.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 28, 2012

Several days before sitting on the dais, ecehhh..

Di carwash pun jadik

Wong Solo

Bajet artistik la nih amek gambo gini nihhhh

Mine ~ Empal sapi penyet
Hmmm, quite manis untuk orang yang tak berapa gemar lauk manis macam aku. Tapi lauk banyakkkk untuk satu set tu. Tak berhabis makan dengan nasik. Sambal adalah mabeles.

Him ~ Ayam penyet
Perghhh, sedappppp.... 
Next time kena amek lauk ni. Perghhh, kecur teringat makan nasik panas-panas dengan ayam penyet and sambal super hot. 

Menari tarian apatah laki haku nihhhh~

Bini gedik nak bergambo, laki tengah drive, gini la jadinya

Hasil shopping ~ Sesi 1
 Percayalah, they cost us less then MYR 1200. Mujur kami langkah kanan semalam. Nilai 3 tengah buat sale gile-gile. Rambang mata i okeh. Pagi breakfast roti canai sekeping, pukul 3 petang pun tak lapar lagi. Shopping punya pasal. Cuba kalau dok lepak kat rumah. Pukul 8 breakfast, pukul 10 aku dah menggagau lapar dahhhh...

Set cadar dari Nilai 3 dan set cadar yang aku beli dari katalog
Yang warna purple tebal tu kami beli dari Nilai 3, RM 35 saje. Dah la comforter tebal nak mampos, kain pun high kualiti, tebal. Jenuh kena perli dengan suami sebab aku beli set cadar dari LA***A tu, dua set RM 300 something. Kain nipis, comforter nipis. Haish, nyesal. 

Our breakfast

Nasi ayam, puding sagu dengan kuah koktail, manggo lassi
Dah 3 hari di rumah suami, hari ni baru masak. Sibuk sangat asik keluar shopping hari-hari dari pagi santak ke malam, pagi tadi baru berkesempatan masak. Sebab lepas breakfast dah nak keluar sambung shopping untuk majlis yang bakal berlangsung lagi 4 hari, maka aku buatkan nasi ayam resipi umi, manggo lassi dan puding sagu yang dimakan dengan kuah koktail. Puding sagu dengan kuah koktail ni favourite abah ni.... 

Alhamdulillah, sejuk hati tengok suami breakfast bertambah. Walaupun lupa beli cucumber dan tomato. 

Puding sagu.

Maaf la, gambar puding agak tak senonoh sebab tukang bawak piring untuk dihidang di ruang tamu dah tibai sambil berjalan. Hehe...

Ok hari ni last day shopping. Hunting for islamic books and handsets for hantaran. Lepas tu kena duduk bersila hadap laki bini kira baki duit dalam akaun. Hehehe... 

Till then, daa~

Saturday, May 26, 2012

Preparation for our big day

Hmm, untungnya jadi pengantin yang tarikh nikah dan tarikh sandingnya berbeza sampai 2 bulan lebih. Merasa la sakit kepala fikir tentang persiapan, fikir tentang hantaran yang belum habis beli, fikir tentang official photographer, pelamin, baju yang semakin mengecil sebab pengantin gain weight almost 5 kilos after nikah. Haisy, ok aku pening sekarang.

Nasib baik urusan kami dipermudahkan ALLAH. Alhamdulillah, menjelang tarikh persandingan, semua urusan dilancarkan ALLAH. Lepas satu, satu. Dapat jugak merasa stress sebab bimbang ada urusan-urusan penting yang terhalang. Ala, ALLAH saje la nak test keteguhan iman kita kan. Dah niat baik, apa yang jadi pun harus la perkukuhkan niat. Kalau takat teruji sikit pastu dah cancel niat, lemah benar la kita, kan. Terima kasih ALLAH.

Hmm, suami sedang membanting tulang 4 kerat. Dan aku keboringan dekat rumah. Bilik dah siap kemas. Nak hadap answer sheets English Paper 2 Ujian Pertengahan Tahun pelajar rasa tak selera. Tapi gigih jugak angkut ke Nilai dengan niat terisi masa terluang sementara menanti suami balik kerja. Tapi, haish.. Tak de nafsu. So, kita pekasamkan dulu kertas jawapan students sehari dua lagi dengan harapan, jawapan students bakal mentenangkan hati cikgu. (Dalam mimpi je lahhhh)

Tengah renung our list to do. Macam banyak dah settle. Tapi ada lagi yang belum.

Untuk hantaran: Buku agama, perfume, pelikat, songkok, dan handset belum beli lagi. (Untuk perfume, memang kena beli baru sebab Hugo Boss Orange yang aku beli awal-awal dulu tu dah selamat bermastautin dalam handbag aku. Dah hilang dah satu takuk. Hehe...Sekarang tengah pening nak pilih antara Radiance by Britney Spears, Versace Bright Chrystal, Pretty by Elizabeth Arden or Envy Me by Gucci. Sebenarnya aku dah jatuh hati dengan Green Tea by Elizabeth Arden, tapi rekaan botol sungguh plain boring. Haish! ) Nasib baik ada 4,5 dulang yang dapat sponsor. Jimat duit i..

Untuk doorgift: Tinggal lagi nak beli paper bag and chocolate handmade tools. Kena beli mould and  bekas untuk isi coklat. Coklat compound pun belum beli lagi. Untuk coklat handmade ni, aku ada niat nak buat sendiri, tapi kalau ada kekangan masa dan tenaga, insyaALLAH tetamu takkan menemui coklat ini dalam doorgift masing-masing. Hehe..


Hmm, dah kena bersiap. Jap lagi suami balik kami nak ke Nilai 3.

Daa~

Thursday, May 24, 2012

Baby again~

Hey, not me ok.

My BFF is going to have a baby again. She's expecting to deliver end of Jan next year. 

Tahniah Yunie, Daus and abang long Fawwaz for the additional family member.





Psssttt, sayang.... Turn kita, bila?

Wednesday, May 23, 2012

Tanpa tajuk

Perasan tak, aku macam rajin update blog walaupun entry berciri tak perting pun. Hehe... 


Sebabnya, aku dah ada broadband uollss.. hehe.. 


Hmmm, hari ni dah hari Rabu. Jumaat dah boleh jumpa suami dah... Rindu. Suami saya pandai buat teh and kopi paling sedap u... Hehe. Padahal suami orang lain pandai masak beriani gam secara pukal, tak kecoh pun. Kan.. Sebenarnya aku plan nak bermalam di Mersing dulu satu malam dan Sabtu baru dia datang jemput. Tapi, rindu kot... Sebab tu dia willing nak datang hari Jumaat then terus balik Nilai sebab  dia kerja. Ehh, macam kan aku tak rindu. Suami. Harus la rindu... Kannn... 


Hmm, seminggu lebih lagi, kami bakal disandingkan. Ecehhh... Pengantin dah expired kata Cik Dayang. Takpe la, expired pun expired la yang.. Kannn. Hehe.. Penat sebenarnya menguruskan majlis perkahwinan. Nasib baik kahwin cuma sekali, insyaALLAH. Penat minda, penat tenaga, penat purse, ehhh.. Hehe.. Betul. Everything needs money. Tu tak masuk duit burn kena tipu lagi. Ok, ok, a will try to forget. 


Minggu ni minggu terakhir persekolahan sebelum mula bercuti pada 26 Mei. Tak sabar nak cuti. Tapi sebelum cuti, harus siapkan urusan library dulu, marking paper dulu. Banyak jugak la. Tu la, suka sangat bertangguh. 

Sekarang baru rajin sikit. Tapi masa hamil dulu, memang rasa sangat malas, cepat penat. Hmmm, semua tu tinggal kenangan. Juga pengalaman. Takpe la, at least sekarang aku dah ada point untuk nasihat kawan-kawan yang baru hamil. Itu jangan buat, ini jangan buat. Aku macam a little bit trauma. And quite paranoid if thinking bout pregnancy now. Alhamdulillah, for the next pregnancy, i already had a guideline to stick to. 

Cuma ada perkara yang aku tak berapa senang hati semasa hamil, perubahan hormon membuatkan kulit aku menjadi sangat sensitif, jerawat bermaharajalela sampai aku tak sempat nak kawal dan meninggalkan parut hitam. Tapi takpe, demi baby, umi suka muka umi tak flawless. Nak tukar skincare products pun tak berani takut the chemicals affect the baby development. Takmo la kan merisikokan baby. 

Bercakap tentang keguguran, ye, memang tak nak ingat lagi dah. Tapi terkadang terasa juga. Bayangkan kita sedang berbahagia dengan buah cinta kita dalam rahim sendiri dan tiba-tiba ianya hilang begitu saja. It hurts our feeling, emotion and our body. So much. 

Nasib baik baik ALLAH ada. Kami tak bersedih sangat. Kerana redha, dan faham, ALLAH buat yang terbaik untuk kami. 

Hmm, ok la. Nak kena jaga exam dah. Daaa~

Saturday, May 19, 2012

Sudah suratan

Tadi keputusan pertukaran keluar. Dan keputusannya adalah................ Jeng! Jeng! Jeng!


PERMOHONAN PERTUKARAN ANDA TIDAK DILULUSKAN.


Hancur luluh hati aku. Tapi nasib baik telah sediakan payung sebelum hujan. Maka, tidak la kecewa sangat. Sebab baru 4 bulan kerja dah ada hati nak pindah keluar. Tapi hari tu bukan aku pentingkan diri sendiri, tapi fikirkan our baby. Dan sekarang baby tak ada...  Umi kena teruskan hidup sendiri kat sini tanpa baby dan abi. Ok, umi tengah rindu abi.


Nasib baik hari tu dah cakap pada diri sendiri, aku ada instinct yang aku tak dapat tukar nih. Takpe la, bersedia je la untuk berkhidmat di sini sampai hujung tahun ni. InsyaALLAH bulan September nanti apply lagi. 


Kena perbaharui mood untuk kerja dengan lebih ikhlas dan gigih lagi. 


Hye my students. I'll be with you here for another months. Sila tahan telinga dengan jerit pekik histeria aku! Hehehe... 


Sebab dah tau kena duduk sini lama lagi, marilah bercerita tentang Tioman lagi. Pagi tadi pukul 6 aku dah bangun, gigih sediakan nasik lemak untuk kawan-kawan yang nak berkelah di Taman Laut pagi ni. Aku tak dapat join. Wuwu. Hari ni baru genap 14 hari aku berpantang. So masih tak berani nak naik side-car. Maka, cedok la sesenduk dua nasik lemak buat sarapan di rumah. Nahhh, breakfast bukan dengan sesudu dua nasik, tapi sesenduk dua. Ada berani? Eheeee~


Alhamdulillah, nasik lemak yang dibekalkan kepada mereka adalah licheeennnn... Hilang penat lelah. 


Malam ni ada BBQ session oleh Kelab Guru. Nasib baik buat di laman sekolah saje. Boleh la aku join. Tapi tak pasti lagi apa makanan yang aku mampu makan. I gigih berpantang you!!! Sebab i need my womb recovers the soonest so we can plan for another pregnancy as soon as possible. Tapi doktor nasihatkan tunggu hingga 3 bulan. Tapi aku baca banyak blog the mothers who experienced miscarriage cases yang conceive right after 1st menstruation cycle. Tapi kami nak tunggu for the 2nd cycle kot. Sebab nak pastikan the endometrial  lining betul2 perfect for the baby to attach to.


Selera masih menurun sejak mula hamil dan hinggalah sekarang walaupun dah tak hamil. Tapi kalau dapat makanan, makan jugak sampai habis. Tapi nafsu itu tiada. Bila kawan-kawan atau suami tanya nak makan apa, atau nak order apa, satu penyeksaan jiwa bagi aku sebab jenuh nak kena fikir satu-satu makanan dan juga jenuh nak imagine makanan apa yang sedap sebab tak rasa nak makan apa-apa. Tapi tak kurus punnnnn. Nafsu aje yang tumpul. Lemak tetap degil. Hehehe...


Aku tengah membilang hari untuk menemui kekasih halalku. Cewahhh! Sumpah, rindu pada suami tidak tertanding dengan rindu pada kekasih walaupun dan bercinta hampir 7 tahun. Maka, kawan-kawan yang belum kawen, silalah kawen. Bila stress, tak payah susah-susah, pandang aje muka suami. Atau cium aje bau ketiak dia. Eh. Lepas tu confirm dah tak stress dah. 

Ok la, nak gi makan megi cup. Lapar. Walaupun tetiba rasa nak makan moist chocolate cake. Tapi sedar diri, ini Tioman, bukan tanah besar. 

Daa~

Bahagia

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..



Hmmm, ye, memang bahagia itu kita yang rasa, tak perlu dicerita. Tapi aku nak jugak cakap, kehidupan lepas kawen memang lebih membahagiakan. Sape yang belum kawen, cepat-cepat la kawen. Rugi wei kawen lambat. Hehe.. 

Sekarang memang kami PJJ. Dua minggu sekali je pun jumpa. Tapi duit mengalir macam air. Adat la kan, nak masuk toilet pun kena bayar tiga posen. Apatah lagi nak bayar tiket feri, minyak keta, makan, hotel, baju baru lagi. Kannn?

Tapi betul kata Ustaz Kazim, isteri tak kisah bantal tak empuk, tilam tak Vono, asal dapat tido atas lengan suami. Dapat cium bau ketiak dia, lagi tenang jiwa. Dok gitu Lin? Hehe..

Wei, teringat laki wei! Seksa nak pangkah kalendar lagi 8 hari. Wuwu~

Baju sedondon pertama yang dibeli selepas kawen.
Maaf la, dalam setiap gambar bersama suami, aku pakai tudung yang sama

 I love this tudung so much. Sebab tak payah iron. kofkofkof~~

Friday, May 18, 2012

Hari Guru

Dua hari lepas, sekolah adakan sambutan hari guru. Aku takde pegang apa-apa tugas pun sebab baru habis bercuti selama 14 hari.

Hari guru itulah di mana hari guru-guru menuai hasil penat lelah selama seminggu dua ni. Dapat tengok persembahan pelajar yang best, guru pun dapat buat persembahan secara 'belasaahhh aje', dapat makan sedap-sedap, dapat hadiah dari students, dan dapat makan besar bersama kelab guru.

Tak payah banyak cakap la, aku share gambar je la.

Upacara perasmian oleh tuan pengetua
Cikgu bujang yang tak lama lg nak jadi puan


Comey mommy alesya. hehehe..

Ni je yang aku mampu join

I mendeklamasikan sajak youuuuu!!!!

Semangat yang hilang

Antara hadiah yang dapat

Makanan yang tak dapat aku makan. Haish~
 Nampak tak ada kotak Big Apple kat ujung tu. Jangan tak caye kat Tioman pun ada Big Apple. Our students sponsor. Tempah dari KL and kirim naik flight from Subang. Fuhhh, tq Afiqah Fasihah. 

Dinner at Berjaya Hotel

Percayalah, dalam pada berpantang tu, ini bukanlah 1st round. Hehe...

Lepas dinner. I mengkaver perot. Hehe...

Tu je kot cerita hari guru.... Semoga lebih ikhlas dalam mendidik anak bangsa... InsyaALLAH.

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei...

Hmm, baru lepas balik dinner di Berjaya Hotel. Sempena hari guru. Penat. Tapi banyak nak cerita. 

Tapi sebab aku kena rehat, belum makan ubat. So, aku postpone. 

Cehh, macam laada orang nak baca. Hehe....

Tuesday, May 15, 2012

A day before Teachers' Day

Tadi lepas isyak turun dinner dengan rumet. Makan chicken chop with mushroom sauce and fries with mushroom sauce too. Alhamdulillah, rezeki hari guru, free of charge sebab student belanja.

Afnan, terima kasih. Semoga jadi insan berguna. Dunia akhirat. Amin. 

Lepas tu join rehearsal untuk hari guru. Perghhh, cekgu kena nyanyi jugak rupanya. Lagu Guru Malaysia and Semangat Yang Hilang. Yang ni takpe, nyanyi ramai-ramai. So, belasahhhhh aje. Heheh... 

Pastu tetiba pengetua nampak muka aku, "Eh, u dah ada? Kena baca sajak esok nih,"

"Eh cikgu, jangannnnn... " Ingat kan dia main-main. Sekali dia hulur kertas. Perghhh, 4 baris je pun. Recite ramai-ramai dengan another 4 teachers including him. Tapi, perghhh tertelan-telan saliva aku pandang 4 baris sajak Guru Oh Guru by Usman Awang tu. 

Kalau suara aku sedap, aku tak kesahhhhh.... 

Tapi, dah nama Hari Guru, kannn..... Students pun tadi bersusun jadi audiences, so, aku belasahhhh je. Kof kof kof... Tak pernah dibuatnya aku tebiat baca sajak di khalayak ramai. Kalau dia nak tunggu aku volunteer, harammmmm. Hehe... 

Ehh, tetiba aku jatuh cinta dengan lagu Semangat yang Hilang. Meaningful. Memang kena tampal depan meja aku kat bilik guru tuh. Biar kena nyanyi hari-hari. Paham maksud hari-hari sebab aku ase macam dah give up sekarang. 

Fuhhh, seru seru semangat yang hilang! Dah la dah dua minggu cuti.

Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

* Di dalam kubur mana pun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Di sana kejujuran

** Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan sendiri

Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang
( * ulang)

Semangat yang hilang
Kita cari pulang


LAST BUT NOT LEAST; 

  •  “While we try to teach our students all about life, our students teach us what life is all about.”
  •  “If a child can't learn the way we teach, maybe we should teach the way they learn.” (Ignacio Estrada)

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU. TERIMA KASIH KERANA SABAR MENDIDIK SAYA HINGGA JADI MANUSIA. 

And to my darling husband; You are the best teacher after all. Mengajar sayang untuk kenal erti hidup. Tq dear. 

K.A.M.I

Alhamdulillah, semalam genap dua bulan kami diijabkabulkan. Alhamdulillah, bahagia bercinta di jalan yang diredhai ALLAH, insyaALLAH.

Hari ni hari terakhir aku MC. Dah dua minggu tak jumpa students, dah dua minggu tak tulis buku rekod mengajar, dah dua minggu tak pegang marker pen....

Rindu.

Dan hari ni, perbetulkan niat untuk jadi guru yang lebih baik nanti. InsyaALLAH.

Esok hari guru.

Hmm, tetiba rindu....

 Padahal baru jejak tioman 3 jam setengah. 11 more days to go....


Monday, May 14, 2012

Hari Ibu

Semalam ramai dok post Mother's Day wishes kat wall masing-masing. 


Tapi aku tak celebrate pun. Last celebrate hari ibu pun tahun lepas. Nasib baik tahun lepas aku sambut beria. Siap masakkan bolognaise spaghetti, agar-agar santan pandan, and chocolate cake untuk umi. Sebelum ni tak pernah pun celebrate beria. Rupanya itu sambutan hari ibu yang terakhir.... 

And the worst part is, i am no longer a mom. Ok, ni serious sedih. Kadang-kadang macam redha. Tapi as a normal human being, memang aku tak dapat lari dari rasa sedih tu.  Kadang-kadang....

Dia selalu pujuk, 'Takpe la, tak de rezeki lagi. Allah tahu itu yang terbaik..." And it soothes me like an ice on the desert. 

Well, untuk semua kaum ibu,  

SELAMAT HARI IBU. SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN LINDUNGAN ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. SEMOGA MENJADI IBU YANG TERBAIK. AMIN.

Thursday, May 10, 2012

Allah menguji, takkan berhenti

Hari ni, kesabaran teruji lagi. Tapi tetap goyah. Kerna aku tak kuat tanpa dia. 

Mungkin hal kecik saja, tapi aku yang emosi lebih. 

Pagi tadi aku beria-ria ingin mengambil kad undangan kami yang telah siap. 

Tapi sangat kecewa.

Dengan nama tersilap eja, page tertukar. Font macam budak baru jumpa komputer. Sumpah, sangat kecewa. Aku tak kesah bayar mahal for the satisfying things. Tapi dah jadi macam ni.... Hmmppphhh.... 

Masuk je kereta, kolam mata dah bergenang dah. Marah dan kecewa yang tak terluah. 

Call Mr. Polaris. 

Sampai kat Jerteh, uruskan urusan dengan Bank Islam. Sebelah bank ada kedai printing, sekali tengok kad yang macam aku tu, cuma 40 sen satu? Dada rasa hangat. Aku kena bayar 75 sen sekeping untuk kad yang macam rubbish. Sangat kecewa. Kalau mahal tapi puas hati, aku tak kisah langsung. At least it worth every cent spent. 

Sampai bergaduh laki bini sebab kad. 

Balik rumah, tunjuk kad kat kak long and granny, kena marah lagi. Sebab memang dorang tak puas hati. 

Dari pagi sampai tengahari, asal dengan suara Mr. Polaris, aku menangis. Sedih sebab dia takde kat sebelah. Sampai kan dia kata, " Takkan la nak nangis seharian sebab kad." 

Memang la!!!! Bukan bayar dengan daun kering. Tapi cakap dalam hati saja. 

Last-last orang tu willing to print another 300pcs cards for free. And aku dah tempah another 100 dari kedai yang murah tadi tu. 

Serius aku tak boleh terima orang yang berbisnes macam tu. Tolang la ikhlas sikit. Ingat aku bersila je dalam rumah duit jatuh atas riba ke?

Tak pasal mertua dah tu baran aku. Jatuh saham di mata mertua. Cehhhh!!!! Baru jadi menantu dua bulan dah tunjuk taring. Sorry sangat mek and ayah. And sister in law too... 

Yes, i am not professional! 

Dan petang ni dah dapat kad yang baru tu. Alhamdulillah, puas hati. Kalau camni, baru boleh mintak share dengan uncle aku. Sebab kenduri kami nanti sekali. Memang buat satu kad je. And memang dia janji nak bayar half. Kalau kad yang tadi tu, memang aku tak gamak nak mintak uncle aku bayarkan. Tapi aku heran, boleh pulak tokei kedai tu tergamak nak bagi artwork rubbish camtu kat customer and tergamak nak ambil duit customer wat beli nasik. Hmm, mungkin itu bahagian aku. Bahagian dia, wallahuallam.

Last words: Dugaan itu datang untuk mengingatkan kepada yang lupa dan memberikan ganjaran kepada yang sabar (Ust Mohd Kazim Elias) - pesanan utk diri sendiri...

Tuesday, May 8, 2012

Titian perjalanan

Banyak yang berlaku selepas kali terakhir aku menaip entry terakhir hari tu. Ingatkan sampai setakat itu sahaja, tapi ternyata ALLAH ingin menguatkan jiwa aku lebih dari tu. Ingin memperkayakan aku dengan pengalaman yang tidak semua orang akan merasainya, melaluinya. Alhamdulillah. 

Ok, aku sambung cerita bermula dari ketibaan kami di airport Kuala Terengganu. 

Jumaat, 4 Mei 2012

Kami tiba di KT lebih kurang pada pukul 3.30 petang dan dijemput oleh kawan and adik2 Mr. Polaris. Dalam sakit-sakit tu, sempat lagi request nak makan nasik ayam kegemaran aku semasa menuntut di UMT 4 tahun lepas. Kedainya terletak di hadapan hostel lama UMT. 

Alhamdulillah, masih sedap seperti dulu. After 4 years... 

Kami tiba di rumah mertuaku pada pukul 6.30 petang. Niatnya nak rehat je sekejap and lepas makan malam, Mr. Polaris akan hantar aku ke rumah umi. Ye la, kami kan baru nikah gantung. Tak manis kalau orang melihat kehadiran aku di rumah mertua, kan. (Ceh, padahal 7 tahun beraya bersama, tak pernah failed untuk aku beraya di rumahnya pada hari raya kedua, muehehe)

Tapi Mr. Polaris tak berapa sihat. Ye, memang dia tak cukup rehat sejak aku tiba di Mersing pada hari Rabu. Tidur malam pun tak cukup. Dengan penatnya driving alone from Nilai-Mersing-Nilai. Dengan menunggu aku menerima rawatan di hospitalnya. Thanks God i have him. Maka atas persetujuan kedua belah pihak keluarga, kami mengambil keputusan untuk bermalam di rumah keluarga Mr. Polaris.


Sabtu, 5 Mei 2012

Hari Sabtu, sempat lagi singgah di bandar mencari beberapa keperluan untuk aku sepanjang berada di kampung. Tengahari, masih di bandar. Aku terasa bahagian perut dan ari-ari semakin sakit. Malam ni Mr. Polaris akan balik ke Nilai. Kami agak, aku sakit sebab banyak berjalan dan tersilap makan tembikai. Orang kata tembikai makanan sejuk. Dan aku bedal 2 pinggan sebab manis sedap sangatttt. Satu pinggan di rumah mertua dan satu pinggan di rumah sendiri. 

Pukul 5 petang, suami sudah mahu pulang ke rumah ibu bapanya. Bersalam. Menangis. Ok, sebelum ni memang tak pernah menangis bila nak berpisah dengan dia. Tapi kali ni, ntah. I felt weird. Terus cry a river sampai dia lambat balik. Ok la sayang, balik bersiap la. Bas pukul 9.30 malam kan... Hmmm.. 

Malam tu aku tidur awal. Sebab sakit dibahagian perut dah makin menurun ke bahagian ari-ari. And semakin sakit. Tapi sakit yang boleh tahan. Not so hard. Memang sejak dari Mr. Polaris balik rumah parent dia, aku memang tak langsung bangun dari katil. Cuma rehat and rehat dengan harapan rasa sakit ini akan berkurang. 

Tertidur. Dan kemudiannya terjaga kerana rasa sakit itu makin menggigit. Ye, tersedar kerana rasa sakit... Bila semakin sakit, aku cuba baring dengan mendirikan lutut kerana berbaring dengan kaki lurus membuatkan perut terasa tegang. Dan tetiba, zupppp.... Something drained out from that. I remember it, twice.

Raba handswet di sisi bantal. It was 12.30 am. Nak call sape niiii???? Ok, call my auntie. She had an experience of miscarriage once. 

Then ke tandas untuk tukar pad. Jantung macam nak jatuh tengok seketul darah yang sangat besar on it. And beberapa lagi ketulan darah kecik. Ok, istighfar dalam hati. Cuba tenangkan diri. Ok, ni kot yang nak keluar tu. 

Lepas dah settle semua, call my auntie lagi. Dia kata, kalau sakit perut lagi, telan je painkiller yang doktor bagi. Lepas tu cuba baring. Rasa sakit dah makin kurang, tapi still ada. Then i decided to take painkillers. Dah siap semua baru call suami. Sejam lepas tu. Still dalam bas. Takleh report banyak. Cakap benda penting je. Pastu tidur. 

Pukul 7 pagi, tersedar sebab abah kejut 'Aleya bangun pergi sekolah. Tetiba, again. Zuppp.... Terasa ada something keluar. And it was warm. Then ke toilet, checked. Ada something berwarna putih, bercampur darah. Dalam cuak, beranikan jugak tilik. Then i understood, it was our baby. Goodbye baby.... 

Simpan dulu. Nanti tanya nenek. 

Pastu call auntie again. And it was true. Itulah our baby yang tak develop. Nenek cakap tanam. 

Pukul 9.00 bersiap ke klinik. Kali ni aku pilih klinik swasta. Dah tak berapa percaya dah dengan hospital kerajaan. Dua kali aku di scan, dengan scanner kecik yang blur tu, dua doktor dah sahkan my womb was empty. Tapi hakikatnya it still there. In my womb. 

Kali ni baru puas hati tengok skrin besar depan pembaringan siap dengan complete explanation from the doctor. Baru kali ni aku faham, baru nampak kat mana baby duduk, kat mana dia akan keluar. And i had to agree that the private clinic worth every cent. (P/s: kerajaan please tukar scanner kat hospital).

Ok, so i should officially issued for complete miscarriage on 6 May, Sunday. Right? And i should start my confinement on this date for 2 weeks, right? Malangnya hospital besar Besut yang tercinta ni bagi aku MC cuma sampai this Friday. Itu bermakna dengan keadaan aku macam ni, aku kena bertahan dalam bas for 8 hours, then bila sampai rehat di Nilai, then akan menempuh perjalanan dengan kereta for 4 hours to Mersing plus 2 hours in ferry to touch Tioman. Then berjalan from jetty to my quarters just because riding a side car is more dangerous to my sensitive womb. Tq, doktor.

Tapi takpe, mungkin ini bahagian aku. 

Apart from that, deep inside aku sangat bersyukur. Bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang ALLAH beri, nikmat sakit, nikmat menghadapi musibahnya. Kerana dengan ini baru aku sedar, ramai yang mengambil berat tentang aku selain mengharapkan umi ada di sisi di saat-saat sebegini. Dan betapa bertuahnya aku kerana dikurniakan suami yang begitu penyayang. Sayang, i love you. 

I am lucky to have you, sayang. 

Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya, dan ini ujian untuk aku. Ujian yang mampu aKU tanggung. Hakikat inilah yang memujuk hati aku. Memujuk hati kami. Kerana Allah lebih tahu, maka kami redha. Mungkin dalam situasi kami suami isteri berjauhan ini, tidak sesuai untuk kami miliki anak, kerana sudah pasti aku terpaksa menguruskannya sendiri. Kalau di tanah besar, boleh juga dicekal-cekalkan hati. Tapi hakikatnya aku di pulau. Pengangkutan cuma feri dan kapal terbang semata. Dan kalau ada kecemasan, tak boleh digesa-gesa mengikut keinginan hati. Tiada penerbangan dan perjalanan feri pada waktu malam. Maka terpaksa bersabar menanti siang.

Mungkin jika itu terjadi, aku lebih lagi tak mampu menanggungnya, maka ALLAH mengurniakan ujian ini. Ye, ALLAH menguji.... Takkan berhenti... Supaya kami lebih dekat denganNya, supaya dapat menghapus dosa-dosa lama yang menimbun, insyaALLAH. Dan alhamdulillah, selepas musibah ini aku masih bersangka baik dengan ALLAH. Alhamdulillah....


Friday, May 4, 2012

Nikmat ujian...

Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah....

Maha suci ALLAH kerana menganugerahkan kami ujian keimanan sebegini. 

Allah Maha Besar kerana menganugerahkan kami nikmat perasaan menjadi parent walau cuma seketika. 

Segala puji hanya bagi ALLAH kerana mengurniakan nikmat mengandungkan nutfah sehingga bertukar menjadi alaqah. Walau cuma 9 minggu... 

Isnin, 30 April 2012. 

10 minit sebelum masuk ke kelas, aku ke tandas. Tetiba terperasan ada darah. Masa tu memang dah mula rasa seram sejuk. Berkejar ke bilik aku, kebetulan cikgu di depan bilik aku pernah mengalami keguguran. Terus masuk bilik dia. 

"Akak, kenapa saya bleeding?" 

"Eh, betul ke? Cepat, pergi klinik. Jangan panik. Relax je."

Tapi masa tu memang dah seram sejuk, air mata dah bergenang dah. 

Ke klinik, sms Mr. Polaris. 

Then, doc bagi MC and suruh lay on bed je. Nurse cakap, insyaALLAH takde pape. 
Aku balik, memang terbaring sepanjang hari. Kebetulan selasa tu cuti Hari Pekerja. Memang kerja rehat baring je. Tapi gatal jugak tangan nak basuh pinggan la, apa la. Sikit-sikit je. 

Masa tu takde sakit-sakit lagi. Tapi petang Selasa tu dah mula rasa sakit sikit. Very mild. So aku rehat je. Rabu still ada bleeding, then ke klinik for scanning and further checkup. 

Khamis, 2 Mei 2012,

"I dont want to give you any hope. Because the bleeding during the 9 weeks is not the good sign. And I cant see any thing in this." 

Bila doktor cakap macam tu masa tengah scan perut tu, memang aku dah redha dah. 

Dan lepas tu, aku minta keluar dari Tioman sebab nak scan di specialist. Pukul 3.30 aku keluar, and pukul 5.30 sampai di jeti. Terus ke Seri Malaysia tunggu Mr. Polaris sampai. Saje pilih Seri Malaysia sebab located betul-betul depan emergency unit, Hospital Mersing. Kalau jadi pape sebelum suami sampai, senang nak bawak diri...

Rehat-rehat. Order bubur ayam and hot milk. Rehat sambil baca al-mathurat. 

Pukul 8.30 Mr. Polaris sampai. Maniskan muka sebelum buka pintu.

And yes, berjaya senyum. Tapi dah salam peluk cium segala terus hujan air mata depan pintu. Frankly, i was  not too sad for the lost of our baby, cause I know Allah knows better. But somehow, looking for his face selepas 4 hari aku menanggungnya sendiri di Tioman sana, memang sangat menyayukan hati. 

He is my strength.

Allah Maha Kaya, Allah mahu aku kuat. Betapa ALLAH menguji keimanan aku dengan memberikan aku pengalaman melalui detik-detik itu sendirian tanpa suami. Begitu juga saat umi menghembuskan nafas terakhir, ALLAH tahu yang aku kuat untuk menghadapinya seorang diri. Alhamdulillah, kerana menyedarkan aku, betapa aku seorang yang sangat kuat jiwa. 

Malam tu sambil rehat-rehat tengok tv, sambil suap bersuap nasik goreng atas katil tetiba aku rasa something keluar. Macam period kot. Sebab the bleedings sebelum ni cuma chocolatey spots. With little blood. 

Bagitau Mr. Polaris. 

"Pergi la toilet, check."

"Jap la, orang nak makan nasik goreng dulu."

Bertuah punya bini, kannn???

Pukul 10.20 malam, aku check and memang ada ketulan di pad. Call nurse yang rawat aku di Tekek, then dia suruh segera ke emergency unit. 

Di emergency unit, nasib baik tak ramai patience. So, ada nurse terus attend kami and suruh rehat di bed sambil tunggu doctor datang. Lepas tu, dapat merasa nikmatnya sakit dicucuk di tangan untuk dimasukkan air. Perghhh, sakit dowhhh! Huhu.... Aku dah le jenis manja tak tahan sakit. 

Nasib baik Mr. Polaris ada. Sempat lagi kami bergurau senda dalam emergency unit. Laki jenis kaki buat lawak. Memang perut aku cramp sebab gelak dengan lawak dia. Nasib baik aku tak rasa sakit pun masa ketulan tu keluar. Ada kawan-kawan yang pernah experienced the miscarriage cakap sakit yang teramat. Rasa memulas-mulas macam nak bersalin. Tapi Maha Suci ALLAH, aku cuma merasa a mild cramp dalam perut. A really mild one. Alhamdulillah.

Dan nasib baik, bila doktor scan, rahim dah kosong. So tak perlu buat D&C yang sakit tu. Dan tak perlu makan ubat. Doktor buat VE pun, alhamdulillah jalan tertutup. Kalau terbuka dikhuatiri akan terkena jangkitan kuman. Lepas 2 jam, dah boleh keluar. Tido bersama suami. 

Aku diberi MC 14 hari, berpantang macam orang bersalin. Dan sekarang, berada di KLIA menunggu penerbangan ke KT. Miss my home. 

Till then.