.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, May 23, 2012

Tanpa tajuk

Perasan tak, aku macam rajin update blog walaupun entry berciri tak perting pun. Hehe... 


Sebabnya, aku dah ada broadband uollss.. hehe.. 


Hmmm, hari ni dah hari Rabu. Jumaat dah boleh jumpa suami dah... Rindu. Suami saya pandai buat teh and kopi paling sedap u... Hehe. Padahal suami orang lain pandai masak beriani gam secara pukal, tak kecoh pun. Kan.. Sebenarnya aku plan nak bermalam di Mersing dulu satu malam dan Sabtu baru dia datang jemput. Tapi, rindu kot... Sebab tu dia willing nak datang hari Jumaat then terus balik Nilai sebab  dia kerja. Ehh, macam kan aku tak rindu. Suami. Harus la rindu... Kannn... 


Hmm, seminggu lebih lagi, kami bakal disandingkan. Ecehhh... Pengantin dah expired kata Cik Dayang. Takpe la, expired pun expired la yang.. Kannn. Hehe.. Penat sebenarnya menguruskan majlis perkahwinan. Nasib baik kahwin cuma sekali, insyaALLAH. Penat minda, penat tenaga, penat purse, ehhh.. Hehe.. Betul. Everything needs money. Tu tak masuk duit burn kena tipu lagi. Ok, ok, a will try to forget. 


Minggu ni minggu terakhir persekolahan sebelum mula bercuti pada 26 Mei. Tak sabar nak cuti. Tapi sebelum cuti, harus siapkan urusan library dulu, marking paper dulu. Banyak jugak la. Tu la, suka sangat bertangguh. 

Sekarang baru rajin sikit. Tapi masa hamil dulu, memang rasa sangat malas, cepat penat. Hmmm, semua tu tinggal kenangan. Juga pengalaman. Takpe la, at least sekarang aku dah ada point untuk nasihat kawan-kawan yang baru hamil. Itu jangan buat, ini jangan buat. Aku macam a little bit trauma. And quite paranoid if thinking bout pregnancy now. Alhamdulillah, for the next pregnancy, i already had a guideline to stick to. 

Cuma ada perkara yang aku tak berapa senang hati semasa hamil, perubahan hormon membuatkan kulit aku menjadi sangat sensitif, jerawat bermaharajalela sampai aku tak sempat nak kawal dan meninggalkan parut hitam. Tapi takpe, demi baby, umi suka muka umi tak flawless. Nak tukar skincare products pun tak berani takut the chemicals affect the baby development. Takmo la kan merisikokan baby. 

Bercakap tentang keguguran, ye, memang tak nak ingat lagi dah. Tapi terkadang terasa juga. Bayangkan kita sedang berbahagia dengan buah cinta kita dalam rahim sendiri dan tiba-tiba ianya hilang begitu saja. It hurts our feeling, emotion and our body. So much. 

Nasib baik baik ALLAH ada. Kami tak bersedih sangat. Kerana redha, dan faham, ALLAH buat yang terbaik untuk kami. 

Hmm, ok la. Nak kena jaga exam dah. Daaa~

No comments: