.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, April 23, 2012

The precious gift's update

Ok, sebelum tu, aku nak mintak maaf kalau entry ini ada mengecilkan hati mana-mana pihak. I just blog this for our reminder in future. 

Ok, alhamdulillah, setakat hari ni, aku masih tidak mengalami alahan teruk. Sekadar mild morning sickness seperti sakit kepala sikit bila bangun bagi dan ianya hilang bila dah mandi, solat and tiba di sekolah. Alhamdulillah. Yes, anak umi kuat kan. Tak pernah nak susahkan umi. Tq sayang. 

Cuma ada la tabiat-tabiat pelik yang melanda. Sejak lepas kahwin, memang aku rasa pelik sebab tetiba aku rasa semua shower foam yang aku guna tetiba bau chemical yang kuat. Mula-mula aku pakai Kiwi + Avocado Pureen Family Bath. Pastu tak tahan, tukar ke Johnson pH 5.5 Nourishing Body Wash. Pun bau chemical kuat sangat. Menyengat hidung. Then tukar ke Baby Johnson Milk Bath. Baru ok. Hamboi anak umi,  nak yang milky aje. Hehe... 

Pastu seminggu lepas kahwin, berat aku naik 4.5 kg. So badan rasa cepat penat. Dan berat. Naik tangga pun semput. Yang ni aku ignore je. Selera makan, masa tu boleh tahan. Nasik sampai 3 kali sehari aku makan. Pagi nasik lemak telur, tengahari nasik, malam pun nasik. Mana tak naik 4.5kg dalam masa seminggu kan... 

Pastu period pun lewat. Tapi beringat jugak bila kena keluar meeting or dating kat luar Tioman, memang selalu bawak spare pad. Tapi takde guna gak. Sebab sebenarnya aku tak nak terlalu berharap. Sebab takut kecewa. 

Tapi lepas dah confirm dengan doktor, selera dah mula hilang. Tabiat dia macam ni, teringin nak makan. Bila beli, makan sikit pastu muak. Cantik kan perangai. Hehehe... Dah aku dah mula tak boleh nak makan in large portion. Kena makan jarang-jarang. Which is sangat mendukacitakan aku sebab aku sangat suka makan. Tapi perut and mulut takleh terima. Cepat rasa kenyang... 

Dan lepas seminggu, berat dah turun 2 kg. Tapi aku rasa it's normal for early pregnancy. 

Tentang nutrisi for primidgravida (1st baby pregnancy), aku memang dah start makan B'Young Functional Beverages from Zhulian start lepas kahwin. Begitu juga dengan folic acid. Setakat ni, badan rasa bertenaga sejak mengamalkan B'Young. Ia di minum 3 kali sehari which is pagi untuk menyingkirkan toksid, petang for relaxation and malam untuk revive. Bila malam, memang akan tidur lena dan bangun pagi dengan badan yang segar. 

Hari tu, masa di Nilai, aku tak minum B'Young satu hari tu, memang berjalan kat shopping complex dah macam perempuan lepas bersalin. Perlahan je atur langkah. Sebab rasa penat dan susah nak bernafas. Amboih anak umi, high maintenancenya... B'Young tu mahal sayang oi... Tapi bagus untuk overhaul our body. Tapi selagi mampu, umi akan sediakan. 

Lagi satu, nasib baik aku cuma sempat minum Nesvita Omega Plus sebanyak dua kali sahaja lepas kahwen. Dan semalam, masa duduk dalam feri dengan seorang nurse tu, dia kata Anlene tak boleh di consume oleh pregnant mommy. Dan bila aku cek di belakang packaging Nesvita tu, yes, aku memang tak boleh minum. So, sedekah je la kat housemate. Nasib baik selalu tak berkesempatan nak minum susu malam-malam.

Apa lagi eh, macam tetiba tak tau nak cerita apa lagi dah. Nanti la... 

Till then. 

Harap baby kuat dan selamat dilahirkan, insyaALLAH.

No comments: