.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, May 19, 2012

Sudah suratan

Tadi keputusan pertukaran keluar. Dan keputusannya adalah................ Jeng! Jeng! Jeng!


PERMOHONAN PERTUKARAN ANDA TIDAK DILULUSKAN.


Hancur luluh hati aku. Tapi nasib baik telah sediakan payung sebelum hujan. Maka, tidak la kecewa sangat. Sebab baru 4 bulan kerja dah ada hati nak pindah keluar. Tapi hari tu bukan aku pentingkan diri sendiri, tapi fikirkan our baby. Dan sekarang baby tak ada...  Umi kena teruskan hidup sendiri kat sini tanpa baby dan abi. Ok, umi tengah rindu abi.


Nasib baik hari tu dah cakap pada diri sendiri, aku ada instinct yang aku tak dapat tukar nih. Takpe la, bersedia je la untuk berkhidmat di sini sampai hujung tahun ni. InsyaALLAH bulan September nanti apply lagi. 


Kena perbaharui mood untuk kerja dengan lebih ikhlas dan gigih lagi. 


Hye my students. I'll be with you here for another months. Sila tahan telinga dengan jerit pekik histeria aku! Hehehe... 


Sebab dah tau kena duduk sini lama lagi, marilah bercerita tentang Tioman lagi. Pagi tadi pukul 6 aku dah bangun, gigih sediakan nasik lemak untuk kawan-kawan yang nak berkelah di Taman Laut pagi ni. Aku tak dapat join. Wuwu. Hari ni baru genap 14 hari aku berpantang. So masih tak berani nak naik side-car. Maka, cedok la sesenduk dua nasik lemak buat sarapan di rumah. Nahhh, breakfast bukan dengan sesudu dua nasik, tapi sesenduk dua. Ada berani? Eheeee~


Alhamdulillah, nasik lemak yang dibekalkan kepada mereka adalah licheeennnn... Hilang penat lelah. 


Malam ni ada BBQ session oleh Kelab Guru. Nasib baik buat di laman sekolah saje. Boleh la aku join. Tapi tak pasti lagi apa makanan yang aku mampu makan. I gigih berpantang you!!! Sebab i need my womb recovers the soonest so we can plan for another pregnancy as soon as possible. Tapi doktor nasihatkan tunggu hingga 3 bulan. Tapi aku baca banyak blog the mothers who experienced miscarriage cases yang conceive right after 1st menstruation cycle. Tapi kami nak tunggu for the 2nd cycle kot. Sebab nak pastikan the endometrial  lining betul2 perfect for the baby to attach to.


Selera masih menurun sejak mula hamil dan hinggalah sekarang walaupun dah tak hamil. Tapi kalau dapat makanan, makan jugak sampai habis. Tapi nafsu itu tiada. Bila kawan-kawan atau suami tanya nak makan apa, atau nak order apa, satu penyeksaan jiwa bagi aku sebab jenuh nak kena fikir satu-satu makanan dan juga jenuh nak imagine makanan apa yang sedap sebab tak rasa nak makan apa-apa. Tapi tak kurus punnnnn. Nafsu aje yang tumpul. Lemak tetap degil. Hehehe...


Aku tengah membilang hari untuk menemui kekasih halalku. Cewahhh! Sumpah, rindu pada suami tidak tertanding dengan rindu pada kekasih walaupun dan bercinta hampir 7 tahun. Maka, kawan-kawan yang belum kawen, silalah kawen. Bila stress, tak payah susah-susah, pandang aje muka suami. Atau cium aje bau ketiak dia. Eh. Lepas tu confirm dah tak stress dah. 

Ok la, nak gi makan megi cup. Lapar. Walaupun tetiba rasa nak makan moist chocolate cake. Tapi sedar diri, ini Tioman, bukan tanah besar. 

Daa~

No comments: