.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, April 23, 2012

The precious gift's update

Ok, sebelum tu, aku nak mintak maaf kalau entry ini ada mengecilkan hati mana-mana pihak. I just blog this for our reminder in future. 

Ok, alhamdulillah, setakat hari ni, aku masih tidak mengalami alahan teruk. Sekadar mild morning sickness seperti sakit kepala sikit bila bangun bagi dan ianya hilang bila dah mandi, solat and tiba di sekolah. Alhamdulillah. Yes, anak umi kuat kan. Tak pernah nak susahkan umi. Tq sayang. 

Cuma ada la tabiat-tabiat pelik yang melanda. Sejak lepas kahwin, memang aku rasa pelik sebab tetiba aku rasa semua shower foam yang aku guna tetiba bau chemical yang kuat. Mula-mula aku pakai Kiwi + Avocado Pureen Family Bath. Pastu tak tahan, tukar ke Johnson pH 5.5 Nourishing Body Wash. Pun bau chemical kuat sangat. Menyengat hidung. Then tukar ke Baby Johnson Milk Bath. Baru ok. Hamboi anak umi,  nak yang milky aje. Hehe... 

Pastu seminggu lepas kahwin, berat aku naik 4.5 kg. So badan rasa cepat penat. Dan berat. Naik tangga pun semput. Yang ni aku ignore je. Selera makan, masa tu boleh tahan. Nasik sampai 3 kali sehari aku makan. Pagi nasik lemak telur, tengahari nasik, malam pun nasik. Mana tak naik 4.5kg dalam masa seminggu kan... 

Pastu period pun lewat. Tapi beringat jugak bila kena keluar meeting or dating kat luar Tioman, memang selalu bawak spare pad. Tapi takde guna gak. Sebab sebenarnya aku tak nak terlalu berharap. Sebab takut kecewa. 

Tapi lepas dah confirm dengan doktor, selera dah mula hilang. Tabiat dia macam ni, teringin nak makan. Bila beli, makan sikit pastu muak. Cantik kan perangai. Hehehe... Dah aku dah mula tak boleh nak makan in large portion. Kena makan jarang-jarang. Which is sangat mendukacitakan aku sebab aku sangat suka makan. Tapi perut and mulut takleh terima. Cepat rasa kenyang... 

Dan lepas seminggu, berat dah turun 2 kg. Tapi aku rasa it's normal for early pregnancy. 

Tentang nutrisi for primidgravida (1st baby pregnancy), aku memang dah start makan B'Young Functional Beverages from Zhulian start lepas kahwin. Begitu juga dengan folic acid. Setakat ni, badan rasa bertenaga sejak mengamalkan B'Young. Ia di minum 3 kali sehari which is pagi untuk menyingkirkan toksid, petang for relaxation and malam untuk revive. Bila malam, memang akan tidur lena dan bangun pagi dengan badan yang segar. 

Hari tu, masa di Nilai, aku tak minum B'Young satu hari tu, memang berjalan kat shopping complex dah macam perempuan lepas bersalin. Perlahan je atur langkah. Sebab rasa penat dan susah nak bernafas. Amboih anak umi, high maintenancenya... B'Young tu mahal sayang oi... Tapi bagus untuk overhaul our body. Tapi selagi mampu, umi akan sediakan. 

Lagi satu, nasib baik aku cuma sempat minum Nesvita Omega Plus sebanyak dua kali sahaja lepas kahwen. Dan semalam, masa duduk dalam feri dengan seorang nurse tu, dia kata Anlene tak boleh di consume oleh pregnant mommy. Dan bila aku cek di belakang packaging Nesvita tu, yes, aku memang tak boleh minum. So, sedekah je la kat housemate. Nasib baik selalu tak berkesempatan nak minum susu malam-malam.

Apa lagi eh, macam tetiba tak tau nak cerita apa lagi dah. Nanti la... 

Till then. 

Harap baby kuat dan selamat dilahirkan, insyaALLAH.

Ketika CInta Bertasbih

Semalam, menjejakkan kaki di Pulau Tioman dengan rasa gembira. Yea la, dah dapat berita yang gaji 3 bulan setengah akan masuk 25 haribulan ni. Harus lah gembira. 

Tapi bila dah terlebih gembira, haruslah bersedih-sedih hati pulak. 

Pagi tadi, masa weekly assembly, pasukan koir sekolah nyanyikan lagu Ketika Cinta Bertasbih, fuhhh mengalir air mata. Sayunya... Sedihnya lagu tu.... Terus berair mata... 

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padaMu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta


Ok, nangis. Sedih. Dah la sorang-sorang kat sini.. Ehh, mungkin berdua... Tapi tidak bertiga. 

Sedih.... 

Lepas tu, cuba daftar eg-tukar. Ok, super sedih. Tak dapat daftar sebab nama takde dalam sistem. Hmmm, terpaksa la kuatkan hati di sini untuk 7 bulan lagi. InsyaALLAH, cuba lagi bulan Oktober nanti... 

Ok, rindu. No words can explain. 

Till then.

Wednesday, April 18, 2012

next honeymoon package

kof kof kof.. 


semalam dapat surat untuk meenghadiri meeting PSS di PKG Rompin. Hari Khamis. 


Petang ni keluar. 


Esok meeting. 


Lusa CRK. 


Kesimpulannya, lusa sampai ahad aku di Nilai. With the shoulder to sleep on.. hehe... 

Tuesday, April 17, 2012

Anugerah terindah

Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. 

Hanya kalimah syukur alhamdulillah yang mampu terucap. 

14 Mac kami bernikah, 18 Mac ulangtahun kelahiran aku, 7 April ulangtahun kelahiran Mr. Polaris, 15 April kami menerima berita kematian datukku dan alhamdulillah 16 April aku disahkan mengandung. 

ALHAMDULILLAH....

Hadiah birthday kami dan juga pengganti arwah datuk. 

Datuk seoarang bekas imam dan namanya Shafie. 

Semoga anak ini bakal menjadi pengganti Imam Shafie ini. InsyaALLAH. 



Bercakap soal naluri seorang bakal ibu, sebenarnya i had a feeling that i am pregnant bila period tak datang pada waktu sepatutnya. Dan bila bangun pagi atau tersedar malam, kepala terasa berat. Selera makan bertambah. Yes, 3 minggu selepas pernikahan, berat aku naik 4.5 kg youuuu!!!! 

Dan Ahad lepas, bila aku berdiri lama di sinki membersihkan sotong dan ikan, aku rasa susah nak bernafas. Sedikit semput dan sangat tak larat. Dan i had to lay on the bed for 3 hours baru badan rasa normal. Masa tu, minum milo pun still rasa perut kosong. Angin kot. 

Then, Mr. Polaris janji akan belikan pregnancy test kit rite before our meet on this upcoming Saturday. Dan aku memang tak bercadang untuk ke klinik di sini. 

Tapi, semalam, waktu aku berdiri di hadapan kelas menyalinkan nota Nouns and Their Preposition di whiteboard, again aku rasa susah nak bernafas. Then, duduk sekejap dan sambung menulis. Tapi still rasa susah nak bernafas. Dan aku terpaksa meminta bantuan seorang pelajar untuk menyiapkan nota di whiteboard. And i ended up menerangkan lesson of the day dengan duduk di kerusi. 

Lepas tu, mengadu kat Mr. Polaris dan dia yang berkeras supaya aku ke klinik. Dan semalam, pergilah aku ke klinik dengan Ila and we got the happy news. Thank you ALLAH... Alhamdulillah.

Tapi, for the first week after our solemnization, ada seorang cikgu which is Alesya's father pernah cakap, rasanya aku dah ber'isi'. Then his instinct was true.

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH. 

Sedih tak dapat melalui detik-detik kehamilan bersama suami. The shoulder to cry on, the shoulder to sleep on... 

Semoga kami tabah. 

"Anak umi kuat, kan? Kuat macam arwah Tok Mi."

...insyaALLAH... 

Dan bertambah lagi berita gembira bila PT sekolah memaklumkan gaji dari 16 Januari - April akan dapat this 25hb. Ye, baby pun senyum. Rezeki baby agaknya. Alhamdulillah. 

Sunday, April 15, 2012

al-Fatihah

al-Fatihah buat arwah ayah tok yang telah selamat kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Semoga tenang dipersemadian bertemankan anakanda tercinta Zaiton Shafie di alam sana. Hanya ayat suci al-Quran dapat kami sedekahkan. al-Fatihah...

 pukul 7 petang semalam, bila adik menghantar sms memaklumkan ayah tok dah dipakaikan oksigen, aku dah rasa tak sedap hati. 

lepas tu call autie, Teh di kampung, Teh kata ayah tok dah tak boleh bercakap. Tapi ada cakap, "Letih." 

It somehow remind me of the last moments with my  late mother. Itulah detik-detik yang aku lalui bersama umi. Umi dipakaikan oksigen. Lepas tu cakap 'Tak larat, tak larat.' 

Yes, i had an instinct that he wont last long. Tapi teruskan dengan bacaan Yaasin usai solat Maghrib. 

Then, pukul 3.30 pagi, i got a call from my brother. Bila aku jawab, i couldnt hear his voice. But i knew, it was about my grandfather. Then, he called back. And, yes, my instinct was true. 

Ayah tok sangat baik. Seorang imam yang disegani. Dalam 13 orang anaknya, wan selalu cakap ayah tok sangat sayangkan arwah umi. Mungkin sebab wajah, kulit, dan perwatakan umi banyak menyamai ayah tok. 

Baru semalam aku bermimpi tentang umi. Dan hari ni, ayah tok akan menemani umi di alam sana. 

Al-fatihah buat arwah ayah tok dan umi. 

Semoga tenang di sana.

Thursday, April 12, 2012

Trip to Rengis Island

Semalam, cuti sempena Hari Pertabalan YDPA. Apa lagi, haruslah merancang untuk menjelajah Tioman. Kali ni, kami merancang for a trip to Rengis Island. 

Dan kami amat bertuah apabila seorang bapa pelajar kami yang bekerja sebagai Supervisor of Berjaya Resort Marine Centre bermurah hati memberikan pakej trip percuma kepada kami bersembilan bersama seorang baby, Alesya. Sepatutnya, for a trip to round Rengis Island with glass bottom boat, we have to pay MYR 40 each. Nahhh, betapa bertuahnya kami kan... Hehe... 

With Alesya la... sape lagi~

9 of us with Alesya


The Rengis Island. The left side is the glass bottom boat

Us

  Again

Alesya's mommy and daddy
Bahagian yang bercermin lutsinar adalah di dasar kotak warna biru kat atas tu. Alesya sampai meleleh air liur tengok ikan comel-comel kat dasar laut. Penyu pun ada you....

Pemandangan from the glass at the bottom of the boat

The coral reefs

Ok, dah selamat swimming.

Tapi sekejap je swimming sebab arus sangat kuat. Kita tak berkuak pun dah jauh dibawa arus. Kena pegang kejap-kejap kat tali platform tu. Tu pun Ila hampir hanyut dibawa arus. Nasib baik Fizie sempat selamatkan. Tu pun, sampai habis tenaga sebab kena berenang lawan arus untuk tarik Ila ke platform grey tu. Lepas tu, kami rehat-rehat jap atas platform, then ajak the boatman round Rengis sambil tengok ikan cantik-cantik and corals yang masyaALLAH sungguh cantik dan besar di dasar laut melalui cermin di bawah bot.

Tapi sebelum round island, pak cik bot hantar 4 of us plus Alesya ke jeti sebab mereka dah tak larat and mabuk-mabuk. So, cuma kami berlima dengan the English man yang round the island.

Apa yang aku dapat dari aktiviti tersebut adalah, sakit otot lengan dan kaki, pakej bersama sunburnt berbelang-belang di lengan sebab aku pakai sarung lengan berbelang itam dan putih. Aku pun tak sure which part yang membuatkan lengan menjadi burnt, sama ada the white part or the black one. Ye, lengan aku cantik sampai hari ni. Huhu...

Bergambar di kaki bukit Shahzan Villa
Tak dapat bermalam di Shahzan Villa yang berharga RM10,000 for one night, dapat bergambar di kaki bukit pun jadi lahhhhh....





 
 



























































Shahzan Villa












    





Tuesday, April 10, 2012

Saya suka suami saya kerana.....

Sebenarnya tajuk je gitu. Content tak sangat kot. Tapi mungkin juga entry ini bakal bercirikan nota memuji suami yang tidak keterlaluan.


Dah lama sangat tak hadap blog. Aku pun tak tahu apa yang aku sibukkan. Buat-buat sibuk je kot. Padahal kerja yang bersusun dalam list-to-do tak tersentuh pun.


Ahad lepas, baru je sampai ke Tioman lepas dating dengan Mr. Polaris, terus dapat berita aku kena keluar pulau pada hari Selasa untuk menghadiri bengkel English Literature PMR. 2 wakil untuk setiap sekolah. And my partner was Sir Najib. Bab penat dalam feri dua jam yang tak hilang lagi tu, lain hal. Ni nak kena fikir cane nak ke Muadzam Shah untuk  bengkel 8 jam setengah tu. Sir Najib for sure la nak balik umah parent dia di Pekan dulu. Pastu gerak dari Pekan on that day. Aku ni, yang takde tempat nak menumpang kasih ni... Dengan takde transportnya. Fuhhh, menangis air mata darah 3 hari 2 malam...




Aku dah decide tak nak pergi. Hehe... Manja... Ada orang pulak kata aku takleh survive. Ok, cuba kalau bini kau yang kena naik teksi dari Tanjung Gemok ke Muadzam Shah dengan sepanjang jalan di temani hutan dan pokok kelapa sawit. Berdua je dengan driver teksi, kau izinkan????




Tapi! I managed to attend that workshop okeh. Tq teramat sangat kat staf sekolah yang bersusah payah call sana sini untuk memudahkan urusan aku. Dan akhirnya, ketibaan aku di Tanjung Gemok dijemput oleh cikgu dari Tanjung Gemok dan kemudiannya menghantarkan aku ke rumah rakan sekerjanya yang akan turut serta ke bengkel Literature esoknya. Dan mereka sangat friendly. Alhamdulillah.




Dan ALLAH bagi hadiah pulak pakej honeymoon bersama suami 4 hari 3 malam di Nilai. Alhamdulillah.... Dapat juga merasa bergelar surirumah sepenuh masa dan menyambut hari jadi Mr. Polaris bersama-sama. Sesuatu yang dah kami bincangakan untuk ditangguhkan ke minggu seterusnya. Nahhhh, perancangan ALLAH itu yang terindahkan. Walaupun pada mulanya aku tidur berendam air mata...




Seperti biasa, cikgu-cikgu yang ditugaskan menghadiri bengkel atau mesyuarat di luar Tioman akan diberi cuti sehari sebelum mesyuarat dan sehari selepas mesyuarat sebagai hari perjalanan keluar dan perjalanan masuk. Dan kebetulan bengkel aku diadakan pada hari Rabu, Khamis dapat cuti, Jumaat aku buat cuti sendiri. Haha!


Hidangan pertama bergelar isteri. Sup sayur, ayam halia blackpepper...
Next day, pak choy sos tiram, sambal sardin and telur dadar.


Last breakfast, nugget, pizza Domino's and cake


Jamu kawan-kawan Mr Polaris dengan siakap stim, kailan goreng and telur dadar. Enough for 7 stomachs. 



Next day, nasi goreng sardin, nugget and tomato wedges with watermelon juice for lunch.


Ok, abaikan curtain two tones.. almaklum la rumah bujang. hehe...




7 April, happy birthday dear.






Before going back to Tioman. At Mersing Jetty


Bini xde gaji, belanja carrot cake je. Tapi separuh bini bedal. hehe... 

Sate, birthday boy belanja untuk diri sendiri... 


Domino's pizza 
Cerita tentang pizza, rasa nak gelak sebab pizza ni kami makan dengan air mata berlinangan. Bukan sebab terharu, tapi sebab si bini gigih pi tabur 2 sachets chilli flakes. Berapi-api pedasnya. Memang berlinangan air mata laki bini. Haha!

Then the 4D 3N honeymoon package ended. 

~Wuwu~


Ok, till then... Wait for the next update for we planned for a trip to Rengis Island tomorrow. 

Monday, April 2, 2012

Fuhhhh....

Hmm,  dah lama sangat tak update cerita baru. 

Sebab life is lame. Tak de cerita best sangat pun. 

Tapi hari tu, Kelab Guru ada buat sikit makan-makan untuk meraikan the newly weds. Sebab ada dua pengantin baru. Makanan harus la seafoods. Dah nama dok pulau kan. So the menu were Ikan Apatah Masak 3 Rasa, tom yam ketam, daging blackpepper, sotong celup tepung and sayur campur goreng. 

Berlambak-lambak makanan tak habis. Melainkan the marvelous sotong celup tepung. Hehe.. 

Ida, Ila n me
Dah, tu je gambar. Yang lain aku malam letak kat sini. Hehe... Tengok la ikan tu, bapak besarnya. Memang tak habis makan..... 

Pastu dah siap makan kami menghadiri ceramah agama di masjid jamek Tekek. Penceramah best gilerrr... Ustaz Nor Hamizi dan Ustaz Hamdan Yusi. 

Pastu takde cerita lain yang best dah melainkan keluar dating dengan Mr. Polaris di hujung minggu. Shopping-shopping legakan stress. Hehe.. 

Tapi malam tu silap besar la aku gi bukakkan tv. TV1 ada bola la pulak. Terkebil-kebil la bini baca majalah sebab laki nak tengok bola. Chestnut sungguh TV1 ni!

Terusan Suez.. kau ader? haha!

Us
With the ferry...
Hmmm, preparation for 2nd and 6th June belum buat pun. Cuma dah tempah photographer. Tak kesampaian hajat aku nak guna service Fazrien. So, i go to the next choice, MFK, my junior from Tengku Mahmud. 

Kad pun tak tempah lagi. Niat nak pilih sendiri. Tapi dah jauh di Tioman ni, terpaksa wakilkan Mr. Polaris saje suruh pilih sendiri di Nilai tu. Bior je la dia pilih cane pun. 

Pelamin and the baju persandingan, suruh kak long je settlekan. Yang penting murah dan cantik. Hehe... 

Start cuti nanti baru pergi Nilai untuk belikan sikit lagi barang untuk wedding. Hantaran pun tak settle banyak sangat lagi. Cuma yang besar-besar dah beli lama dah. Siap perfume dan duduk dalam handbag aku dah sekarang. Muehehe... Takpe, nanti kita cover dengan bunga sebab dah hilang beberapa ml. Haha!

Kawan-kawan ramai yang merungut sebab aku nikah tak jemput mereka. Takpe, once kad dah siap, nanti aku edarkan ye... 

Orite, till then. Nanti aku update lagi kalau ada masa.