.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 1, 2012

Sarapan pertama di pagi 2012

Assalamualaikum wbt semua.... 

Semoga mentari pertama di 2012 ini membawa perkhabaran gembira untuk kita semua. 

Semoga 2012 akan dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman yang lebih bermakna, lebih diredhai Allah dan juga lebih baik semestinya.... 

Pagi 2012 ini, usai solat Subuh, takmo dah peram tidur dalam selimut macam hari-hari sebelumnya di musim cuti sekolah ni. Ye la, kalau hari sekolah, lepas subuh dah kena cungkil adik-adik dari katil masing-masing. Bergegak gempita rumah aku sebab adik-adik aku semua jenis liat nak bangun pagi. Tambah-tambah, hujung musim persekolahan yang lepas kan musim tengkujuh di pantai timur. Fuhhh, sikit punya seksa nak siram air ke badan. Bila adik-adik dah bangun, dah kena iron baju sekolah pulak. Pastu terkejar-kejar ke dapur buatkan milo susu dan sarapan ringan untuk mereka. Kalau masak sarapan berat, memang dorang bungkus buat bekal je la. 

Opsss, itu dulu.... 


Tutup buku lama, buka buku baru. 


So, pagi-pagi lepas breakfast dengan 3 in 1 coffee, terus keletung keletang di dapur. 1st attempt ni..


Nahhh, here you are.

Nasi himpit goreng aka Lontong goreng

Hmm, nasi himpit dan sate semalam masih berbaki lagi. Tak lalu pulak nak makan sate+nasi himpit+kuah kacang pagi-pagi buta. So, google resipi. 

NASI HIMPIT GORENG

Bahan
  • Nasi himpit, dadu
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3,4 biji cili padi
  • Sejemput ikan bilis
  • 2 sudu cili giling
  • sebiji telur
  • 3 batang sosej potong bulat
  • semangkuk sate ayam, potong kecil
  • garam gula
Cara
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. 
  2. Tumiskan bahan kisar hingga garing, masukkan cili giling, tumis hingga sedikit garing, masukkan sosej. Biar sosej masak seketika. 
  3. Masukkan garam gula.
  4. Tolak bahan tumisan ke tepi kuali, pecahkan telur. Kacau hingga jadi scramble egg. 
  5. Kacau bersama bahan tumisan. 
  6. Masukkan sate dan nasi himpit. 
  7. Kacau rata.

Ok, done!

Hidangkan bersama hot lemon green tea. 

Hmmm, sedap. Aku perasan, orang johor memang suka guna ikan bilis sebagai rencah. Mi goreng paling sedap di Bukit Naning dulu pun guna ikan bilis sebagai rencah selain udang dan tauhu lembut. Hmm, sedapnya.


Oiii, rindu Johor la pulakkkkk!


Till then, daa~

No comments: