengan dia. Hmm, masa breakfast aku gorengkan mihun. So masa dia makan tu, aku tak makan pun. Sebab terlampau penat, tastebuds aku pun turn off. So, aku rasa tak rasa je mihun tu. Tengahari tu, aku rasa. Mak aihhh, masin. Haha. Patut la terkulat-kulat kawan tu. Haha! 

Tapi serious penat. Maybe sebab jadi co-pilot kot. Kalau drive mesti tak penat sangat kot. Rasa melayang-layang ke semalam masa kat umah. Sakit satu badan. Tapi my kupu-kupu ajak keluar reunion dengan bakal pengantin, laju je bersiap. Haha!

Dan hari ni ajak kupu-kupu keluar lagi. Malas nak drive. Lagipun bagi pinjam kereta kat sepupu lain yang nak ke hospital. So, keluar seharian dari pagi santak ke 3 petang menyiapkan urusan rasmi ehem ehem, buka akaun KWSP, cuci gambar pasport, ambil baju pandu puteri dari sepupu sebab aku malas nak beli uniform lain nak pakai kat sekolah, cuci kereta sepupu, makan-makan, window shopping. Tempah spec baru. Dan dan rasa sihat. Hehe.. 

Esok my BFF bertunang. Mesti Cik Wawa tengah bz sekarang ni. Sms pun tak berjawab. Dan esok juga ada wedding member. Dua pupu kat sebelah rumah ni pun bertunang jugak esok. Phewww! 

Orite then, will update later.

Wednesday, January 18, 2012

Short updates

Ok, ni short update je. Sebab pinjam laptop kawan. 

Sekolah sangat cantik. Terletak dekat je dengan jeti. Tepi laut. Subhanallah. 

Dan airport terletak di belakang sekolah. 

Aku mengajar sesi petang. 

Jumlah guru, 16 orang dan students 130 orang. 

Tadi dh dapat jadual waktu, aku bakal mengajar KH form 1 n 2, BI Form 1 n 2, and PJK form 1. 

Dan daapat tugas sebagai guru kelab keselamatan jalan raya, RIMUP, sukan badmnton dan unit beruniform Kadet Polis. Pheeewww.. 

By the way, aku ditugaskan sebagai guru ketua bidang KHB. 

Setakat ni, alhamdulillah everything went smoothly. Alhamdulillah. Maha suci ALLAH. 

Dinner pun tepi laut. Yang oren tu bangunan jeti.
SMK Tekek, wiew from jetty
Airport di belakang sekolah

Semalam perjalanan ke Tioman ok je. Alhamdulillah. Cuma masa nak loading barang from jeti Mersing tu, luggage kawan aku jatuh laut. Nasib baik dapat diselamatkan, cuma lencun la segala stok pakaian. Takpe la, pengalaman... 

Orite the. Will update later.

Monday, January 16, 2012

Next destination

Ye, hari ni dapat surat tawaran penempatan. 


Dannnn... 


Aku dapat SMK Tekek, Pulau Tioman. 


2 boys and 2 girls. Single but not available. Hehe.. 


Kalau fikir tentang diri sendiri, excited jugak nak explore life baru. Tapi kalau fikir adik2 and abah, menangis juge. Tadi pun, kejap gelak, kejap nangis dah. 


Tapi gembira untuk mulakan tugas. 


ALLAH bagi ni sebab Dia tahu aku mampu, kan. So, no worries Izyan. 


Just go with the flow. 


Ini pengalaman yang sangat mahal, x mampu ditukar ganti dengan wang ringgit.


Dan tak semua yang sebertuah aku untuk melalui pengalaman sebegini.


Kerana ALLAH tahu ini yang terbaik untuk aku, maka aku terima dengan berlapang dada.


Lagipun dah terlalu lama aku berada di zon selesa. Sesekali kena ubah angin untuk jadi lebih matang dan kuat menempuh hidup kan. 


Ye, langkah aku makin jauh. 


Bermula dengan sekolah rendah, menengah dan universiti di bumi Terengganu.


Lepas tu baru melangkah lebih jauh bermula dengan program GEMS di Cherating, internship di CCMF Shah Alam, DPLI di UPM, latihan mengajar di Muar dan kini meneruskan bakti sebagai guru di Pulau Tioman. 


ALLAH mengatur sebegitu indah. Untuk menguatkan mental, fizikal, spiritual dan emosi seorang Nur Izyan yang selama ni terlalu selesa berada di zon selesa. 


Rubies, sapphire, diamond and so on have undergone various process, being cut, knocked and polished to be valuable stones. So am i, insyaALLAH. 




Btw, tahniah to my BFF kak zurai. Hari ni, bermula tugas sebagai seorang guru Inggeris, dan juga for the 6 weeks old bby in tummy. May ALLAH bless u dear. 


Buat yang mengenali, doakan saya kuat ye! InsyaALLAH. 

Sunday, January 15, 2012

Last entry before i say gudbye

Ok, memandangkan aku akan ke sana seminggu je, then balik on this weekend + cuti CNY untuk ambil barang2, maka laptop yang nazak ni pun aku tinggalkan. 

Dan juga memandangkan aku belum tahu aku di sekolah mana aku bakal berbakti nanti, maka aku rasa ini entry terakhir di blog ini sementara aku sesuaikan diri dengan keadaan di sana nanti. 

Harap2 dapat sekolah dan persekitaran yang terbaik nanti. InsyaALLAH... 

Hey, tahu tak, aku mencatat sejarah sendiri bila berjaya packing baju and barang keperluan aku dalam satu luggage medium size dan 1 lagi beg sandang untuk diisi sebiji dua buku dan sijil holder. Satu pencapaian yang membanggakan. Huhu. Aku sebenarnya dah cuak takut terlebih muatan. 
Dan selepas pulang untuk cuti CNY, aku tak dapat bayangkan lagi muatan kereta kancil cenonet tu dengan barang-barang aku. Huhuhu! 

Hmmm...

Doakan kekuatan iman dan semangat aku nanti ye! InsyaALLAH.

Last day

Hmm, hari terakhir bergelar penganggur. 

Malam ni bertolak ke Kuantan. Then pagi tu ke Temerloh untuk lapor diri. 

Hati rasa berat nak tinggalkan rumah. 

Aku dah tak fikir dah apa yang jadi kat aku di sana. 
Tapi fikirkan abah dan adik-adik2 di rumah.

Tapi cuba selesaikan urusan di rumah semampu aku, dan menyerahkan selebihnya untuk diuruskan ALLAH SWT. Ye, ALLAH tidak zalim. Ada hikmahnya di sebalik semua ini. 

Malam tadi pun, menggosok baju seluar abah, baju Aleya secara banyak. Sampai habis semua hangers dalam rumah ni aku kutip. Gosok sampai tak de hanger dah nak sangkut baju. Baru stop. 

Dan masuk bilik untuk kemas bilik pulak. Baju pun tak packing lagi. My dear Prince pun dah siap tanya, "Berapa beg nak bawa?" Fuhhh, macam tau je aku tak reti berjimat dalam kuantiti pakaian dan beg yang akan dibawa. Errrr...

Padahal ujung minggu depan, nak balik lagi. 

Untuk bawa barang lepas dah settle urusan rumah sewa dan sekolah. 

Semoga ALLAH kurniakan yang terbaik untuk kami. 

Semoga ALLAH kuatkan iman dan semangat kami menghadapi ujianNya. 

Ya, kami bertuah. Terpilih untuk diuji iman terhadapNya. 

Ya ALLAH, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan kami hidayahMu, amin. 


Saturday, January 14, 2012

Migrain

Hmm, aku rasa aku dah cuba bertenang. 

Tapi lepas asar semalam, memang sakit giler kepala belah kiri. 

Sampai lewat malam pun still sakit lagi. 

Sakit yang teramat. 

Dah tak tahan sangat, pukul 1 pagi tu, bangun jugak carik panadol. 

Tapi bangun pagi tadi, belah kanan pulak yang sakit. 

Rasa nak muntah pun ada. 

Stress sangat ke eh?

Stress nak tinggalkan urusan rumah kot. 

Ke panadol tu tak berapa power?

Harap lepas seminggu boleh balik. 

Jenguk adik-adik n ambil keperluan untuk teruskan hidup di sana. 



P/s to Jaja: Ja, jangan bagi ayah kau pencen lagi bulan 6 ni. Tunggu ejas pertukaran negeri  aku dulu. Heheh..

Friday, January 13, 2012

Selepas tempoh bertenang

Hmm, tadi lepas pegawai JPN Pahang call bagitau aku kena lapor diri di PPD Temerloh Isnin ni, Semua guru yang di postingkan ke Pahang akan berkumpul di PPD Temerloh untuk sesi orientasi, lepas tu baru dibahagikan sekolah. 

Agak kecoh jugak la kat rumah tadi. Aku, mula-mula tu relax je. Tapi dah siap-siap makan nasik (bertambah pulak tu, hehe), mandi, solat, baca al-Kahfi, dah start merambu-ramba dah air mata. Aku tak sedih fikir aku tercampak kat Pahang, tapi sedih mengenangkan sape nak jaga urusan kat rumah ni. Nanti tinggal abah, Anas, adik laki yang tingkatan 2 dan jugak Iman, darjah 6, dan Aleya yang darjah 2. 

Ye la, lepas umi takde, memang aku and Aleya selalu sama2. Solat sama-sama, ngaji sama-sama, buat hoemwork dia sama-sama, tido sama-sama. Suapkan ubat alergik mata dia, sapu kan ubat segala. How come aku tergamak nak fikir nanti dia sorang-sorang kat rumah takde geng nak bermanja.... 

Abah ok je tadi. Relax je. Cuma abah kata, gi dulu seminggu, tak payah bawak kereta lagi. Dah settle sekolah sume, baru balik ambik kereta. 



My Prince lagi aneh. Bila aku call, "Dapat Temerloh la."

Dia, "Eh, temerloh kat mana ehhh? Nanti abang nak kerja kat mana eh?"

Ehh, kalut dok fikir kerja dia pulak. Nasib aku ni, entah terpilih ke sekolah mana kat Pahang nanti tu, tak tanya pun. Huhu.. .Cuak la tu takut kena PJJ lepas kawen. Haha!

Ada hikmahnya My Prince suruh settle kan dulu persiapan kahwin awal-awal. Alhamdulillah dah settle separuh. 



Aleya pulak.
"Yaa, tau tak nanti kak eg kena ngajar kat Pahang."

"Pahang tu kat mana?"

"Jauh la. Pastu Yaa cane nanti?"

"Takpe la, nanti Yaa tido dengan abah."

"Baju sekolah sape nak basuh?"

"Takpe, Yaa dah pandai basuh sendiri. Setting untuk rendam pun Yaa dah tau."

"Homework?"

"Takpe, nanti abah ajar. Takpun tanya abang Iman atau abang Anas."

"Baju sekolah sape nak gosok?"

"Takpe, Yaa pandai. Dulu masa umi demam, Yaa gosok sendiri."



Fuhhh, sumpah masuk bilik menangis aku...She just 8 years old. And will be living this life without me and umi...



Mujur sekali dengan Kak Kema, Kak Roxie, and Mariah masa lapor diri nanti. Takde la tercangak-cangak aku sendiri kat sana nanti. 

Ahad ni pun bertolak dengan bas dengan Kak Kema dari Jerteh ke Kuantan. Nanti kat Kuantan, abang dia settle kan sementara nak cari rumah sewa and sekolah.



Future MIL pulak:

"Mek, Jie dapat Pahang."

"Alhamdulillah la. Mek dari semalam dok berdebar takut dapat Sabah Sarawak. Alhamdulillah la tu dapat Pahang. Tak jauh sangat. Takpe la tak dapat Terengganu pun."


Ya, Alhamdulillah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan keluarga. Perancangannya yang terindah. Alhamdulillah.

Finally


Baru 10 minit lepas PPD  Temerloh call. Katanya aku dapat kat sana. Kena lapor diri 16 Jan 2012

Dah la punya la takde bahasa mak cik yang call aku tu. 

Aku dah la stress menanti-nanti dari semalam. 

Tadi dia call, dia tanya aku, tengah tido ke? Ye mmg aku tengah tido. Takde kerja aku nak hadap laptop 24 jam. Jawab aku dalam hati. 

Siap dengar lagi kawan dia cakap, "Tido la tu. Dalam pantang kot. Ujan-ujan ni, sejuk."

Otakkkk kau dalam pantang. Aku pantang orang cakap kurang ajarje. Mula la naga dalam badan aku ni yang nak menjawabnya. 

Pastu dia tanya, "Dah cek website KPM x?"

Dah tau aku baru bangun tido, lagi dia nak tanya. "Belum, sekolah mana ye?"

"Ehhhh, dah la belum cek website  KPM, nak tanya sekolah pulak. Orientasi dulu kat PPD seminggu. Bla bla bla... "

Aku letak fon, cek ic dalam website KPM... Terus menyumpah!

Kau nampak takkkkk, mak cikkk?????

Dia tak tau pape, lagi nak laser2 aku. Datang bulan ke apa??? 

Hmm, dah pukul 3.10 petang baru aku dapat cek. Chestnut sungguh makcik tu. 

Nasib baik ada geng jugak. Mariah n Kak Roxie. And Kak Kema jugeee.. Tengok la cane nanti. 

Bukan dapat area Temerloh pun. Mungkin akan dihantar ke serata Pahang.

Apapun, mengharapkan yang terbaik dari ALLAH. Dia Maha Tahu. 

Amin..


p/s: tak berjodoh dengan johor nampaknya. hehe...

Mengharap keajaiban di Jumaat ini

Semalam dah tau aku dapat sekolah biasa. 

Tapi hari ni, masih lagi tak keluar result di website KPM. 

Negeri pun tak tau lagi. 
Apatah lagi daerah dan sekolah. 

Tapi tetap kena lapor diri Isnin ni. 

Kawan2 yang call KPM kata petang ni baru boleh cek. Tak pun selewat2nya Ahad ni. 

Kalau dapat sekolah sebelah rumah, takpe la. Kalau dapat negeri lain, cane?

Abah for sure kena amek cuti on de dot. 

Kalau tetiba abah ada meeting? 

Hmmmm... 

Aku yang single ni, takpe la. 

Yang ada laki, ada anak2... 

Hmmmm.... sebab dia yang atur2kan kita, 

redha je lah.... 

Hmm, nasib baik ada Dr. Ir Wee Ka Siong. Banyak betul dia tolong graduan pendidikan. Nasib baik ada menteri yang concern. Yang lain menikus je. Cehh!

Ni pun ada kawan cakap, WKS dah tweet, result akan keluar hari ni jugak. 

So, tunggu je. 

~ JOm baca al-Kahfi sambil2 tunggu tuuuuu...

Thursday, January 12, 2012

1/3 done!

Fuhh, dah lepas 1/3 seksa nak tau placement. Lebih kurang 19 orang dari DPLI SP UPM dapat placement kat sekolah teknik. Aku call KPM, nama aku kat sek harian biasa. 

Esok boleh cek negeri mana. 

Tetap lapor diri 16 Jan 2012. 

Harap dapat Terengganu bumi Ulul Albab ni. 

Amin....

Monday, January 9, 2012

Talam keladi

Malam tadi, tengah stress fikir kenapa KPLI yang baru habis belajar 2 bulan dan belum dapat result interview posting hari ni sedangkan kami yang DPLI ni dah 8 bulan lebih dok bela lemak kat rumah dan dah dapat result interview masih lagi nak diperam-peram placementnya, aku gi dapur buat talam keladi kejap. Hehehe... 

Resipi amek kat sini.

Check resipi, check bahan kat dapur. Ok, setel. Jom menderhaka. Hahaha! Mintak ampun ye tuan resipi. 

Tepun beras ada secawan lebih je, so aku kurangkan sikit untuk lapisan atas. Santan pun ada secawan je, aku gantikan dengan susu cair. Pastu untuk lapisan atas, campurkan sikit dengan whipping cream. Sedap uolllsss, wanginya bau whipping cream tu. Dari kuih tradisional dah jadi moden dah kuih talam ni. Tapi tetap sedap, cukup lemak berkrim disukai ramai semua. Hehe....

Ok, resipi original macam ni;

Bahan Lapisan Bawah

300 gm keladi
600 ml santan cair [1/2 biji kelapa] ---> aku guna 250ml susu cair, 50 ml santan pekat, 300ml air
150 gm tepung beras

20g tepung ubi
1/2 sudu teh garam


Lapisan Atas

250 gm gula halus
1 cawan tepung beras ----> aku guna 1/2 tepung beras
3 cawan santan pekat ----> aku guna 1 cawan susu cair, 1/2 cawan santan pekat, 3/4 cawan non dairy whipping cream
1/2 sudu teh garam
Pewarna purple dan esen keladi ----> xde, aku tibai je warna ijau.

Cara:

Bersihkan keladi dan rebus sehingga lembut. Blendkan dengan santan cair. Campurkan dengan semua bahan. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak. Kukuskan selama 20 minit.

Campurkan adunan lapisan atas dan tapis. Masakkan sikit diatas api dan tuangkan atas permukaan keladi yang telah dicakar-cakarkan. Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan. 
Malas nak potong cantik-cantik. Last piece yang tinggal.

Walaupun xde rupa, tapi rasa memikat qalbu. Erkkk!
Macam tak ikhlas je aku letak gamabr kan. Asal ada je. Heheh.. Malas nak salut pisau dengan minyak masak. Sebab tu menggerutu je gitu. Dah la malam tadi tu, ngam-ngam je kuih ni siap dikukus, terus habis gas. Nasib baik sempat masak. Rezeki family aku untuk breakfast pagi tadi. Alhamdulillah. 

Sunday, January 8, 2012

Ini fakta, bukan auta!

Fakta 1: KPLI

Tamat belajar: akhir November 2011
Interview SPP: akhir November 2011
Status keputusan interview: BELUM KELUAR
Tarikh semakan penempatan: 9 Jan 2012


Fakta 2: DPLI

Tamat belajar: April 2011
Interview SPP: akhir November 2011
Status keputusan interview: Diperakukan lantikan tetap
Tarikh semakan penempatan: Belum diumumkan


http://www.facebook.com/pages/Keluhan-Hati-Graduan-Pendidikan/164585130290763

FAKTA 3 ~ Lets mumble randomly.
  • Mak cik aku mengajar di sekolah menengah somewhere in Shah Alam, membebel sekolah dia tak cukup 15 orang guru. Penat dowh kena relief kelas. 
  • Sanggup mereka yang berkenaan biarkan seorang guru kena handle 70 orang pelajar dalam 1 kelas semata-mata berjimat tak nak bazirkan duit untuk bayar gaji bakal guru yang dilantik. Aku handle pelajar 17 orang dalam satu kelas pun dah pening dengan bermacam ragamnya. Ni nak handle 70 orang. Kau gilerrrr?  Ni nak pentingkan kualiti ke, kuantiti nih??? Cer jawab!
  • Sebok la nak bagi RM 500 kat rakyat tak pasal-pasal. Itu gaji aku la woiii! Takde pasal nak sedekah kat orang. Aku pulak kena mintak duit nak topup dengan ayah. Dah la dah umur 25. Chestnut sungguh!
  • Banyak urusan pembinaan masjid tertangguh. 
  • Aku tak faham dengan senario politik Malaysia lepas Tok Det letak jawatan. PRU nanti, tak nak keluar mengundi lah.
  • Sabar dan lihat.

Mari sejukkan hati dengan gambar ini. 
Baca, hadam, fikir.
Amal.


Friday, January 6, 2012

Before we unite at the equator

I truly realize, 

You are the north pole,

I am the south pole,

And we met at the equator. 



~ ~ ~ ~ ~



Tapiiiiii! Sebelum kami bersatu di garis khatulistiwa tu, sungguh mencabar dugaannya. 

Pagi tadi mesej newly wed BFF, "Lin, menangis sebab stress buat wedding preparation tu, normal ke?"

And she replied, "Yes." With longgggg explanation. 

"Ok, i am normal. Hehehe." Sempat lagi gelak. Padahal dalam hati Tuhan je yang tahu. 

Dan tadi aku tengok dia dah up entry dalam blog dia. Malas la aku nak komen kat situ. Nanti reader dia tahu sapekah gerangan B2B yang kecoh itu. Hehee... Takpe, aku explain kat sini je. 


Ye, memang tarikh wedding belum ditetapkan lagi gara-gara nak menunggu keputusan placement aku nanti. Lepas tu baru kami bercadang nak set the date. Sebab masa tu baru senang nak buat perancangan for post-wedding life. 


Tapi my dear Prince tu dah suruh ajak dah aku pergi beli sikit-sikit barang. 

Tapi dalam beli barang itu ini sikit-sikit tu, asal bincang mesti gaduh. Pastu sama-sama sentap. Rasanya dulu tak camni pun. Sampai aku pernah terfikir, apa hal yang aku dengan dia asik gaduh ni. Bincang color baju pun gaduh, bincang pelamin pun gaduh, bincang pakej photography pun gaduh. Bincang barang kemas pun gaduh. Bincang perfume pun gaduh.

Pastu pagi-pagi buta hantar sms say sorry. 

Time tu, ada je benda-benda negatif yang aku fikir. Muehehe.. Hey you! You knew me, rite! Hehe.. 

Tapi betul la kata my auntie. Cemana pun, mesti ada air mata prior wedding ceremony. Stress dengan masa, dengan persiapan, dengan family, sensitif sebab dah nak bertukar status, dengan komitmen yang bakal diberi, dengan tanggungjawab terhadap keluarga yang bakal berubah kelak. Macam-macam. 

My lovely auntie kata, "Kena tahan senafas. Then, everything will be alright."

InsyaALLAH. 


Takpe la lambat pun, asalkan semuanya berjalan lancar. 

Takpe la kawan-kawan lain semua dah kahwin dan ada kids pun, itu maknanya mereka dah stabil dari segi kewangan dan perasan. *Sila la bagi hadiah yang mahal-mahal sikit untuk aku yang belum kerja ni*

Stress memang stress. Tambah pulak aku tak de buat apa pun kat rumah ni. Fikiran banyak dibazirkan untuk berangan-angan dan mengukir impian. Kalau ada kerja, boleh la distract myself a little bit. 

My dear prince pun selalu cakap, nanti sayang dah kerja, sayang tak stress la. Hmmm, insyaALLAH. Perhatian pastinya bakal tertumpah kepada tanggungjawab seorang guru. Entah bila bakal dapat placement. Macam-macam kerenah birokrasi. Padahal banyak giler sekolah-sekolah kekurangan guru. Ntah, tak faham aku.


Tap kan, tapi kan... 

Tadi dia balik kerja, dia sms.... 

"Yang, bonus dah keluar." Dah keluar ke, dah masuk? Entah, tak faham aku. 

Lepas tu dah call happy-happy, gelak2.. ooooo, tengah rungsing takut tak dapat bonus tahun 2011 rupanya selama ni. Hehe... 


Ok, we are normal then~





Thursday, January 5, 2012

Lets go random

Ye, malam ni nak membebel secara random. 

