.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, January 13, 2012

Selepas tempoh bertenang

Hmm, tadi lepas pegawai JPN Pahang call bagitau aku kena lapor diri di PPD Temerloh Isnin ni, Semua guru yang di postingkan ke Pahang akan berkumpul di PPD Temerloh untuk sesi orientasi, lepas tu baru dibahagikan sekolah. 

Agak kecoh jugak la kat rumah tadi. Aku, mula-mula tu relax je. Tapi dah siap-siap makan nasik (bertambah pulak tu, hehe), mandi, solat, baca al-Kahfi, dah start merambu-ramba dah air mata. Aku tak sedih fikir aku tercampak kat Pahang, tapi sedih mengenangkan sape nak jaga urusan kat rumah ni. Nanti tinggal abah, Anas, adik laki yang tingkatan 2 dan jugak Iman, darjah 6, dan Aleya yang darjah 2. 

Ye la, lepas umi takde, memang aku and Aleya selalu sama2. Solat sama-sama, ngaji sama-sama, buat hoemwork dia sama-sama, tido sama-sama. Suapkan ubat alergik mata dia, sapu kan ubat segala. How come aku tergamak nak fikir nanti dia sorang-sorang kat rumah takde geng nak bermanja.... 

Abah ok je tadi. Relax je. Cuma abah kata, gi dulu seminggu, tak payah bawak kereta lagi. Dah settle sekolah sume, baru balik ambik kereta. 



My Prince lagi aneh. Bila aku call, "Dapat Temerloh la."

Dia, "Eh, temerloh kat mana ehhh? Nanti abang nak kerja kat mana eh?"

Ehh, kalut dok fikir kerja dia pulak. Nasib aku ni, entah terpilih ke sekolah mana kat Pahang nanti tu, tak tanya pun. Huhu.. .Cuak la tu takut kena PJJ lepas kawen. Haha!

Ada hikmahnya My Prince suruh settle kan dulu persiapan kahwin awal-awal. Alhamdulillah dah settle separuh. 



Aleya pulak.
"Yaa, tau tak nanti kak eg kena ngajar kat Pahang."

"Pahang tu kat mana?"

"Jauh la. Pastu Yaa cane nanti?"

"Takpe la, nanti Yaa tido dengan abah."

"Baju sekolah sape nak basuh?"

"Takpe, Yaa dah pandai basuh sendiri. Setting untuk rendam pun Yaa dah tau."

"Homework?"

"Takpe, nanti abah ajar. Takpun tanya abang Iman atau abang Anas."

"Baju sekolah sape nak gosok?"

"Takpe, Yaa pandai. Dulu masa umi demam, Yaa gosok sendiri."



Fuhhh, sumpah masuk bilik menangis aku...She just 8 years old. And will be living this life without me and umi...



Mujur sekali dengan Kak Kema, Kak Roxie, and Mariah masa lapor diri nanti. Takde la tercangak-cangak aku sendiri kat sana nanti. 

Ahad ni pun bertolak dengan bas dengan Kak Kema dari Jerteh ke Kuantan. Nanti kat Kuantan, abang dia settle kan sementara nak cari rumah sewa and sekolah.



Future MIL pulak:

"Mek, Jie dapat Pahang."

"Alhamdulillah la. Mek dari semalam dok berdebar takut dapat Sabah Sarawak. Alhamdulillah la tu dapat Pahang. Tak jauh sangat. Takpe la tak dapat Terengganu pun."


Ya, Alhamdulillah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan keluarga. Perancangannya yang terindah. Alhamdulillah.

3 comments:

marinahunny said...

Eg, nt pas kawen blh try apply utk tukar..lagi mudah blh ikut suami..g,

Miss Polaris said...

insyaALLAH kakna.. doakan ye. semoga dipermudahkan ALLAH... TQ ye kakna..

wanitasolehah said...

Allah mmg syg kan eg n fmly... xpe lah eg... susah dulu..nt akn dtg...senang...insyaAllah... wish u all da best in evythng u do...sedih sgt yo baca part aleya...huhu