.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 15, 2012

Last day

Hmm, hari terakhir bergelar penganggur. 

Malam ni bertolak ke Kuantan. Then pagi tu ke Temerloh untuk lapor diri. 

Hati rasa berat nak tinggalkan rumah. 

Aku dah tak fikir dah apa yang jadi kat aku di sana. 
Tapi fikirkan abah dan adik-adik2 di rumah.

Tapi cuba selesaikan urusan di rumah semampu aku, dan menyerahkan selebihnya untuk diuruskan ALLAH SWT. Ye, ALLAH tidak zalim. Ada hikmahnya di sebalik semua ini. 

Malam tadi pun, menggosok baju seluar abah, baju Aleya secara banyak. Sampai habis semua hangers dalam rumah ni aku kutip. Gosok sampai tak de hanger dah nak sangkut baju. Baru stop. 

Dan masuk bilik untuk kemas bilik pulak. Baju pun tak packing lagi. My dear Prince pun dah siap tanya, "Berapa beg nak bawa?" Fuhhh, macam tau je aku tak reti berjimat dalam kuantiti pakaian dan beg yang akan dibawa. Errrr...

Padahal ujung minggu depan, nak balik lagi. 

Untuk bawa barang lepas dah settle urusan rumah sewa dan sekolah. 

Semoga ALLAH kurniakan yang terbaik untuk kami. 

Semoga ALLAH kuatkan iman dan semangat kami menghadapi ujianNya. 

Ya, kami bertuah. Terpilih untuk diuji iman terhadapNya. 

Ya ALLAH, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan kami hidayahMu, amin. 


2 comments:

marinahunny said...

good luck..jgn risau semuanya akan ok :)

Miss Polaris said...

tq k.na.. insyaALLAH, everything is gonna be alright. Hanya bergantung harap pada ALLAH...