  1. Kawan-kawan baca twitter Dr. Wee Ka Siong and find out tarikh keputusan placement akan diumumkan pada 9 Jan... After 8 months.... InsyaAllah, hoping for the best. 
  2. Adik bongsu request daging masak minyak. Aku like 'Masak minyak? Apakahhhh?' Oooo rupanya daging goreng kunyit yang letak bawang besar hiris tu... Ok, dinner malam tadi adalah daging masak minyak. Siap request nak bawak bekal lagi esok. Ok, senang kerja. Bekal is done!
  3. Jatuh cinta dengan felt craft. Just found out the arts of felt are so amazing. Tapi tak tau la ada hidden talent ke tak. Sape nak tengok hasil felt craft boleh klik link ni. http://pinterest.com/annws/felt-flowers/
  4. Hari ni perut agak behave. Baru je belajar-belajar nak diet, hari kedua tangan dan menggigil-gigil di tengahari yang sejuk ditemani hujan renyai-renyai. Chestnut sungguh! Nasib baik hari ni dah ok. Perut terkejut kot tak dapat volume secukupnya seperti hari-hari sebelumnya. Urghhh! Dan aku rasa usaha untuk diet adalah lebih senang bila kak long takde kat rumah sebab dia selalu masak sedap-sedap. Hehe... Alasan. 
  5. Aku baru tahu, cari gambar menggunakan pinterest.com adalah lagi fun. Dan hasilnya lebih amazing dari google image. Kesian sungguh.
  6. Tak tau nak design baju nikah and baju sambut menantu camna. Takut tak masuk dengan giant body ini. Dan lagi haru kalau tempah sekarang, menjelang majlis baju adalah kecik. Muehehe.. Itu possibility paling menakutkan. Dan aku tak reti melukis. But i prefer the empire cut dress. 
  7. Kecewa dengan caj wedding photographer yang tinggi bebenor. Kesian dengan golongan sengkek macam aku nih. Haha! Tapi nak usaha jugak nak tempah from fazrien or shamabd. Setakat ni dua photographer ni je yang aku berkenan. faiz khalil is another option. Sebab dia junior aku and takut aku memalu nak pose. Cehhh! Lagipun dia agak newbie. Tapi his artworks cantik jugak. Tapiiiiiii, rasanya tak dapat booking fazrien sebab tarikh dari cuti sekolah bulan mac, mei and jun dah fully booked. Kecewa. Harga, lebih kurang je kot.
  8. Tengah khatamkan blog teacher nani. Hai kak nani!!!! Just love ur writings.

O EM JI

Wednesday, January 4, 2012

Miss her and our memories

She just crossed my mind last nite. We had been bestfriends. But broke up just because of some misunderstanding issues. And for the uncontrollable emotions expressed. Well, women are full of emotions. Hehe... 
Last nite, when i thought bout her, i just trying to convince myself, it is better to be like this than still keep in cold war like before. At least we are friends again. Eventho the friendship is no longer like before. 

Tapi pagi tadi dapat mesej dari dia. Bertanyakan khabar. Terima kasih sahabat. For forgiving me. 

I just found solace in my heart and mind the. Tq my friend deary.

And the lesson learnt. 

Miss u dear. And our same taste about sandals and fashion.

Tuesday, January 3, 2012

Kahwin Muda

Source: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=303118613060705&set=a.136109636428271.16570.106585492714019&type=1&ref=nf

InsyaALLAH, anak-anak mommy nanti, mommy takkan halang korang nak kahwin muda. 
InsyaALLAH, daddy jugak takkan halang. 

Hmm, anak2 mommy tau x, ni mommy baru lepas kena marah dengan daddy. Pasal kacau dia penat-penat lepas balik kerja. Dah siap marah tu, baru cakap dia lapar. Ada ke camtu. Terukkan daddy tu. Dah tau lapar, pergi la makan. Kenapa pulak nak marah mommy kan. Nanti kita jangan kawan dengan daddy yea...  Biar dia sorang-sorang.

Anak-anak mommy, lain kali kalau suami baru balik kerja, jangan sebok nak tanya tentang isu-isu luaran. Bagi dia makan nasik dulu. Bagi dia mandi, solat, rehat dulu. Pastu baru kita up benda-benda yang kita nak tanya tadi tu. Ni pun mommy baru take note. Learn from mistakes. Muahaha!


Ceaaa, dan dan jadi mommy and daddy. Padahal kahwin pun tah bila.


Monday, January 2, 2012

Itu part dia, part kite???

Baru je lepas baca blog kak di. Entry bertajuk SAD. 

Ye, aku pun turut sama rasa kesedihan dia.... 

Sape tak nak anak kan... 

Moga ALLAH berikan yang terbaik untuk Kak Di sekeluarga. 

Moga segala ujian bakal menjadi kifarah dosa lalu. 
Semoga dipermudahkan segalanya.

Aminnn...




2012, please be good to everyone. 





Allah the Almighty Himself asked us to remember Him as much as possible.


Says the Holy Quran: O ye who believes remember Allah very often and glorify Him morning and evening." (33:41-2)

Mentari 2 Jan tersenyum manis

Lepas siapkan breakfast, tanak pulut makan dengan ikan bilis goreng campur bawang merah n cili padi. Aummm, sedap! Bajet nak diet ke apa tah, saje malas nak cari kelapa parut. Padahal malas je lebih. Mwahaha! Wangi betul bawang yang digoreng sendiri nihhhh! Dengan pedas-pedas cili padi potong. 


Ohhh, lupa aku tengah diet. Muehehe... 

Lepas breakfast, terus online. 

Bukak FB. Tengok Mariah Carey update; "Alhamdulillah, diperakukan lantikan tetap". Ehhh, tetiba Mariah Carey masuk Islam lak. Hehe.. Tadee, coursemate aku, Cik Mariah tu la... 

Huii, cepat-cepat bukak website SPP. Sambil senyum-senyum, nervous sebenarnya.

Masukkan no. ic. 

"Alhamdulillah, lulus interview. Diperakukan lantikan tetap jugak." Kata Gabriella Solis, the desperate housewife. (Lempang nak???) Mwahaha... Tetiba Gabby nak jadi cekgu apa kes??? Hehe..

Hmm, alhamdulillah. Result interview SPP dah keluar. Bila KPM nak hantar surat cinta ni... Semoga dipermudahkan ALLAH SWT.


Hmm, ALLAH SWT turunkan ujian pada aku supaya sentiasa dekat denganNya, supaya aku tak jauh dariNya. Supaya aku tak lalai dalam mengingatiNya. Kerana aku insan terpilih. Kerana aku kesayanganNya.... InsyaALLAH. Alhamdulilllah. Segala puji untuk ALLAH... Allahuakbar~



Sunday, January 1, 2012

Sarapan pertama di pagi 2012

Assalamualaikum wbt semua.... 

Semoga mentari pertama di 2012 ini membawa perkhabaran gembira untuk kita semua. 

Semoga 2012 akan dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman yang lebih bermakna, lebih diredhai Allah dan juga lebih baik semestinya.... 

Pagi 2012 ini, usai solat Subuh, takmo dah peram tidur dalam selimut macam hari-hari sebelumnya di musim cuti sekolah ni. Ye la, kalau hari sekolah, lepas subuh dah kena cungkil adik-adik dari katil masing-masing. Bergegak gempita rumah aku sebab adik-adik aku semua jenis liat nak bangun pagi. Tambah-tambah, hujung musim persekolahan yang lepas kan musim tengkujuh di pantai timur. Fuhhh, sikit punya seksa nak siram air ke badan. Bila adik-adik dah bangun, dah kena iron baju sekolah pulak. Pastu terkejar-kejar ke dapur buatkan milo susu dan sarapan ringan untuk mereka. Kalau masak sarapan berat, memang dorang bungkus buat bekal je la. 

Opsss, itu dulu.... 


Tutup buku lama, buka buku baru. 


So, pagi-pagi lepas breakfast dengan 3 in 1 coffee, terus keletung keletang di dapur. 1st attempt ni..


Nahhh, here you are.

Nasi himpit goreng aka Lontong goreng

Hmm, nasi himpit dan sate semalam masih berbaki lagi. Tak lalu pulak nak makan sate+nasi himpit+kuah kacang pagi-pagi buta. So, google resipi. 

NASI HIMPIT GORENG

Bahan
  • Nasi himpit, dadu
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3,4 biji cili padi
  • Sejemput ikan bilis
  • 2 sudu cili giling
  • sebiji telur
  • 3 batang sosej potong bulat
  • semangkuk sate ayam, potong kecil
  • garam gula
Cara
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. 
  2. Tumiskan bahan kisar hingga garing, masukkan cili giling, tumis hingga sedikit garing, masukkan sosej. Biar sosej masak seketika. 
  3. Masukkan garam gula.
  4. Tolak bahan tumisan ke tepi kuali, pecahkan telur. Kacau hingga jadi scramble egg. 
  5. Kacau bersama bahan tumisan. 
  6. Masukkan sate dan nasi himpit. 
  7. Kacau rata.

Ok, done!

Hidangkan bersama hot lemon green tea. 

Hmmm, sedap. Aku perasan, orang johor memang suka guna ikan bilis sebagai rencah. Mi goreng paling sedap di Bukit Naning dulu pun guna ikan bilis sebagai rencah selain udang dan tauhu lembut. Hmm, sedapnya.


Oiii, rindu Johor la pulakkkkk!


Till then, daa~