.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, January 27, 2012

Tetap di hati

Acer 15'

Asus 12'

Beza jauh macam langit dengan bumi. 

Seriously aku prefer my old Acer. Dah sebati dengan hidup aku. Dah enam tahun bersama. Walaupun besar gedabak. Berat. Aku sangat suka skrinnya yang besar tu. Malangnya laptop tu tersangat la uzur. Bila bukak, the screen tu kena sandar di dinding. Kalau tak rebah menyembah bumi. Fuuu, sedih.

Rasanya kalau angkut ke Tioman, relai dalam feri kot. Hehe... 

Makanya, balik hari tu meminta belas ihsan abah. Dan, Asus dalam genggaman. Tapi hutang la. Takkan la dah kerja nak pau duit abah lagi kan. Cukup la abah tanggung belanja kenduri kahwin je nanti. KOf kOf kOf.. 

Baru seminggu kerja, dah seribu lebih hutang. Hehe.. Tu tak masuk PTPTN lagi. Gaji entah bila akan dapat. Terasa sangat-sangat nak shopping buku latihan dan rujukan. Sepatutnya cikgu baru pun dapat baucar buku 1 Malaysia tu. Huhu! Untuk anak didik tersayang jugak. Hehe.... 

Ok, back to my little Asus, aku rasa pelik guna laptop kecik. Tak biasa dengan skrin kecik. Tak suka tak ada slot untuk cd. Padahal bukan rajin sangat tengok DVD pun. Lagipun belum pindahkan lagi semua kenangan dalam Acer ke dalam Asus. Tak pe la, belajar biasakan diri. Sebab that little Asus lagi senang nak bawak travel. Nak bawak naik bas, naik feri. Takde la berat sangat kot. Kan.


Walaupun nanti my big Acer nak kena tinggal kat rumah, aku tetap sayang Acer. Tak nak buang pun. Nak simpan je. Banyak jasa my big Acer ni untuk aku.  6 years. Such a long journey to share. Tq awak, sayang awak~

No comments: