.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 22, 2012

1st meeting...

Alhamdulillah, telah selamat menghadiri Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media peringkat Zon Timur Bil. 1/2012 di PKG Rompin. 

Kali pertama menghadiri mesyuarat di luar Tioman. 

Syukur yang tak terhingga kepada ALLAH kerana mempertemukan aku dengan keluarga yang baik. Memberi izin menumpang tidur, menjemput dari jeti, meminjamkan kereta.... Syukur Alhamdulillah... Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa mereka sekeluarga. 

Tapi harapnya lepas ni takde dah meeting di luar Tioman lagi. Segan nak menumpang kasih family my lovely colleague tu lagi.. Tq so much tau Ida...  

Sejak bertunang dan berkahwin, terkadang aku sesal kerana kerap terlupa aku kini punyai sepasang lagi ibu bapa yang terlalu mengambil berat tentang aku. Kerap kali aku terlupa untuk mengkhabarkan ketibaan dan waktu bertolak aku ke sesuatu destinasi sehinggakan mereka yang terlebih dahulu menelefon. Sigh. Sorry mk and ayah... 

Terima kasih kerana selalu mendoakan kesejahteraan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucumu... 

Memetik kata rakan sekerjaku, Azramin, "mereka yang mengahwini kita itulah yang terbaik untuk kita. Hargailah dia dan terimalah segala baik buruknya. Kekurangannya akan dilengkapi oleh kelebihan kita dan kelebihannya akan melengkapi kekurangan kita. Perancangan ALLAH itu yang terindah. Alhamdulillah..."

Rindu zaujiku... Rindu untuk memasak untuknya.... Perancangan ALLAH itu yang terindah, insyaALLAH kami akan lalui dengan penuh kesabaran....


No comments: