.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, April 15, 2012

al-Fatihah

al-Fatihah buat arwah ayah tok yang telah selamat kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Semoga tenang dipersemadian bertemankan anakanda tercinta Zaiton Shafie di alam sana. Hanya ayat suci al-Quran dapat kami sedekahkan. al-Fatihah...

 pukul 7 petang semalam, bila adik menghantar sms memaklumkan ayah tok dah dipakaikan oksigen, aku dah rasa tak sedap hati. 

lepas tu call autie, Teh di kampung, Teh kata ayah tok dah tak boleh bercakap. Tapi ada cakap, "Letih." 

It somehow remind me of the last moments with my  late mother. Itulah detik-detik yang aku lalui bersama umi. Umi dipakaikan oksigen. Lepas tu cakap 'Tak larat, tak larat.' 

Yes, i had an instinct that he wont last long. Tapi teruskan dengan bacaan Yaasin usai solat Maghrib. 

Then, pukul 3.30 pagi, i got a call from my brother. Bila aku jawab, i couldnt hear his voice. But i knew, it was about my grandfather. Then, he called back. And, yes, my instinct was true. 

Ayah tok sangat baik. Seorang imam yang disegani. Dalam 13 orang anaknya, wan selalu cakap ayah tok sangat sayangkan arwah umi. Mungkin sebab wajah, kulit, dan perwatakan umi banyak menyamai ayah tok. 

Baru semalam aku bermimpi tentang umi. Dan hari ni, ayah tok akan menemani umi di alam sana. 

Al-fatihah buat arwah ayah tok dan umi. 

Semoga tenang di sana.

No comments: