.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, May 8, 2012

Titian perjalanan

Banyak yang berlaku selepas kali terakhir aku menaip entry terakhir hari tu. Ingatkan sampai setakat itu sahaja, tapi ternyata ALLAH ingin menguatkan jiwa aku lebih dari tu. Ingin memperkayakan aku dengan pengalaman yang tidak semua orang akan merasainya, melaluinya. Alhamdulillah. 

Ok, aku sambung cerita bermula dari ketibaan kami di airport Kuala Terengganu. 

Jumaat, 4 Mei 2012

Kami tiba di KT lebih kurang pada pukul 3.30 petang dan dijemput oleh kawan and adik2 Mr. Polaris. Dalam sakit-sakit tu, sempat lagi request nak makan nasik ayam kegemaran aku semasa menuntut di UMT 4 tahun lepas. Kedainya terletak di hadapan hostel lama UMT. 

Alhamdulillah, masih sedap seperti dulu. After 4 years... 

Kami tiba di rumah mertuaku pada pukul 6.30 petang. Niatnya nak rehat je sekejap and lepas makan malam, Mr. Polaris akan hantar aku ke rumah umi. Ye la, kami kan baru nikah gantung. Tak manis kalau orang melihat kehadiran aku di rumah mertua, kan. (Ceh, padahal 7 tahun beraya bersama, tak pernah failed untuk aku beraya di rumahnya pada hari raya kedua, muehehe)

Tapi Mr. Polaris tak berapa sihat. Ye, memang dia tak cukup rehat sejak aku tiba di Mersing pada hari Rabu. Tidur malam pun tak cukup. Dengan penatnya driving alone from Nilai-Mersing-Nilai. Dengan menunggu aku menerima rawatan di hospitalnya. Thanks God i have him. Maka atas persetujuan kedua belah pihak keluarga, kami mengambil keputusan untuk bermalam di rumah keluarga Mr. Polaris.


Sabtu, 5 Mei 2012

Hari Sabtu, sempat lagi singgah di bandar mencari beberapa keperluan untuk aku sepanjang berada di kampung. Tengahari, masih di bandar. Aku terasa bahagian perut dan ari-ari semakin sakit. Malam ni Mr. Polaris akan balik ke Nilai. Kami agak, aku sakit sebab banyak berjalan dan tersilap makan tembikai. Orang kata tembikai makanan sejuk. Dan aku bedal 2 pinggan sebab manis sedap sangatttt. Satu pinggan di rumah mertua dan satu pinggan di rumah sendiri. 

Pukul 5 petang, suami sudah mahu pulang ke rumah ibu bapanya. Bersalam. Menangis. Ok, sebelum ni memang tak pernah menangis bila nak berpisah dengan dia. Tapi kali ni, ntah. I felt weird. Terus cry a river sampai dia lambat balik. Ok la sayang, balik bersiap la. Bas pukul 9.30 malam kan... Hmmm.. 

Malam tu aku tidur awal. Sebab sakit dibahagian perut dah makin menurun ke bahagian ari-ari. And semakin sakit. Tapi sakit yang boleh tahan. Not so hard. Memang sejak dari Mr. Polaris balik rumah parent dia, aku memang tak langsung bangun dari katil. Cuma rehat and rehat dengan harapan rasa sakit ini akan berkurang. 

Tertidur. Dan kemudiannya terjaga kerana rasa sakit itu makin menggigit. Ye, tersedar kerana rasa sakit... Bila semakin sakit, aku cuba baring dengan mendirikan lutut kerana berbaring dengan kaki lurus membuatkan perut terasa tegang. Dan tetiba, zupppp.... Something drained out from that. I remember it, twice.

Raba handswet di sisi bantal. It was 12.30 am. Nak call sape niiii???? Ok, call my auntie. She had an experience of miscarriage once. 

Then ke tandas untuk tukar pad. Jantung macam nak jatuh tengok seketul darah yang sangat besar on it. And beberapa lagi ketulan darah kecik. Ok, istighfar dalam hati. Cuba tenangkan diri. Ok, ni kot yang nak keluar tu. 

Lepas dah settle semua, call my auntie lagi. Dia kata, kalau sakit perut lagi, telan je painkiller yang doktor bagi. Lepas tu cuba baring. Rasa sakit dah makin kurang, tapi still ada. Then i decided to take painkillers. Dah siap semua baru call suami. Sejam lepas tu. Still dalam bas. Takleh report banyak. Cakap benda penting je. Pastu tidur. 

Pukul 7 pagi, tersedar sebab abah kejut 'Aleya bangun pergi sekolah. Tetiba, again. Zuppp.... Terasa ada something keluar. And it was warm. Then ke toilet, checked. Ada something berwarna putih, bercampur darah. Dalam cuak, beranikan jugak tilik. Then i understood, it was our baby. Goodbye baby.... 

Simpan dulu. Nanti tanya nenek. 

Pastu call auntie again. And it was true. Itulah our baby yang tak develop. Nenek cakap tanam. 

Pukul 9.00 bersiap ke klinik. Kali ni aku pilih klinik swasta. Dah tak berapa percaya dah dengan hospital kerajaan. Dua kali aku di scan, dengan scanner kecik yang blur tu, dua doktor dah sahkan my womb was empty. Tapi hakikatnya it still there. In my womb. 

Kali ni baru puas hati tengok skrin besar depan pembaringan siap dengan complete explanation from the doctor. Baru kali ni aku faham, baru nampak kat mana baby duduk, kat mana dia akan keluar. And i had to agree that the private clinic worth every cent. (P/s: kerajaan please tukar scanner kat hospital).

Ok, so i should officially issued for complete miscarriage on 6 May, Sunday. Right? And i should start my confinement on this date for 2 weeks, right? Malangnya hospital besar Besut yang tercinta ni bagi aku MC cuma sampai this Friday. Itu bermakna dengan keadaan aku macam ni, aku kena bertahan dalam bas for 8 hours, then bila sampai rehat di Nilai, then akan menempuh perjalanan dengan kereta for 4 hours to Mersing plus 2 hours in ferry to touch Tioman. Then berjalan from jetty to my quarters just because riding a side car is more dangerous to my sensitive womb. Tq, doktor.

Tapi takpe, mungkin ini bahagian aku. 

Apart from that, deep inside aku sangat bersyukur. Bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang ALLAH beri, nikmat sakit, nikmat menghadapi musibahnya. Kerana dengan ini baru aku sedar, ramai yang mengambil berat tentang aku selain mengharapkan umi ada di sisi di saat-saat sebegini. Dan betapa bertuahnya aku kerana dikurniakan suami yang begitu penyayang. Sayang, i love you. 

I am lucky to have you, sayang. 

Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya, dan ini ujian untuk aku. Ujian yang mampu aKU tanggung. Hakikat inilah yang memujuk hati aku. Memujuk hati kami. Kerana Allah lebih tahu, maka kami redha. Mungkin dalam situasi kami suami isteri berjauhan ini, tidak sesuai untuk kami miliki anak, kerana sudah pasti aku terpaksa menguruskannya sendiri. Kalau di tanah besar, boleh juga dicekal-cekalkan hati. Tapi hakikatnya aku di pulau. Pengangkutan cuma feri dan kapal terbang semata. Dan kalau ada kecemasan, tak boleh digesa-gesa mengikut keinginan hati. Tiada penerbangan dan perjalanan feri pada waktu malam. Maka terpaksa bersabar menanti siang.

Mungkin jika itu terjadi, aku lebih lagi tak mampu menanggungnya, maka ALLAH mengurniakan ujian ini. Ye, ALLAH menguji.... Takkan berhenti... Supaya kami lebih dekat denganNya, supaya dapat menghapus dosa-dosa lama yang menimbun, insyaALLAH. Dan alhamdulillah, selepas musibah ini aku masih bersangka baik dengan ALLAH. Alhamdulillah....


1 comment:

marinahunny said...

Sabar ye eg, Allah maha mengetahui..