.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 16, 2012

Next destination

Ye, hari ni dapat surat tawaran penempatan. 


Dannnn... 


Aku dapat SMK Tekek, Pulau Tioman. 


2 boys and 2 girls. Single but not available. Hehe.. 


Kalau fikir tentang diri sendiri, excited jugak nak explore life baru. Tapi kalau fikir adik2 and abah, menangis juge. Tadi pun, kejap gelak, kejap nangis dah. 


Tapi gembira untuk mulakan tugas. 


ALLAH bagi ni sebab Dia tahu aku mampu, kan. So, no worries Izyan. 


Just go with the flow. 


Ini pengalaman yang sangat mahal, x mampu ditukar ganti dengan wang ringgit.


Dan tak semua yang sebertuah aku untuk melalui pengalaman sebegini.


Kerana ALLAH tahu ini yang terbaik untuk aku, maka aku terima dengan berlapang dada.


Lagipun dah terlalu lama aku berada di zon selesa. Sesekali kena ubah angin untuk jadi lebih matang dan kuat menempuh hidup kan. 


Ye, langkah aku makin jauh. 


Bermula dengan sekolah rendah, menengah dan universiti di bumi Terengganu.


Lepas tu baru melangkah lebih jauh bermula dengan program GEMS di Cherating, internship di CCMF Shah Alam, DPLI di UPM, latihan mengajar di Muar dan kini meneruskan bakti sebagai guru di Pulau Tioman. 


ALLAH mengatur sebegitu indah. Untuk menguatkan mental, fizikal, spiritual dan emosi seorang Nur Izyan yang selama ni terlalu selesa berada di zon selesa. 


Rubies, sapphire, diamond and so on have undergone various process, being cut, knocked and polished to be valuable stones. So am i, insyaALLAH. 




Btw, tahniah to my BFF kak zurai. Hari ni, bermula tugas sebagai seorang guru Inggeris, dan juga for the 6 weeks old bby in tummy. May ALLAH bless u dear. 


Buat yang mengenali, doakan saya kuat ye! InsyaALLAH. 

1 comment:

marinahunny said...

congrats eg, kat mana2 pun ok je kan, pengalaman tu penting