.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, May 4, 2012

Nikmat ujian...

Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah....

Maha suci ALLAH kerana menganugerahkan kami ujian keimanan sebegini. 

Allah Maha Besar kerana menganugerahkan kami nikmat perasaan menjadi parent walau cuma seketika. 

Segala puji hanya bagi ALLAH kerana mengurniakan nikmat mengandungkan nutfah sehingga bertukar menjadi alaqah. Walau cuma 9 minggu... 

Isnin, 30 April 2012. 

10 minit sebelum masuk ke kelas, aku ke tandas. Tetiba terperasan ada darah. Masa tu memang dah mula rasa seram sejuk. Berkejar ke bilik aku, kebetulan cikgu di depan bilik aku pernah mengalami keguguran. Terus masuk bilik dia. 

"Akak, kenapa saya bleeding?" 

"Eh, betul ke? Cepat, pergi klinik. Jangan panik. Relax je."

Tapi masa tu memang dah seram sejuk, air mata dah bergenang dah. 

Ke klinik, sms Mr. Polaris. 

Then, doc bagi MC and suruh lay on bed je. Nurse cakap, insyaALLAH takde pape. 
Aku balik, memang terbaring sepanjang hari. Kebetulan selasa tu cuti Hari Pekerja. Memang kerja rehat baring je. Tapi gatal jugak tangan nak basuh pinggan la, apa la. Sikit-sikit je. 

Masa tu takde sakit-sakit lagi. Tapi petang Selasa tu dah mula rasa sakit sikit. Very mild. So aku rehat je. Rabu still ada bleeding, then ke klinik for scanning and further checkup. 

Khamis, 2 Mei 2012,

"I dont want to give you any hope. Because the bleeding during the 9 weeks is not the good sign. And I cant see any thing in this." 

Bila doktor cakap macam tu masa tengah scan perut tu, memang aku dah redha dah. 

Dan lepas tu, aku minta keluar dari Tioman sebab nak scan di specialist. Pukul 3.30 aku keluar, and pukul 5.30 sampai di jeti. Terus ke Seri Malaysia tunggu Mr. Polaris sampai. Saje pilih Seri Malaysia sebab located betul-betul depan emergency unit, Hospital Mersing. Kalau jadi pape sebelum suami sampai, senang nak bawak diri...

Rehat-rehat. Order bubur ayam and hot milk. Rehat sambil baca al-mathurat. 

Pukul 8.30 Mr. Polaris sampai. Maniskan muka sebelum buka pintu.

And yes, berjaya senyum. Tapi dah salam peluk cium segala terus hujan air mata depan pintu. Frankly, i was  not too sad for the lost of our baby, cause I know Allah knows better. But somehow, looking for his face selepas 4 hari aku menanggungnya sendiri di Tioman sana, memang sangat menyayukan hati. 

He is my strength.

Allah Maha Kaya, Allah mahu aku kuat. Betapa ALLAH menguji keimanan aku dengan memberikan aku pengalaman melalui detik-detik itu sendirian tanpa suami. Begitu juga saat umi menghembuskan nafas terakhir, ALLAH tahu yang aku kuat untuk menghadapinya seorang diri. Alhamdulillah, kerana menyedarkan aku, betapa aku seorang yang sangat kuat jiwa. 

Malam tu sambil rehat-rehat tengok tv, sambil suap bersuap nasik goreng atas katil tetiba aku rasa something keluar. Macam period kot. Sebab the bleedings sebelum ni cuma chocolatey spots. With little blood. 

Bagitau Mr. Polaris. 

"Pergi la toilet, check."

"Jap la, orang nak makan nasik goreng dulu."

Bertuah punya bini, kannn???

Pukul 10.20 malam, aku check and memang ada ketulan di pad. Call nurse yang rawat aku di Tekek, then dia suruh segera ke emergency unit. 

Di emergency unit, nasib baik tak ramai patience. So, ada nurse terus attend kami and suruh rehat di bed sambil tunggu doctor datang. Lepas tu, dapat merasa nikmatnya sakit dicucuk di tangan untuk dimasukkan air. Perghhh, sakit dowhhh! Huhu.... Aku dah le jenis manja tak tahan sakit. 

Nasib baik Mr. Polaris ada. Sempat lagi kami bergurau senda dalam emergency unit. Laki jenis kaki buat lawak. Memang perut aku cramp sebab gelak dengan lawak dia. Nasib baik aku tak rasa sakit pun masa ketulan tu keluar. Ada kawan-kawan yang pernah experienced the miscarriage cakap sakit yang teramat. Rasa memulas-mulas macam nak bersalin. Tapi Maha Suci ALLAH, aku cuma merasa a mild cramp dalam perut. A really mild one. Alhamdulillah.

Dan nasib baik, bila doktor scan, rahim dah kosong. So tak perlu buat D&C yang sakit tu. Dan tak perlu makan ubat. Doktor buat VE pun, alhamdulillah jalan tertutup. Kalau terbuka dikhuatiri akan terkena jangkitan kuman. Lepas 2 jam, dah boleh keluar. Tido bersama suami. 

Aku diberi MC 14 hari, berpantang macam orang bersalin. Dan sekarang, berada di KLIA menunggu penerbangan ke KT. Miss my home. 

Till then. 


No comments: