.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, January 13, 2012

Finally


Baru 10 minit lepas PPD  Temerloh call. Katanya aku dapat kat sana. Kena lapor diri 16 Jan 2012

Dah la punya la takde bahasa mak cik yang call aku tu. 

Aku dah la stress menanti-nanti dari semalam. 

Tadi dia call, dia tanya aku, tengah tido ke? Ye mmg aku tengah tido. Takde kerja aku nak hadap laptop 24 jam. Jawab aku dalam hati. 

Siap dengar lagi kawan dia cakap, "Tido la tu. Dalam pantang kot. Ujan-ujan ni, sejuk."

Otakkkk kau dalam pantang. Aku pantang orang cakap kurang ajarje. Mula la naga dalam badan aku ni yang nak menjawabnya. 

Pastu dia tanya, "Dah cek website KPM x?"

Dah tau aku baru bangun tido, lagi dia nak tanya. "Belum, sekolah mana ye?"

"Ehhhh, dah la belum cek website  KPM, nak tanya sekolah pulak. Orientasi dulu kat PPD seminggu. Bla bla bla... "

Aku letak fon, cek ic dalam website KPM... Terus menyumpah!

Kau nampak takkkkk, mak cikkk?????

Dia tak tau pape, lagi nak laser2 aku. Datang bulan ke apa??? 

Hmm, dah pukul 3.10 petang baru aku dapat cek. Chestnut sungguh makcik tu. 

Nasib baik ada geng jugak. Mariah n Kak Roxie. And Kak Kema jugeee.. Tengok la cane nanti. 

Bukan dapat area Temerloh pun. Mungkin akan dihantar ke serata Pahang.

Apapun, mengharapkan yang terbaik dari ALLAH. Dia Maha Tahu. 

Amin..


p/s: tak berjodoh dengan johor nampaknya. hehe...

No comments: