.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 22, 2012

Zulhuzaimy di Muda Osman

Ceaaaa! Terer tak aku balik Besut boleh terserempak dengan Zulhuzaimy. Jeles le tew... Hehe.. 

Pukul 6.30 petang tadi pergi beli Sate Lanang yang famous kat Jabi tu. Sekali pukul 8.30 malam baru siap. Phewww. Hehe. Nasib baik sedap. Sanggup gi masjid, solat dulu. Pastu gi tunggu lagi. Hehe... Siap dapat percuma teh ais, milo ais and 2 jeli kelapa. Semoga ALLAH murahkan lagi rezeki mereka, amin.. 

Then lepas tu pergi Muda Osman, nak beli whiteboard marker. Sekali orang macam ulat dalam tu. Ramai giler. Semua pakat dok guna baucer buku 1 Malaysia menyebabkan urusan pembayaran bertambah renyah. Masa mula-mula masuk tu, aku dah terperasan sorang lelaki yang macam Zulhuzaimy tu. Cuba jugak recall tapi tak ingat jugak. Sekali dia datang tegur. 

"Dok kat mana sekarang? Cam tak?"

"Errr, cam. Tapi lupa. Sape ni eh?"

"Ooo, cam tak pe la." Dia sengeh-sengeh sempoi macam Zulhuzaimy tu la.

Lepas tu dia keluar dari Muda Osman tu dengan wife and anak dia. Jenuh aku cuba ingat siapa dia. Dah setengah jam baru aku ingat... Terus rasa nak ketuk kepala laju-laju. 

OMG, OMG!!!! 
Itu Cikgu Syukri! 
Cikgu kimia aku masa form 5. 
Tahun 2003!!!! 

Giler menderhaka aku kan??? Ada pulak tanya cikgu tu sape? It has been nine years. Cikgu yang ingat aku, aku pulak lupa. Hampagas betul!!! Cane aku boleh lupa cikgu hensem camtu. Haha! 

Patut la aku dapat C5 untuk subjek Kimia. Hehe! Tapi Cikgu Syukri tu ajar kami sekejap je. Masa gantikan Cikgu Norsita yang bersalin. 

Oiiii, sampai sekarang aku rasa nak ketuk kepala ke dinding. Nyesal betul. Cekgu punya la ingat anak murid, aku pulak ada hati gi tanya, "Sape ni eh???" Hehe.. .




Cikgu Syukri, nanti kalau ada jumpa lagi, nanti saya belanja cikgu makan Sate Lanang ye, insyaALLAH.


Saya ingat lagi, cikgu ajar Jadual Berkala/Periodic Table masa tu. Pastu cikgu taknak bagi formula untuk hafal jadual berkala tu sebab cikgu kata 'bahaya' ayat yang cikgu hafal tu. Haha! See, saya ingat la cikgu... Hehe..

No comments: