Friday, June 29, 2012

Reach the limit

The most depressed moments are when;

  1. You are in confinement period due to the miscarriage, and;
  2. You have a pile of workloads, and;
  3. You and your husband are in a long distance marriage. 

Sangat menguji iman, sangat menguji kekuatan jiwa. 

Bila dah lama sangat bertahan, maka;

CRYING IS THE BEST WAY TO RELIEVE

Ya, minggu ni aku rasa makin sampai ke puncak had sabar. 

Otak tengah sibuk nak memahamkan sistem penilaian terbaru yang sangat EFFICIENT ni dan dalam masa yang sama kena siapkan kertas evidence, kertas checklist, fikir untuk proses P&P macam biasa, pastu tambah pulak dengan memaksa minda yang tak kreatif untuk lebih kreatif menyempurnakan tugas sebagai guru PSS. Dan bila balik ke rumah, bukannya dapat lupakan hal sekolah dengan uruskan makan pakai suami. Tapi menangis di hujung talian mengemis simpati suami yang entah makan di mana, entah baju semalam berbasuh ke tidak, yang sakit badan tak terurut lantaran penat bekerja di siang harinya. 

Ya, ALLAH tempat terbaik untuk mengadu. Dan aduan kepada ALLAH, biarlah hanya aku yang tahu. 

Ya Rahman, Ya Rahim, bantulah aku menyempurnakan tanggungjawabku sebagai isteri solehah. Dan dengan itu dengan hati dan emosi yang lebih stabil itu, dapat aku menyempurnakan tanggungjawabku kepada masyarakat. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan. Aminnnnn...

Workloadsssss

Perghhh, bertimbun workloads. 

Dah elok-elok ada exam-based assessment system, pi tukar ke school-based assessment system. 

Dah elok jimat-jimatkan kertas, dah kena bazirkan kertas untuk assess one by one student. 

Dah elok-elok cikgu perlu fikir untuk buat kertas soklan ujian bulanan, dah kena fikir untuk assess budak setiap topik pulak. 

Idea sape la yang geliga sangat nihhh? 

Dah la soalan penilaian terbatas. Aku rasa sistem penilaian ni sangat tak praktikal untuk jangka masa panjang. Sangat tak mencabar kebolehan dan tahap pemahaman pelajar. 

Tapi sape la aku untuk kritik buah pemikiran orang-orang hebat pencipta sistem PBS ni.. 

Dalam pening-pening dok fikir tentang PBS, kena fikir tentang PSS lagi. I have to start from zero. Katalogkan buku, kategorikan buku, hias PSS. Hmm, agaknya ni la masa untuk aku mencabar diri sendiri kot. 

Takpe, i'll try. InsyaALLAH.

Dan ni baru selesai menduduki Cambridge Placement Test untuk semua guru BI. Alahai, nak bertest-test la puleekkkk... Macam MUET la jugak sikit-sikit. Cuma tempoh masa setengah jam saje dan takde oral test. Belasah je la... Dah la CPT ni dikira sebagai LADAP. So, haruslah buat jugak.. 

Now dah settle.

Tuesday, June 26, 2012

to-eat-list

Malas nak cakap banyak... 


Mengidam nak makan ni.

Fish Aglio Olio Spaghetti - San Francisco Pizza
Dan yang ni jugak.

Ayam Penyet Wong Solo

Ok, sila telan air liur je sebab memang mustahil dapat makan ni untuk sebulan ni kot. 

Apesal la Tioman ni xde Wong Solo and San Francisco Pizza????

Tuesday, June 19, 2012

Unplanned pre-honeymoon

Sepatutnya jadual dating kami adalah Sabtu minggu ni. Tapi dah isteri menangis-nangis merindu, maka si suami pun datang la Sabtu minggu lepas sambil membawa hadiah sempena 3 bulan kami selamat diijabkabulkan iaitu 


3 BIJI DURIAN 



Owh, sungguh romantik suami ai bagi hadiah durian... Melting. Hahaha! Kau adeee? 



Kebetulan pulak suami cuti umum pada hari Isnin, maka aku pun dapat MC. 

Oh ye, Sabtu lepas aku rasa paling hazab kot dalam feri. Lautan bergelombang sikit lagi aku nak muntah. Perghhhh, sangat mencabar iman. Sebenarnya aku bukan la orang yang jenis mabuk laut, sebab ada jugak la darah nelayan sikit-sikit dari belah abah. Tapi hari tu, sumpah laut bergelora amat dasat. Kebetulan pulak feri kecik masa tu. Kalau feri besar tak rasa sangat kot. Air laut dah masuk sikit-sikit melalui tingkap feri. Aku pulak, memang rasa dah kat tekak dah muntah. Ramai passengers pun muka berkerut tahan pening kot. Nasib baik ada hamba ALLAH yang sapu minya Yu Yee cap limau. Dapat hidu bau pun dah besar  rahmat time tu. Lega sangat. 

Aku dah tak tahu nak buat apa dah. Kalau boleh, takmo la pecahkan rekod tak mabuk laut, kan. Tak rock la cucu nelayan muntah mabuk laut, kan? Hehe.. 

So, aku berzikir je tak henti-henti. Alhamdulillah, rasa lebih lega.

Perjalanan yang sepatutnya 2 jam, hari tu mengambil masa 2 jam 15 minit kot. Tapi walau lebih 15 minit je, aku rasa macam 15 jam. Punya la hazab...

Dan pukul 7. 40 malam, aku sampai di jeti Mersing. Terus tuju ke surau solat sambil tunggu ketibaan buah durian. Eh. Hehehe.. 

Pagi esoknya, lepas alas perut dengan secawan Radix share berdua dan sebiji roti untuk 1 perut, suami sambung tido. Aku tengok tivi. Eleh, tu pun nak cite. Haha! Maklum la orang jakun baru ada suami memang camni. Haha!

Ok, pukul 9 pagi aku tanyakan plan kami pada hari tu. Dna suami kata free sepanjang hari. So, aku pun suggest. 

Jom gi JB. Gi jumpa sepupu-sepupu. Bila lagi nak gi JB. Nak mintak cuti susah. 

So, dia setuju. Maka, 11.20 pagi bertolak la kami ke JB. 

2 jam setengah jugak kot baru sampai Kempas. Nasib baik sepupu-sepupu semua cuti. Dan takde yang kena bertugas on-call. 


Eh, lupa nak bagitau. Lepas check out hotel dalam pukul 10 lebih camtu, kami pergi ke pantai dan breakfast durian. Pergghhh, habis sebiji setengah aku tibai. 

Besar bapokkk!


Tak pandang kiri kanan dahhhh

Ni bukan feeling diva ke apa, tp nak elakkan lens kering tepi laut

Dan kami tiba di Kempas dengan kepala yang sakit sebab bau durian bercampur hangat matahari dan aircond bermaharajalela dalam kereta. Sangat tak best bau dia. Tapi bau durian masa tengah makan sangat mabeles. I loike duriannn... 


Lepas Asar, sepupu-sepupu bawak jalan-jalan ke The Zone sebab mereka semua puasa sunat tapi kami tak puasa ponnnn. Sumpah tak ingat. dan takde orang ingatkan. Haha, salahkan orang. Padahal salah sendiri sebab tak cek FB. Mereka plan nak berbuka di Singgah Selalu kalau tak salah. Dan sepupu aku yang nurse Ulu Tiram tu belanja we olls. 


Makan besar kami malam tu. Butter prawns, kailan ikan masin, siakap stim, seafood tomyam, kerabu mangga, telur dadar, daging masak merah. Perghhh, nasib baik pakai evening dress. Kalau pakai jeans, mesti dah bukak butang dah. Hehe.. Semoga murah rezeki sepupu saya. Aminnn...

Rezeki. Tu pun tomyam n siakap stim belum sampai

Alhamdulillah.. Kenyang.


Lepas makan, mereka bawa kami ke Danga Bay pulak. 


Sepupu kata, next time datang la sini lagi. Honeymoon betul2. Sewa hotel dekat The Zone yang menghadap laut. Cantikkk!!!


Erkkkk, tak kuasa! Aku dah hari-hari hadap laut. Sungguh tak romantik.


Di Danga Bay, jalan-jalan hancurkan lemak. Ambil gambar. Pastu sepupu ajak main permainan apa tah tajuk dia. Aku lupa. Alah mainan budak-budak. Tapi tengok orang lain main semua pakat terjerit,jerit, aku setuju la nak main. Mr.Polaris awal-awal angkat bendera putih. So, main je dengan sepupu. 


Rombongan Cik Kiah

Sepupu yang belanja i..


Berdua je atas rides tu. Takde orang lain pun.

Belakang tu cruise yang kena byr RM50 utk masuk tgk2 je.


Sepupu terkagum-kagum sebab aku tak menjerit pun. Gelak adalah. Alah, naik feri hari Sabtu tu lagi thrill dari main benda alah tu la.. Sikit tak jatuh jantung aku. Hehehe. Silap orang la dia nak tengok aku terjerit ketakutan atas rides tu. Hehe..


Then, super duper penat. 


Balik rumah terus pengsan. 


Dan pagi Isnin tu aku ke Klinik An-Nur sebab kepala dah sakit, bersin-bersin. Kulit gatal-gatal sebab makan seafood. 

Tapi kenapa eh, bila kita makan seafood dan dapat allergic symptoms, mesti masa jumpa doktor kita akan cakap,

 "Doktor saya alergik sebab TERSALAH makan."


Padahalllllll, sengaja makan! Dah rezeki terhidang depan mata. Harus la tibai. Khenssss... 

Dan tamatlah sudah pre-honeymoon kami yang tak dirancang. The real honeymoon belum lagi. Tunggu ada masa yang sesuai.

Thursday, June 14, 2012

3 bulan

dcf
Kantoi idung n lips ada foundation. haha!

Bertandang

Love u sweet husband


Hari ni alhamdulillah, telah 3 bulan diijabkabulkan. I have nothing to give to u, but i just can offer a true love in the name of ALLAH, now and forever. InsyaAllah.

Sejarah? Biar betul!!!

Jadual baru. Berkuatkuasa isnin minggu depan.

Hohhhh!!! Aku kena ajar sejarah form 1? Perghhh, jenuh aku bersembunyi dalam tandas, melepak dalam bilik KH masa sekolah menengah sebab ponteng subjek sejarah. 

Dan natijahnya aku dapat B untuk Sejarah PMR dan C6 masa SPM dan minggu depan aku kena ajar Sejarah? 

Biar betul? Mana nak korek ilmu sejarah nihhhh????

Monday, June 11, 2012

Sebelum ke sini

Sejak dapat tu sebagai hantaran, dah xpedulikan aku dahhh.... Asik nau main game.

Nampak tak spotlight kat pipi tuuuu
 Selepas mekap untuk majlis hari tu, muka aku terus naik jerawat. Bermaharajalela. Bukan setakat jerawat pasir. Ada jugak yang bernanah 2 bijik. Tu la, pandai sangat tak sediakan span baru untuk mak andam. Kawan aku dah pesan, kalau mak andam guna span yang dah pernah digunakan, sediakan span baru. Nanti rosak kulit muka. Maklum la share ntah dengan sape2. Tapi aku is tak sempat nak sediakan. Terima je la seadanya. Dahhh terus berspotlight. Sampai selalu dipuji dek suami. 

"Wahhhh, cerah berseri-seri wajah sayang. Spotlight terang benderang kat pipi."

Cehhh! 

Mix fruit juice. Him. Aku tumpang bergambar je. Manis. Air tu manissss...

Mine. Ayam penyet and aprikot juice. Sedaps.

Haisy, sungguh ganja nasik nihhhh...
Ni second visit to Ayam Bakar Wong Solo untuk menikmati ayam penyet. Sebelum ni pergi sebelum balik bersanding. Lepas bersanding pun, makan lagi sebelum balik ke Tioman sebab kat sini takdeeee... Perghhh, serius sedap. Perghhhh again. Heheh.. Cane nak naik badan kalau suami cakap, request je nak makan apa, nanti dia usahakan. Dah balik Tioman nanti dah tak dapat nak makan dah.

Terus la bini yang tak sedar badan makin kembang ni request nak makan kek Secret Recipe la, pasta San Francisco la, McD tu tak yah cakap la... Makan ruji kot. Haha.. Nasik ayam Chicken Rice Shop pun kami suka. Hehe.. 

Sebelum masuk feri
Nampak tak kain satin berkilau kat dada Mr. Polaris? Itu percubaan pertama aku menjahit untuk suami. Sekadar tutupkan jenama beer di bajunya dengan riben jenis satin dengan jahitan insang pari je pun. Tu pun dia komplen kain tu berkilat sangat. Tapi alhamdulillah, dia puas hati dengan jahitan aku. Hmm, baju tu dia dah beli lama. Dah banyak kali dah pakai. Pastu baru perasan tu jenama beer. 

Blurrrr.... 
Kasut hantaran
Ini kasut hantaran aku. Brand Hawk Eye. Selesa sangat. Lembut je bila pakai. Cantik pulak tu. Warna buruk-buruk camtu memang aku suka. Dah berangan dah, best nih kalau pakai masa ngajar. Selesa.

Tapi malangnya....

Nampak tak????

Nahhh kauuu!
 Ini baru pakai dari pintu rumah, berjalan ke kereta. Pastu sampai Wong Solo, berjalan turun dari kereta dan masuk ke kedai. Nahhhh, itu dia. Dah tersengehhh dah kasut haku. Maklum la leather tak ori... Dah la aku beli yang 70% diskaun. Rupanya barang lama. Best la Mr. Poalris, kasut Nike dia, dia pilih yang new arrival. Cehhh, dengki!
 
Cer teka apa ni?
Hohoho! Tolong la jangan teka ini telur dadar. The day kami bertolak dari Nilai ke Mersing, sambil tunggu suami balik kerja, aku buatkan cucur udang. Gigih nak adun bahan segala. Siap buatkan teh wangi panas dahhh.. Dia dah pesan dah jangan masak. Ingatkan kenapa. Rupanyaaaaa.... Masa aku nak goreng baru perasan minyak masak xde. Cehhhh...

Maka akhirnya, jadilah lempeng udang. Sedappppp. Dia yang kata. Padahal nak amek hati bini. 

Takpe la yang, kudapan yang sihat sebab tak deep fry. Tak gituh?

Menyeru semangat pulau

Bangun pagi tadi, asik dok tekan-tekan butang delay alarm. Malasnya nak bangun. Dah la bukak mata, tengok sebelah ada bantal je. Sedihhhh... 

Siap mandi, tengok handset. Ada mesej. Ingatkan ucapan selamat pagi dari suami. Tapi...

'Rindunya kat sayang. Bangun tidur terus teringat sayang'

Ok, terus super sedih. Ye la, dah dua minggu berkepit je. Kena la mengumpul sabar dua minggu lagi. 

Persediaan mengajar pun tak settle lagi. Kertas exam budak-budak sebelum cuti pun tak siap tanda. 

Hari ni hari menyeru-nyeru semangat pulau. Menyeru semangat ikhlas mendidik anak bangsa. Tanggungjawab ini adalah amanah. Berat terpikul di bahu. Berat lagi hati menanggung rindu pada suami. Eh?

Ok, dahhhh!

Saturday, June 9, 2012

next phase

Sekarang, menghabiskan sisa-sisa masa di rumah suami sebelum bertolak ke Mersing petang nanti. Berat hati nak kembali ke Tioman. Setelah dua minggu menghabiskan masa bersama. Sekejap je masa berlalu. Dah kena kembali memikul amanah terhadap anak bangsa. 

Beg-beg yang perlu dibawa ada 4. Tu pun aku dah puas pilih yang paling diperlukan.Still, they are many. Hari tu masa nak balik, bawak balik 2 luggage. Satu akan ditinggalkan di rumah sebab itu luggage abah. Then tinggal la satu. Tapi dah beli keperluan sepanjang berada di Tioman nanti, bertambah pulak jadi 4. Tu tak masuk handbag and laptop lagi. Haisy!!!

Tak sabar nak tinggal serumah dengan suami. Menjalani kehidupan normal suami isteri. Menjimatkan kos. Hias rumah sendiri. Masak sebab banyak sangat dapat cooking utensils and keperluan rumah hadiah dari kawan-kawan semasa wedding hari tu. 

Yang paling utama, tak mahu lagi rasa sedih mengenangkan suami yang harus driving for 8 hours pergi dan balik dari Mersing. 4 hours with me and 4 hours without me. Sangat tak sanggup nak menunggu untuk dia menelefon untuk menyatakan "Alhamdulillah, abang dah selamat sampai."

Membaca hasil perkongsian ilmu rumah tangga dari Fatimah Syarha dalam Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, mengalir air mata. Serasa sangat tidak layak untuk menjadi ketua bidadari buat suami di syurga kelak. InsyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan usaha untuk menjadi isterinya di dunia, menjadi ketua bidadarinya di taman firdausi. InsyaALLAH. Walaupun aku tahu, masih banyak yang perlu diperbaiki. 

 Menatap karya berharga RM12 itu, terasa nilainya berjuta ringgit. Terasa ingin menghadiahkannya kepada semua wanita di dunia ini. Terasa ingin menghadiahkannya kepada anak gadis remaja yang masih mencari erti cinta monyet, terasa ingin menghadiahkannya kepada gadis yang bergelar tunangan orang yang masih meniti tangga ke gerbang perkahwinan. Terasa ingin menghadiahkannya kepada wanita bergelar isteri agar dapat dijadikan panduan dalam menjadi bidadari syurga kelak. 

Terima kasih Fatimah Syarha, atas perkongsian ini. Semoga hidupmu dan hidup semua wanita di dunia ini, diberkati Illahi di dunia dan di akhirat. Amin... 


Friday, June 8, 2012

Raikan Cinta 2 Jun & 4 Jun 2012

Hmm, sebab nak pendekkan entry, maka aku menulis secara bersubtopic. Okeh. 

Mari aku mulakan dengan pelamin.

PELAMIN

Ini pelamin impian aku. 

From Zaifie Zainal Collection
Tapi, ini pelamin yang kami dapat. 

Our dais

Which i thought, much better and fully satisfied. Alhamdulillah. Dengan kos yang sangat murah. Only RM 650 per package with bedroom decoration dan sepasang persalinan, sekali mekap. Mekap pun aku sangat puas hati if compared to mekap masa bertunang dan akad nikah. Semua mak andam adalah berbeza. So hasil pun berbeza. 

DOORGIFT

Doorgift untuk tetamu simple sahaja. Sebab kami cuma buat kenduri kesyukuran. Jadi, tidak berlebih-lebih untuk doorgift. Doorgift utama hanya spice jar bercetak gambar kami dan ucapan terima kasih ditempah SnS Unique Souvenirs.Dan diisi dengan biskut bunga gula berwarna-warni yang selalu direbut-rebut antara adik beradik zaman kecik-kecik dulu. Sape tak datang memang rugi tak dapat our doorgift. Heheh...

Printed spice jars
Tapi untuk special guest, aku tambahkan telur dan my handmade chocolate which i managed to do it by me myself one day before the event. Hehe.. 

Tak cantik takpe yang penting air tangan. Hehe...


MEKAP

Hmm, mekap aku suka. Tak tau la orang yang melihat. 

Aci dok gambo gini? Xjumpa gambo lain la..
Natural je kan kalau tengok dalam gambar? Padahal aku rasa tebal berkrim melekat di kulit muka aku. Itu gambar dalam persalinan pertama. 

Dalam persalinan kedua
Ini baju yang aku pakai masa akad nikah. Untuk majlis persandingan, aku pakai untuk outdoor photoshoot sebab hari tu masa nikah tak hire official photographer. So, macam tak puas hati baju tempah cantik-cantik tapi takde gambar cantik, kan...

Dan ini masa majlis bertandang.

Bertandang dengan abah

OUTFITS

Songket
Empire dress
in akad nikah outfits
Ini baju yang aku pakai dengan susah payah, pecah peluh segala. Maklumlah, lepas nikah, bodyweight naik secara mendadak. 5kg kot. Hehe.. Nasib baik muat. Sebab baju ni takde zip panjang di belakang. Cuma ada belahan dari leher ke dada sahaja. Tapi memang tak dapat nak pakai sendiri. Kena mintak bantuan orang. Nasib ada laki. Hehe.. Nak buka pun satu hal. Fuhhh.... Nasib tak tetas jahitan.

With bro in law
Baju nikah dan bertandang dijahit khas oleh ibu saudara arwah umi. Murah sahaja upahnya. Tapi cantik dan lebih berbaloi berbanding baju sewa.Untuk dress, upah jahit beserta jahitan manik adalah RM 80 dan untuk baju bertandang pula RM 45 sahaja.

Apa lagi ehh????

Ok.

MEJA MAKAN BERADAP

With my last paternal uncle and his wife and my hubby (plz dont forget) ehehe...
Hiasan meja makan beradap dan masakan disediakan oleh suami kepada emak saudaraku yang bekerja sebagai chef. Memang di chef turun temurun yang menyediakan hidangan makan beradap kepada ahli keluarga yang berkahwin. Tengok ukiran tembikai dan sayuran tu, cantik bukan? Hidangan pun sedap. 

Dessert pula;

Lapis cheese
Specially made by my lovely cousin yang juga pengapit aku masa bersanding. Dessert ini memang di request oleh aku. Super sedaps okeh. Siap aku simpan satu cup untuk makan lepas balik dari outdoor photoshoot. Hehe... Darling husband siap tanya di meja makan beradap lagi, "Pandai buat tak?" Amboih sayang, suka la tuuuuu.... Ye la, nanti sayang mintak resipi. 

PHOTOGRAPHER

Nak cari dia, search je dalam FB, konfem ada
Artworks memang sangat superb. Faiz ni junior aku masa di TMS dlu. Faiz baru tag kan 3 gambar kami. As the teaser mungkin. Yang lain belum siap. Sabo je lahhh... 

HANTARAN

Hantaran specially designed by my auntie, Uteh for both sides. Simple yet lovely. Tapi gambo xde kot. Kena tunggu dari Faiz. Alhamdulillah, banyak dapat sumbangan hantaran. Hehe... Toiletries sets for both sides, towel, kek, buah...  

MAJLIS

Majlis persandingan aku diadakan di rumah nenek, serentak dengan majlis sambut menantu my last maternal uncle. Uncle aku ni sama umur dengan aku. Dah jodoh majlis meraikan kami diadakan sekaligus. 

Isterinya kecil molek sahaja. Comel pulak tu. Mujur kami tak disandingkan sekaligus di atas pelamin yang sama. Kalau tidak, terserlahlah kegergasian dan kehudohan aku. Haha!

 
PENGHARGAAN

Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli keluarga yang bersusah payah dari awal hingga akhir majlis. Kepada tetamu yang sudi datang memeriahkan majlis. Kepada sahabat handai yang sanggup apply cuti dan pulang ke kampung halaman semata-mata ingin menghadiri majlis kami. Kepada yang memberi hadiah dalam bentuk fizikal dan doa. Terima kasih yang tak terhingga. Maaf andai ada terkurang layanan. Yang tak dapat datang juga diucapkan terima kasih. Kami faham situasi anda, insyaALLAH. Moga bahagia ini milik kita di dunia dan di ahirat. InsyaALLAH. Amin.
 
Alhamdulillah semuanya selesai dengan indah dan seperti yang dirancang.






Pssssstttt sayang, jom open table kira duit balance dalam akaun. hukhukhuk!

Sunday, June 3, 2012

Saksikanlah kegebuanku....

IzyaNazri aka Mr.Mrs. Polaris

Selesai sebabak

Alhamdulillah, selesai sudah majlis persandingan kami semalam yang adiadakan sekali dengan majlis bertandang my last paternal uncle. Walaupun majlis simple sahaja, alhamdulillah, majlis berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tak diingini berlaku. 


Walaupun usai outdoor photoshoot, the bride tersugun di jalan tar depan masjid sampai melelas lutut. Tapi takpe, ai redha. Haha!


Dah selesai sebabak. 


Tinggal lagi majlis bertandang ke rumah mertua esok. Haish, cuak.... Takut tak reti bawak diri.

Friday, June 1, 2012

Esok is our BIGGGGGGG day

Our doorgift, from my side

Aish, projek coklat handmade belum siap. Eh, bukan belum siap, belum start lagi. Harap sempat. 

Inai belum pakai lagi. 

Diet tu tolak tepi. Malas nak pikir. Hehe... 

Semalam fitting baju bertandang. Aish, sungguh my taste. So comel. 

Darling husband pun cakap baju bertandang lagi cantik dari baju nikah. 

Aishhhh!

Ni yang rasa nak pakai semua untuk photoshoot nihhh... 

Hmmm, nenek cakap nenek mimpi umi. 

Umi datang tengok persiapan untuk kenduri anak dara dia nih. 

Eh, anak perempuan dia nih. 

Hmmm...

Rindu umi. 

Wan cakap umi datang senyum je. Tak kata pape.

Macam umi dulu-dulu tu la. 

Al-fatihah untuk umi. 

Semoga tenang di sana. 

Jangan bimbang umi, Nazri jaga Kak Eg baikkkkk sangat.

Sayang umi, rindu umi.