.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, January 26, 2012

Semoga diberkati ALLAH ~ Jue + Wan

Hmm, tadi menghadiri satu lagi wedding kawan sekolah. Jue dan Wan.

Pergi dijemput Cik Wawa yang baru berdarah manis tu. Hehe...

Jue sangat cantik. Berseri-seri. Mekap natural, tapi menyerlah. Comel sangat. Dah la Jue dah kurus. Lagi la comel. Jue kata dia skipping 500x sehari. Dan dan aku gi beli tali skipping. Kalau ikut kan, ni tali skipping ke 4 kot yang beli. Haha!

Jue yang sangat cantik


The sweet-blooded girls

Wa, Syeri, Mai, Me

With bride n groom


Again

Ha, Syaza, Yung

Temanya pink. Dan jue pakai dress grey dengan bunga pink. Sumpah cantik. Tak tipu!

Macam best je majlis Jue sebab takde ramai sangat tetamu. So, tak crowded dan  perjalanan majlis berjalan sangat lancar. Nanti tak nak jemput ramai2  jugak la. Haha! Macam la ramai sangat yang hadap nak datang. Hehe.. 

Masa makan, terjumpa Ha, Syaza dan Yong. Kawan satu sekolah jugak. Wahh, dorang maintain macam form 5 lagi. Hehe. Lagi-lagi Ha yang masih ceria macam form 5 dulu. Rindu betul. Dapat la update2 sikit cerita kawan-kawan. Tapi mostly update cerita sape yang dah kawen, sape yang dah ada anak, dan kami yang masih membujang. Haha!

Tapi malangnya gambar tak dapat upload lagi sebab aku tak jumpa lak kat mana card reader aku. Memory card camera aku ni choosy sikit. Kalau guna card reader lain dia tak nak. Aku masukkan dalam SD slot di netbook ni pun dia tak detect. Chestnut sungguh. 

Ok la, kerja banyak yang tak settle lagi ni. Baju tak packing lagi. Buku yang nak dibawak pun tak pilih lagi. Yang lain-lain tu dah settle rasanya. 

Orite then. See u later~



No comments: