.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 22, 2012

Home Sweet Home

Alhamdulillah, semalam selamat sampai dari Tioman pada pukul 3.20 pagi di Besut tercinta setelah menempuh perjalanan salama 12 jam. Yes, 12 hours. Phewww.. 2 jam dalam feri + 10 jam dengan kereta. Penat yang amat. Totally flat. 

Best je balik kampung dengan feri. 1 feri tu penuh dengan cekgu-cekgu Tioman. Ye la, sekolah rendah ada beberapa buah dan sekolah menengah ada sebuah di Tioman tu. Asal lepas Jumaat je, penuh departure hall dengan muka cekgu. Such a sweet memory to experience. 

Tiket bas sah-sah dah takde. Sebab dalam tioman tu, mana nak gagau stesen bas kan. Kereta pun ada sebijik dua je. Rata-rata penduduk menggunakan motosikal. Mostly guna motosikal beroda 3 yang ada tempat letak barang dan jugak orang. Hehehe.. Comel je.

Makan, tak jadi masalah langsung di Tioman tu. Hari tu takut jugak stok makanan mahal kat sana, tapi harga berpatutan je. Cuma mahal la seringgit dua. Normal la mahal. Dah namanya pulau, kan. Tapi, as long as kau tercampak kat mana-mana part dalam Malaysia, takde masalah langsung nak mencarik makan. Sebab Malaysia ni kan syurga makanan. Huhu.. Mampus aku tak kurs-kurus kat sana. Hehehe.. So, i prefer to be a vegetarian kat sana.

Ok, balik hari tu tumpang colleague dari Tumpat. Nasib baik masa lapor diri hari tu dia bawak kereta. Bajet senang nak gi sekolah kononnya. Sekali tercampak ke pulau. Haha! So, kereta tinggal kat jeti Mersing je. Cikgu lain pun ada yang tinggal kereta kat jeti dengan bayaran RM 5/day.

Ok, perjalanan balik adalah penat. Sebab aku memang jenis bangsa nak tdo atas katil je. So, tahan je la mata atas kereta tu. Sampai pukul 3.20  pagi, aku suruh Mr. Driver tido rumah aku dulu. Lepas breakfast pagi tu baru dia teruskan perjalanan ke Tumpat. Tapi punya la segan dengan dia. Hmm, masa breakfast aku gorengkan mihun. So masa dia makan tu, aku tak makan pun. Sebab terlampau penat, tastebuds aku pun turn off. So, aku rasa tak rasa je mihun tu. Tengahari tu, aku rasa. Mak aihhh, masin. Haha. Patut la terkulat-kulat kawan tu. Haha! 

Tapi serious penat. Maybe sebab jadi co-pilot kot. Kalau drive mesti tak penat sangat kot. Rasa melayang-layang ke semalam masa kat umah. Sakit satu badan. Tapi my kupu-kupu ajak keluar reunion dengan bakal pengantin, laju je bersiap. Haha!

Dan hari ni ajak kupu-kupu keluar lagi. Malas nak drive. Lagipun bagi pinjam kereta kat sepupu lain yang nak ke hospital. So, keluar seharian dari pagi santak ke 3 petang menyiapkan urusan rasmi ehem ehem, buka akaun KWSP, cuci gambar pasport, ambil baju pandu puteri dari sepupu sebab aku malas nak beli uniform lain nak pakai kat sekolah, cuci kereta sepupu, makan-makan, window shopping. Tempah spec baru. Dan dan rasa sihat. Hehe.. 

Esok my BFF bertunang. Mesti Cik Wawa tengah bz sekarang ni. Sms pun tak berjawab. Dan esok juga ada wedding member. Dua pupu kat sebelah rumah ni pun bertunang jugak esok. Phewww! 

Orite then, will update later.

2 comments:

marinahunny said...

New year, new life, new experience. Best of luck!

Miss Polaris said...

insyaALLAH, doakan ye kakna..