.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, May 26, 2012

Preparation for our big day

Hmm, untungnya jadi pengantin yang tarikh nikah dan tarikh sandingnya berbeza sampai 2 bulan lebih. Merasa la sakit kepala fikir tentang persiapan, fikir tentang hantaran yang belum habis beli, fikir tentang official photographer, pelamin, baju yang semakin mengecil sebab pengantin gain weight almost 5 kilos after nikah. Haisy, ok aku pening sekarang.

Nasib baik urusan kami dipermudahkan ALLAH. Alhamdulillah, menjelang tarikh persandingan, semua urusan dilancarkan ALLAH. Lepas satu, satu. Dapat jugak merasa stress sebab bimbang ada urusan-urusan penting yang terhalang. Ala, ALLAH saje la nak test keteguhan iman kita kan. Dah niat baik, apa yang jadi pun harus la perkukuhkan niat. Kalau takat teruji sikit pastu dah cancel niat, lemah benar la kita, kan. Terima kasih ALLAH.

Hmm, suami sedang membanting tulang 4 kerat. Dan aku keboringan dekat rumah. Bilik dah siap kemas. Nak hadap answer sheets English Paper 2 Ujian Pertengahan Tahun pelajar rasa tak selera. Tapi gigih jugak angkut ke Nilai dengan niat terisi masa terluang sementara menanti suami balik kerja. Tapi, haish.. Tak de nafsu. So, kita pekasamkan dulu kertas jawapan students sehari dua lagi dengan harapan, jawapan students bakal mentenangkan hati cikgu. (Dalam mimpi je lahhhh)

Tengah renung our list to do. Macam banyak dah settle. Tapi ada lagi yang belum.

Untuk hantaran: Buku agama, perfume, pelikat, songkok, dan handset belum beli lagi. (Untuk perfume, memang kena beli baru sebab Hugo Boss Orange yang aku beli awal-awal dulu tu dah selamat bermastautin dalam handbag aku. Dah hilang dah satu takuk. Hehe...Sekarang tengah pening nak pilih antara Radiance by Britney Spears, Versace Bright Chrystal, Pretty by Elizabeth Arden or Envy Me by Gucci. Sebenarnya aku dah jatuh hati dengan Green Tea by Elizabeth Arden, tapi rekaan botol sungguh plain boring. Haish! ) Nasib baik ada 4,5 dulang yang dapat sponsor. Jimat duit i..

Untuk doorgift: Tinggal lagi nak beli paper bag and chocolate handmade tools. Kena beli mould and  bekas untuk isi coklat. Coklat compound pun belum beli lagi. Untuk coklat handmade ni, aku ada niat nak buat sendiri, tapi kalau ada kekangan masa dan tenaga, insyaALLAH tetamu takkan menemui coklat ini dalam doorgift masing-masing. Hehe..


Hmm, dah kena bersiap. Jap lagi suami balik kami nak ke Nilai 3.

Daa~

No comments: