.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, March 20, 2012

come-back

Hai, salam.

Terasa nak menulis. Dah lama sangat tak merapu secara bebas di blog sendiri. Banyak yang nak dikongsikan, tp terlalu sedikit waktu yang dapat diluangkan untuk mengadap blog. 

Eh, tetiba ayat aku macam skema. Setelah bergelar puan kan? hehe... 

Ye, masih lagi tak percaya tentang perubahan status ni. Mr. Polaris pun macam tu. Dah 6 tahun 6 bulan kami bercinta, dan alhamduillah diberi peluang oleh ALLAH untuk menyambung percintaan dengan hubungan yang halal lagi berpahala, alhamdulillah. 

Rupanya menguruskan majlis adalah super duper penat. Dan menguruskan majlis tanpa umi adalah sesuatu yang sangat menguji perasaan. Alhamdulillah ramai saudara mara dan family yang membantu. Dan majlis berjalan dengan lancar. 

Walaupun, pukul 2 petang sebelum akad nikah, aku masih menghiris daging untuk digulai dengan jemari yang merah berinai.... 

Walaupun, pukul 3 petang aku sendirian mengemas bilik pengantin seorang diri sehingga air mata bergenang. Penat tak terkata. 

Walaupun, pukul 6 petang aku cuma terduduk seketika kerana inai perlu dipakai semula sebab kurang merahnya. Cukup setengah jam, inai liquid tu dah kering, terus cepat-cepat basuh kerana perlu menyiapkan diri untuk menyambut kedatangan mak andam. 

Dan tepat jam 10 malam, alhamdulillah, selamat bergelar zaujah kepada zaujiku... Semoga ALLAH merahmati kami.Amin.. 

Terasa tenang jiwa saat berdiri di belakangnya, menjadi makmumnya.... Terasa lapang dada saat sama-sama membaca al-Mulk seusai solat Isyak... Terima kasih ALLAH... 

17 Mac, kami bertolak meninggalkan kampung ke Tanjung Gemok. Kali ni aku akan menaiki feri dari Tanjung Gemok ke Pualu Tioman. Selamat sampai di Kuala Rompin pada jam 8.00 malam. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia. 

Satu pengalaman manis bila berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran bersama suami. Tq for the hadiah, sayang... 

Dalam feri, segala tentang keluarga secara automatik tertinggal di tanah besar. Yang ada dalam fikiran hanya sekolah, tugas, dan pelajar. 

Dan semalam, serasa pedih jiwa saat zauji menyatakan keinginan untuk menikmati siakap stim masakan zaujahnya sekali lagi. Dugaan berjauhan dengan suami.... Semoga ALLAH memberi kami kekuatan... Amin..

Esok aku terpaksa keluar. Menghadiri meeting pertama sejak bergelar guru tetap di PKG Rompin. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.



1 comment:

nieja said...

i baca entry u ni sedih n hepi..
sedih sebab time mjlis umi u xde :(
kalau tjadi kat i xtau cmne.. mlm b4 i akad
nikah tu pon i nangis sorg2 sbb t'ingat arwah
papa i :( eh malas la cite sedih nak
nangis lak i..

btw, congratulations sygggg.. sbb u
dah jadi wife :) majlis nant inviteee
i tauuuu