.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, May 10, 2012

Allah menguji, takkan berhenti

Hari ni, kesabaran teruji lagi. Tapi tetap goyah. Kerna aku tak kuat tanpa dia. 

Mungkin hal kecik saja, tapi aku yang emosi lebih. 

Pagi tadi aku beria-ria ingin mengambil kad undangan kami yang telah siap. 

Tapi sangat kecewa.

Dengan nama tersilap eja, page tertukar. Font macam budak baru jumpa komputer. Sumpah, sangat kecewa. Aku tak kesah bayar mahal for the satisfying things. Tapi dah jadi macam ni.... Hmmppphhh.... 

Masuk je kereta, kolam mata dah bergenang dah. Marah dan kecewa yang tak terluah. 

Call Mr. Polaris. 

Sampai kat Jerteh, uruskan urusan dengan Bank Islam. Sebelah bank ada kedai printing, sekali tengok kad yang macam aku tu, cuma 40 sen satu? Dada rasa hangat. Aku kena bayar 75 sen sekeping untuk kad yang macam rubbish. Sangat kecewa. Kalau mahal tapi puas hati, aku tak kisah langsung. At least it worth every cent spent. 

Sampai bergaduh laki bini sebab kad. 

Balik rumah, tunjuk kad kat kak long and granny, kena marah lagi. Sebab memang dorang tak puas hati. 

Dari pagi sampai tengahari, asal dengan suara Mr. Polaris, aku menangis. Sedih sebab dia takde kat sebelah. Sampai kan dia kata, " Takkan la nak nangis seharian sebab kad." 

Memang la!!!! Bukan bayar dengan daun kering. Tapi cakap dalam hati saja. 

Last-last orang tu willing to print another 300pcs cards for free. And aku dah tempah another 100 dari kedai yang murah tadi tu. 

Serius aku tak boleh terima orang yang berbisnes macam tu. Tolang la ikhlas sikit. Ingat aku bersila je dalam rumah duit jatuh atas riba ke?

Tak pasal mertua dah tu baran aku. Jatuh saham di mata mertua. Cehhhh!!!! Baru jadi menantu dua bulan dah tunjuk taring. Sorry sangat mek and ayah. And sister in law too... 

Yes, i am not professional! 

Dan petang ni dah dapat kad yang baru tu. Alhamdulillah, puas hati. Kalau camni, baru boleh mintak share dengan uncle aku. Sebab kenduri kami nanti sekali. Memang buat satu kad je. And memang dia janji nak bayar half. Kalau kad yang tadi tu, memang aku tak gamak nak mintak uncle aku bayarkan. Tapi aku heran, boleh pulak tokei kedai tu tergamak nak bagi artwork rubbish camtu kat customer and tergamak nak ambil duit customer wat beli nasik. Hmm, mungkin itu bahagian aku. Bahagian dia, wallahuallam.

Last words: Dugaan itu datang untuk mengingatkan kepada yang lupa dan memberikan ganjaran kepada yang sabar (Ust Mohd Kazim Elias) - pesanan utk diri sendiri...

No comments: