.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, January 6, 2012

Before we unite at the equator

I truly realize, 

You are the north pole,

I am the south pole,

And we met at the equator. 



~ ~ ~ ~ ~



Tapiiiiii! Sebelum kami bersatu di garis khatulistiwa tu, sungguh mencabar dugaannya. 

Pagi tadi mesej newly wed BFF, "Lin, menangis sebab stress buat wedding preparation tu, normal ke?"

And she replied, "Yes." With longgggg explanation. 

"Ok, i am normal. Hehehe." Sempat lagi gelak. Padahal dalam hati Tuhan je yang tahu. 

Dan tadi aku tengok dia dah up entry dalam blog dia. Malas la aku nak komen kat situ. Nanti reader dia tahu sapekah gerangan B2B yang kecoh itu. Hehee... Takpe, aku explain kat sini je. 


Ye, memang tarikh wedding belum ditetapkan lagi gara-gara nak menunggu keputusan placement aku nanti. Lepas tu baru kami bercadang nak set the date. Sebab masa tu baru senang nak buat perancangan for post-wedding life. 


Tapi my dear Prince tu dah suruh ajak dah aku pergi beli sikit-sikit barang. 

Tapi dalam beli barang itu ini sikit-sikit tu, asal bincang mesti gaduh. Pastu sama-sama sentap. Rasanya dulu tak camni pun. Sampai aku pernah terfikir, apa hal yang aku dengan dia asik gaduh ni. Bincang color baju pun gaduh, bincang pelamin pun gaduh, bincang pakej photography pun gaduh. Bincang barang kemas pun gaduh. Bincang perfume pun gaduh.

Pastu pagi-pagi buta hantar sms say sorry. 

Time tu, ada je benda-benda negatif yang aku fikir. Muehehe.. Hey you! You knew me, rite! Hehe.. 

Tapi betul la kata my auntie. Cemana pun, mesti ada air mata prior wedding ceremony. Stress dengan masa, dengan persiapan, dengan family, sensitif sebab dah nak bertukar status, dengan komitmen yang bakal diberi, dengan tanggungjawab terhadap keluarga yang bakal berubah kelak. Macam-macam. 

My lovely auntie kata, "Kena tahan senafas. Then, everything will be alright."

InsyaALLAH. 


Takpe la lambat pun, asalkan semuanya berjalan lancar. 

Takpe la kawan-kawan lain semua dah kahwin dan ada kids pun, itu maknanya mereka dah stabil dari segi kewangan dan perasan. *Sila la bagi hadiah yang mahal-mahal sikit untuk aku yang belum kerja ni*

Stress memang stress. Tambah pulak aku tak de buat apa pun kat rumah ni. Fikiran banyak dibazirkan untuk berangan-angan dan mengukir impian. Kalau ada kerja, boleh la distract myself a little bit. 

My dear prince pun selalu cakap, nanti sayang dah kerja, sayang tak stress la. Hmmm, insyaALLAH. Perhatian pastinya bakal tertumpah kepada tanggungjawab seorang guru. Entah bila bakal dapat placement. Macam-macam kerenah birokrasi. Padahal banyak giler sekolah-sekolah kekurangan guru. Ntah, tak faham aku.


Tap kan, tapi kan... 

Tadi dia balik kerja, dia sms.... 

"Yang, bonus dah keluar." Dah keluar ke, dah masuk? Entah, tak faham aku. 

Lepas tu dah call happy-happy, gelak2.. ooooo, tengah rungsing takut tak dapat bonus tahun 2011 rupanya selama ni. Hehe... 


Ok, we are normal then~





No comments: