.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, April 10, 2012

Saya suka suami saya kerana.....

Sebenarnya tajuk je gitu. Content tak sangat kot. Tapi mungkin juga entry ini bakal bercirikan nota memuji suami yang tidak keterlaluan.


Dah lama sangat tak hadap blog. Aku pun tak tahu apa yang aku sibukkan. Buat-buat sibuk je kot. Padahal kerja yang bersusun dalam list-to-do tak tersentuh pun.


Ahad lepas, baru je sampai ke Tioman lepas dating dengan Mr. Polaris, terus dapat berita aku kena keluar pulau pada hari Selasa untuk menghadiri bengkel English Literature PMR. 2 wakil untuk setiap sekolah. And my partner was Sir Najib. Bab penat dalam feri dua jam yang tak hilang lagi tu, lain hal. Ni nak kena fikir cane nak ke Muadzam Shah untuk  bengkel 8 jam setengah tu. Sir Najib for sure la nak balik umah parent dia di Pekan dulu. Pastu gerak dari Pekan on that day. Aku ni, yang takde tempat nak menumpang kasih ni... Dengan takde transportnya. Fuhhh, menangis air mata darah 3 hari 2 malam...




Aku dah decide tak nak pergi. Hehe... Manja... Ada orang pulak kata aku takleh survive. Ok, cuba kalau bini kau yang kena naik teksi dari Tanjung Gemok ke Muadzam Shah dengan sepanjang jalan di temani hutan dan pokok kelapa sawit. Berdua je dengan driver teksi, kau izinkan????




Tapi! I managed to attend that workshop okeh. Tq teramat sangat kat staf sekolah yang bersusah payah call sana sini untuk memudahkan urusan aku. Dan akhirnya, ketibaan aku di Tanjung Gemok dijemput oleh cikgu dari Tanjung Gemok dan kemudiannya menghantarkan aku ke rumah rakan sekerjanya yang akan turut serta ke bengkel Literature esoknya. Dan mereka sangat friendly. Alhamdulillah.




Dan ALLAH bagi hadiah pulak pakej honeymoon bersama suami 4 hari 3 malam di Nilai. Alhamdulillah.... Dapat juga merasa bergelar surirumah sepenuh masa dan menyambut hari jadi Mr. Polaris bersama-sama. Sesuatu yang dah kami bincangakan untuk ditangguhkan ke minggu seterusnya. Nahhhh, perancangan ALLAH itu yang terindahkan. Walaupun pada mulanya aku tidur berendam air mata...




Seperti biasa, cikgu-cikgu yang ditugaskan menghadiri bengkel atau mesyuarat di luar Tioman akan diberi cuti sehari sebelum mesyuarat dan sehari selepas mesyuarat sebagai hari perjalanan keluar dan perjalanan masuk. Dan kebetulan bengkel aku diadakan pada hari Rabu, Khamis dapat cuti, Jumaat aku buat cuti sendiri. Haha!


Hidangan pertama bergelar isteri. Sup sayur, ayam halia blackpepper...
Next day, pak choy sos tiram, sambal sardin and telur dadar.


Last breakfast, nugget, pizza Domino's and cake


Jamu kawan-kawan Mr Polaris dengan siakap stim, kailan goreng and telur dadar. Enough for 7 stomachs. 



Next day, nasi goreng sardin, nugget and tomato wedges with watermelon juice for lunch.


Ok, abaikan curtain two tones.. almaklum la rumah bujang. hehe...




7 April, happy birthday dear.






Before going back to Tioman. At Mersing Jetty


Bini xde gaji, belanja carrot cake je. Tapi separuh bini bedal. hehe... 

Sate, birthday boy belanja untuk diri sendiri... 


Domino's pizza 
Cerita tentang pizza, rasa nak gelak sebab pizza ni kami makan dengan air mata berlinangan. Bukan sebab terharu, tapi sebab si bini gigih pi tabur 2 sachets chilli flakes. Berapi-api pedasnya. Memang berlinangan air mata laki bini. Haha!

Then the 4D 3N honeymoon package ended. 

~Wuwu~


Ok, till then... Wait for the next update for we planned for a trip to Rengis Island tomorrow. 

1 comment:

zonann said...

hehe bestnyer dah kawen.leh dating..