.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, January 28, 2012

Perangai lama datang kembali

Phewww.... Baru siap packing barang untuk dibawa ke Tioman. 

Dulu, masa mula-mula lapor diri, aku begitu berbangga dengan  1 luggage kecil dan satu beg sandang berisi beberapa biji buku. So not me. Sebab biasanya barang aku perlu dibawa penuh satu kereta atau pajero atau avanza. Muehehe.... 

Tapi ni, balik kemaskan barang. Maka terhasillah:

1 medium size luggage berisi baju, 
1 luggage berisi buku dan BBM, 
1 beg berisi makanan, 
1 beg berisi mekap dan toiletteries, dan 
1 beg laptop.

Phewww.... 

Harap jangan bertebarai dalam feri. Nak mengangkut dari jeti ke sekolah pun dah satu hal. 

Harap jejaka-jejaka dari Tumpat dan Kuala Berang bertangan kosong kali ni. Boleh diminta tolong untuk membawa barang-barang aku. Muehehe....

Malam ni bertolak naik ke Mersing. 

Dan insyaALLAH feri pukul 11 pagi. 


Dan akan kembali semula ke Besut untuk mencipta memori terindah. InsyaALLAH. This March 2012. Erggghhh, aku dah tua~

No comments: