.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 9, 2012

Talam keladi

Malam tadi, tengah stress fikir kenapa KPLI yang baru habis belajar 2 bulan dan belum dapat result interview posting hari ni sedangkan kami yang DPLI ni dah 8 bulan lebih dok bela lemak kat rumah dan dah dapat result interview masih lagi nak diperam-peram placementnya, aku gi dapur buat talam keladi kejap. Hehehe... 

Resipi amek kat sini.

Check resipi, check bahan kat dapur. Ok, setel. Jom menderhaka. Hahaha! Mintak ampun ye tuan resipi. 

Tepun beras ada secawan lebih je, so aku kurangkan sikit untuk lapisan atas. Santan pun ada secawan je, aku gantikan dengan susu cair. Pastu untuk lapisan atas, campurkan sikit dengan whipping cream. Sedap uolllsss, wanginya bau whipping cream tu. Dari kuih tradisional dah jadi moden dah kuih talam ni. Tapi tetap sedap, cukup lemak berkrim disukai ramai semua. Hehe....

Ok, resipi original macam ni;

Bahan Lapisan Bawah

300 gm keladi
600 ml santan cair [1/2 biji kelapa] ---> aku guna 250ml susu cair, 50 ml santan pekat, 300ml air
150 gm tepung beras

20g tepung ubi
1/2 sudu teh garam


Lapisan Atas

250 gm gula halus
1 cawan tepung beras ----> aku guna 1/2 tepung beras
3 cawan santan pekat ----> aku guna 1 cawan susu cair, 1/2 cawan santan pekat, 3/4 cawan non dairy whipping cream
1/2 sudu teh garam
Pewarna purple dan esen keladi ----> xde, aku tibai je warna ijau.

Cara:

Bersihkan keladi dan rebus sehingga lembut. Blendkan dengan santan cair. Campurkan dengan semua bahan. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak. Kukuskan selama 20 minit.

Campurkan adunan lapisan atas dan tapis. Masakkan sikit diatas api dan tuangkan atas permukaan keladi yang telah dicakar-cakarkan. Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan. 
Malas nak potong cantik-cantik. Last piece yang tinggal.

Walaupun xde rupa, tapi rasa memikat qalbu. Erkkk!
Macam tak ikhlas je aku letak gamabr kan. Asal ada je. Heheh.. Malas nak salut pisau dengan minyak masak. Sebab tu menggerutu je gitu. Dah la malam tadi tu, ngam-ngam je kuih ni siap dikukus, terus habis gas. Nasib baik sempat masak. Rezeki family aku untuk breakfast pagi tadi. Alhamdulillah. 

No comments: