.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 22, 2012

1st meeting...

Alhamdulillah, telah selamat menghadiri Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media peringkat Zon Timur Bil. 1/2012 di PKG Rompin. 

Kali pertama menghadiri mesyuarat di luar Tioman. 

Syukur yang tak terhingga kepada ALLAH kerana mempertemukan aku dengan keluarga yang baik. Memberi izin menumpang tidur, menjemput dari jeti, meminjamkan kereta.... Syukur Alhamdulillah... Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa mereka sekeluarga. 

Tapi harapnya lepas ni takde dah meeting di luar Tioman lagi. Segan nak menumpang kasih family my lovely colleague tu lagi.. Tq so much tau Ida...  

Sejak bertunang dan berkahwin, terkadang aku sesal kerana kerap terlupa aku kini punyai sepasang lagi ibu bapa yang terlalu mengambil berat tentang aku. Kerap kali aku terlupa untuk mengkhabarkan ketibaan dan waktu bertolak aku ke sesuatu destinasi sehinggakan mereka yang terlebih dahulu menelefon. Sigh. Sorry mk and ayah... 

Terima kasih kerana selalu mendoakan kesejahteraan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucumu... 

Memetik kata rakan sekerjaku, Azramin, "mereka yang mengahwini kita itulah yang terbaik untuk kita. Hargailah dia dan terimalah segala baik buruknya. Kekurangannya akan dilengkapi oleh kelebihan kita dan kelebihannya akan melengkapi kekurangan kita. Perancangan ALLAH itu yang terindah. Alhamdulillah..."

Rindu zaujiku... Rindu untuk memasak untuknya.... Perancangan ALLAH itu yang terindah, insyaALLAH kami akan lalui dengan penuh kesabaran....


Tuesday, March 20, 2012

come-back

Hai, salam.

Terasa nak menulis. Dah lama sangat tak merapu secara bebas di blog sendiri. Banyak yang nak dikongsikan, tp terlalu sedikit waktu yang dapat diluangkan untuk mengadap blog. 

Eh, tetiba ayat aku macam skema. Setelah bergelar puan kan? hehe... 

Ye, masih lagi tak percaya tentang perubahan status ni. Mr. Polaris pun macam tu. Dah 6 tahun 6 bulan kami bercinta, dan alhamduillah diberi peluang oleh ALLAH untuk menyambung percintaan dengan hubungan yang halal lagi berpahala, alhamdulillah. 

Rupanya menguruskan majlis adalah super duper penat. Dan menguruskan majlis tanpa umi adalah sesuatu yang sangat menguji perasaan. Alhamdulillah ramai saudara mara dan family yang membantu. Dan majlis berjalan dengan lancar. 

Walaupun, pukul 2 petang sebelum akad nikah, aku masih menghiris daging untuk digulai dengan jemari yang merah berinai.... 

Walaupun, pukul 3 petang aku sendirian mengemas bilik pengantin seorang diri sehingga air mata bergenang. Penat tak terkata. 

Walaupun, pukul 6 petang aku cuma terduduk seketika kerana inai perlu dipakai semula sebab kurang merahnya. Cukup setengah jam, inai liquid tu dah kering, terus cepat-cepat basuh kerana perlu menyiapkan diri untuk menyambut kedatangan mak andam. 

Dan tepat jam 10 malam, alhamdulillah, selamat bergelar zaujah kepada zaujiku... Semoga ALLAH merahmati kami.Amin.. 

Terasa tenang jiwa saat berdiri di belakangnya, menjadi makmumnya.... Terasa lapang dada saat sama-sama membaca al-Mulk seusai solat Isyak... Terima kasih ALLAH... 

17 Mac, kami bertolak meninggalkan kampung ke Tanjung Gemok. Kali ni aku akan menaiki feri dari Tanjung Gemok ke Pualu Tioman. Selamat sampai di Kuala Rompin pada jam 8.00 malam. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia. 

Satu pengalaman manis bila berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran bersama suami. Tq for the hadiah, sayang... 

Dalam feri, segala tentang keluarga secara automatik tertinggal di tanah besar. Yang ada dalam fikiran hanya sekolah, tugas, dan pelajar. 

Dan semalam, serasa pedih jiwa saat zauji menyatakan keinginan untuk menikmati siakap stim masakan zaujahnya sekali lagi. Dugaan berjauhan dengan suami.... Semoga ALLAH memberi kami kekuatan... Amin..

Esok aku terpaksa keluar. Menghadiri meeting pertama sejak bergelar guru tetap di PKG Rompin. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.



Monday, March 19, 2012

Dua puluh enam

Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan dan peluang oleh ALLAH untuk menyedut udaranya. Alhamdulillah, semalam genap 26 umur aku. 


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk merenung muka suami sebaik sahaja membuka mata di pagi 18 Mac... Just a perfect starting of the new life. Terima kasih ALLAH.... Walaupun sekadar menyambutnya dengan menikmati Belgian coklat yang berharga RM 7.90 yang dibeli sendiri di Vision Commerce, Tioman, takpe la yang... Tetap sayang u. Hehe... 


Terlalu banyak nikmat yang ALLAH berikan, terlalu sedikit aku mengingatiNya. Semoga di usia baru, bertambah keimanan padaMu. InsyaALLAH.


Thanks for all warm birthday wishes. Jazakallahukhairan. 


I wish for better things ahead, insyaALLAH. 


AMIN.. 









Saturday, March 17, 2012

Thursday, March 15, 2012

When the north pole and south pole meets at equator

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Alhamdulillah, 14 Mac 2012, aku selamat bergelar isteri kepada Mr. Polaris. 

Buat sahabat yang belum dijemput, kad akan menyusul untuk kenduri insyaALLAH, pertengahan tahun nanti...


Thursday, March 8, 2012

the warmth of her body

Alhamdulillah, setelah beberapa hari melalui hari-hari dengan linangan air mata kerana rindukan umi, malam tadi ALLAH menghadirkan umi dalam mimpiku. Serasa sangat selesa merasai hangat badan umi. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

Moga dirimu damai di sana, bonda... 

Al fatihah.... 


Monday, March 5, 2012

thanks friends deary and my lovely hensem

Hmmm, hari ni rasa sangat pelik. 


Dari pagi rasa serba tak kena. 


Masuk kelas, students pulak tak dengar cakap. 


Call rumah, banyak lagi tak settle. 


Urusan sekolah pun, banyak yang kena settle kan sebelum pulang bercuti. 


Monday meeting tadi, dapat satu lagi tugas. Kena jadi cikgu PSS pulak. Ok, new experience to explore again. 


Call mangsa-mangsa untuk mengadu, semua bz kerja. Ok, understood. 


Sebelum meeting, tetiba gi hadap Ila dengan kata-kata "Nak nangis boleee?" 


Terus bercucuran, mencurah-curah ke ladang gandum. 


Pastu Ila ingatkan lepas solat Zohor ada Monday Meeting. 


Adoi, mampuih aku.. Mata bengkak merah. Pastu tak sempat nak nangis puas-puas. 


Dalam meeting terpaksa tahan perasaan. Tapi tetap jugak la mengalir-ngalir air mata. Nasib sume buat tak tau je. 


Apa la aku ni kannnn... Manja!


Keluar dari meeting room, ramai pulak yang ambil berat. Bertanya khabar. Bagi kata-kata semangat. 


Hmmm, thanks my friends deary.... 


Jazakallahukhairan. 


Sebab terpaksa tahan tangisan, balik bilik, kepala berdenyut-denyut. Sakit. 


Pastu baru ingat, lupa nak lunch. 


Tapi nasib baik my lovely hensem called. And hiburkan hati. Thanks darl~


Hmmm, how i wish umi  is still by my side. The shoulder to cry on, the ears to lend.... 


Rindu 'Aleya, rindu Darwisy... 


Rindu abah mostly. 


And umi... too muchhhhh rindu! 


Al fatihah buat umi. Doakan Kak Eg kuat ye, umi..... 






Lin, 
Aku normal je kannn?