.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 2, 2012

Mentari 2 Jan tersenyum manis

Lepas siapkan breakfast, tanak pulut makan dengan ikan bilis goreng campur bawang merah n cili padi. Aummm, sedap! Bajet nak diet ke apa tah, saje malas nak cari kelapa parut. Padahal malas je lebih. Mwahaha! Wangi betul bawang yang digoreng sendiri nihhhh! Dengan pedas-pedas cili padi potong. 


Ohhh, lupa aku tengah diet. Muehehe... 

Lepas breakfast, terus online. 

Bukak FB. Tengok Mariah Carey update; "Alhamdulillah, diperakukan lantikan tetap". Ehhh, tetiba Mariah Carey masuk Islam lak. Hehe.. Tadee, coursemate aku, Cik Mariah tu la... 

Huii, cepat-cepat bukak website SPP. Sambil senyum-senyum, nervous sebenarnya.

Masukkan no. ic. 

"Alhamdulillah, lulus interview. Diperakukan lantikan tetap jugak." Kata Gabriella Solis, the desperate housewife. (Lempang nak???) Mwahaha... Tetiba Gabby nak jadi cekgu apa kes??? Hehe..

Hmm, alhamdulillah. Result interview SPP dah keluar. Bila KPM nak hantar surat cinta ni... Semoga dipermudahkan ALLAH SWT.


Hmm, ALLAH SWT turunkan ujian pada aku supaya sentiasa dekat denganNya, supaya aku tak jauh dariNya. Supaya aku tak lalai dalam mengingatiNya. Kerana aku insan terpilih. Kerana aku kesayanganNya.... InsyaALLAH. Alhamdulilllah. Segala puji untuk ALLAH... Allahuakbar~



2 comments:

marinahunny said...

Thaniah eg.. Dh dpt posting nt cpt2 la proceed kawen plak ye..jgn tggu lama2...hehehe

Miss Polaris said...

Salam.. thnks kak na.. one step closer. hehe.. semoga 2012 and onwards sentiasa berikan yg terbaik utk kak na dan fmly jugak.. aminnnn.... insyaALLAH.