.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, June 9, 2012

next phase

Sekarang, menghabiskan sisa-sisa masa di rumah suami sebelum bertolak ke Mersing petang nanti. Berat hati nak kembali ke Tioman. Setelah dua minggu menghabiskan masa bersama. Sekejap je masa berlalu. Dah kena kembali memikul amanah terhadap anak bangsa. 

Beg-beg yang perlu dibawa ada 4. Tu pun aku dah puas pilih yang paling diperlukan.Still, they are many. Hari tu masa nak balik, bawak balik 2 luggage. Satu akan ditinggalkan di rumah sebab itu luggage abah. Then tinggal la satu. Tapi dah beli keperluan sepanjang berada di Tioman nanti, bertambah pulak jadi 4. Tu tak masuk handbag and laptop lagi. Haisy!!!

Tak sabar nak tinggal serumah dengan suami. Menjalani kehidupan normal suami isteri. Menjimatkan kos. Hias rumah sendiri. Masak sebab banyak sangat dapat cooking utensils and keperluan rumah hadiah dari kawan-kawan semasa wedding hari tu. 

Yang paling utama, tak mahu lagi rasa sedih mengenangkan suami yang harus driving for 8 hours pergi dan balik dari Mersing. 4 hours with me and 4 hours without me. Sangat tak sanggup nak menunggu untuk dia menelefon untuk menyatakan "Alhamdulillah, abang dah selamat sampai."

Membaca hasil perkongsian ilmu rumah tangga dari Fatimah Syarha dalam Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, mengalir air mata. Serasa sangat tidak layak untuk menjadi ketua bidadari buat suami di syurga kelak. InsyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan usaha untuk menjadi isterinya di dunia, menjadi ketua bidadarinya di taman firdausi. InsyaALLAH. Walaupun aku tahu, masih banyak yang perlu diperbaiki. 

 Menatap karya berharga RM12 itu, terasa nilainya berjuta ringgit. Terasa ingin menghadiahkannya kepada semua wanita di dunia ini. Terasa ingin menghadiahkannya kepada anak gadis remaja yang masih mencari erti cinta monyet, terasa ingin menghadiahkannya kepada gadis yang bergelar tunangan orang yang masih meniti tangga ke gerbang perkahwinan. Terasa ingin menghadiahkannya kepada wanita bergelar isteri agar dapat dijadikan panduan dalam menjadi bidadari syurga kelak. 

Terima kasih Fatimah Syarha, atas perkongsian ini. Semoga hidupmu dan hidup semua wanita di dunia ini, diberkati Illahi di dunia dan di akhirat. Amin... 


2 comments:

marinahunny said...

Hmmm akak baru trjmpa sbnrnya blog fatimah tu, hmmm mcm tau je apa yg eg bagi heheheh. Btw thanks in advance ye syg :-)

Miss Polaris said...

alaaaaa.. x surprise dah laaaa.. hehe..