Tuesday, February 28, 2012

pening

tah pape je hari ni... 


mati-mati aku ingatkan waktu KHB hari ni 1 period, rupanya 2 periods. 


dengan confidentnya aku keluar dari kelas, masuk bilik guru makan nasik. 


hehe... 


pastu tetiba students datang panggil. 


okey, i malewwww! 



Sunday, February 26, 2012

Ok, stress!

Preparation for the new life has not DONE! 


Several days left. 


Dan berat aku naik. 


Dan soalan exam belum siap. 


Selera makan naik mendadak. Bahagia apakahhhhh??? 


Galeri sekolah on my list. Tak jenguk pun lagi. 


Extra class for English subject will be starting tomorrow. 


Keceriaan surau pun tak start fikir lagi. 


Modul KH malas nak fikir. Nak kena rujuk cikgu senior KH di Tengku Mahmud. Sebab nanti nak guna untuk budak PMR. Tak nak la gamble je bagi bahan yang tak valid untuk PMRians. 


Ok, malas pikir!


Kalau la umi ada.... Hmmmm.... 


Missing her so much!


Al fatihah.



Friday, February 24, 2012

kepsi and real car

Hai sayang-sayang sekalian....

After a month at Tioman. Rabu lepas berpeluang juga keluar dari Tioman for 3 days to settle up some official matters. 

Berpeluang meninggalkan wangi bau laut dan menghirup udara tanah besar. Alhamdulillah. 

Perkara pertama yang kami lakukan adalah siapkan urusan kerajaan. Dan kemudiannya, yes! Hunting for KFC. Perghhh, nikmat dunia. Kesian, kan... Hehe.... 

Dan terasa sangat selesa duduk dalam kereta sebenar. Selama di Tioman, cuma berpeluang menaiki side-car. 

Tak tau apa itu side-car?

Kesian kamuuuu! Hehe.. Go google it, beautifullers!

Hmm, esok, kami akan kembali ke Tioman. Kembali mengumpul sabar mendidik anak didik tersayang. Yang cuma disayangi guru, yang tak menyayangi diri sendiri. Hope you all can wake up earlier, anak! The true world awaits you outside your little land. Lets go battle, anak sayang~ Semoga rahmat ALLAH dan restu guru sentiasa mengiringi kamu!

Saturday, February 18, 2012

Phewww... Tak reti reka tajuk!

Ok, phewwww again and again. 


Semalam baru settle larian merentas desa sekolah. 


Juga baru berpindah ke bangunan baru. Ye, kami dah dapat our own buildings. Tidak lagi menumpang kasih di bangunan sekolah rendah. And we got kuarters in school area too. Yeay, tak yah belajar motor anymore. 


Dan aku dapat bilik sendiri. Yeah, ketua bidang Teknik Vokasional kononnya. Padahal takde pengalaman pun. Tapi, nanti kita sama-sama timba pengalaman tu. 


Yeah, we are absolutely tired. With the previous workloads and the next is more and more. 


The very next one will be the official buildings handover ceremony on the 3rd and 4th March. 


Then, we have to prepare the UPT 1's questions. I'll in-charge in preparing KHB form 1 paper. 


Then, rite before we back to our hometown for holidays, we have to settle up the marks for UPT 1. 


Ye la, tak mo la bawak balik kertas exam budak-budak balik kampung kan... Tak pasal berterabur dalam feri. Muehehe... 


Balik aje dari honeymoon, ehhh..... Opppsie~ 


Balik aje dari holidays, dah kena buat preparation untuk mesyuarat pengetua-pengetua yang akan berlangsung pada April nanti. Di Tioman ini. And me n Ida will be the urusetia. Phewww again. 


Dan ni, tengah angkat barang ke bangunan baru sebenarnya. Tapi sempat cilok komputer AbangYie jap untuk update belog nih. 


Penat tak penat, we never failed to having breakfast and swimming every weekend morning. Jangan jeles uollsss... Heheh... Sebelum ni di Taman Laut. Had breakfast with the nemo-nemo comel. Tapi hari ni, kami Pantai Tanjung Said pulak. Sunburnt dah kulit i yang dah sedia tanned ni. Mati la mak andam nak tempek bedak. Huhu! 


Okies, have to go. Pictures will be uploaded later. 


Till then, daa~

Wednesday, February 8, 2012

Berjaya Resort


Dah lama tak menulis. Nak kata busy, busy la jugak. Tapi bila tak busy, Mr Idea Block rajin nau menyinggah. Banyak cerita yang aku nak kongsikan.

Weekend pertama di Tioman.

Hari pertama, Abang Yie, pembantu makmal SMKT yang dengan baik hatinya membawa kami meneroka keindahan Berjaya Resort. Cantik. Sejuk. Tenang. Rasa tak sabar nak dapatkan tunggakan gaji, nak bawa Mr. Hubby dan family datang bercuti di Tioman dan menginap di Berjaya.

Sila fokus kepada resort atas bukit tu. Namanya Shahzan Villa. RM 10K per night. Ada berani nk hnymoon kat situ????


Padang golf















Naik side car... Pengalaman pertama~

Friday, February 3, 2012

Rindu umi

Seriously, i missed my mom so badly these few days. 

Rindu nak mengadu macam-macam dengan umi, 

Rindu nak peluk cium umi.

RIndu nak habiskan kredit dengan bercerita dengan umi. 

Rindu masakan umi. 

Rindu nak umi buat itu ini (org kelantan cakap: rindu nak 'ngerak' dengan umi)

Rindu nak tido peluk umi. 

Rindu nak tengok umi senyum. Yes, my mom suka senyum je. Jarang dengar dia gelak ketawa besar2 macam anak dara dia nih. Hehe... 

Tak tahu kenapa kebelakangan ni, rindu sangat dengan umi. 

Tengah study di meja guru, tetiba rasa rindu tu crossed my heart, terus bergenang air mata. 

Tengah tulis daily lesson plan dalam buku rekod, tetiba rasa rindu tu crossed my mind, terus bergenang air mata. 

Tak kira dah sapa yang tengok. Memang truly menangis. 

Gosh, hard to explain. But those were true. 

Apatah lagi kalau lepas solat. Time nak tido. Memang merambu ramba air mata. 

Dont know why i just felt touching easily these few days. 

Mungkin sebab dah terfikirkan komitmen lain. 

Orang kata kalau teringat sangat, mungkin sebab tak cukup sedekahkan bacaan Quran untuknya. Tapi aku baca Quran tiap malam untuk umi. Tiap hari. 

Hmmm, mungkin umi sedang rindukan aku kot. Sebab masa balik bercuti minggu lepas, aku tak sempat menjejakkan kaki melawat makan  bonda tercinta. Bukan aku sengaja. ALLAH sedang berikan aku cuti. Hmmm, umi, rindu umi sangat.....

Only those who experience this before can understand my feeling. 

Felt empty without the warm of mother's touch...

Semalam pun, tengah bercakap dengan My Prince, sedu sedan aku menangis mengadu. Sampai dia di sebelah sana pun turut sebak. 

Sorry dear. 

Tetiba dia cakap,"Takpe la yang. Dah nak kawen dah."


Ehhh, motip? Takde kaitan pun yang....



Ya ALLLAH, teringinnya nak berbual berbincang tentang persiapan kahwen dengan umi. 

Taknak settlekan semua ni sorang-sorang without her~ 




But ALLAH loves her much more. Yes, aku redha~

Wednesday, February 1, 2012

Teaching english

Ok, memula dapat tau aku kena ngajar English form 1 and 2, memang giler menggelabah. Gelabah yang serius punya. Sebab aku tak tau nak ngajar bahasa. Dengan terms, grammar, sentence structure, short essay, literature. Memang tak tahu nak raba tang mana bila nak mula mengajar. 

For the first class, memang berterabur aku mengajar grammar. Tapi sumpah aku study giler sebelum mengajar. Hehe.. Sebok kacau Sir Najib and Cikgu Roslina. Tanya dorang macam-macam. Tapi perlahan-lahan aku dah mula nampak jalan in teaching English. Dah faham sikit kehendak soalan, struktur soalan. 

Rasa la lega sikit. Then for the 2nd class, pengajaran dah agak sistematik sikit. Ajar grammar. 

Tapi hari ni, 3rd class. Ajar dorang buat guided writing. Kecewa kembali. Huhu.... Tak reti nak ajar!!! Tulun tulun!!!!!! Hmm, kena teruskan pertapaan dengan Sir Najib. Cekgu-cekgu kat situ cakap Sir Najib tu terer. Sebab rrsult English naik lepas dia datang. Ye la, dah bidang dia. Mesti la dia terer. Takpe, kita kayuh pelan-pelan. 

Semoga dipermudahkan ALLAH. Amin...