.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, June 8, 2012

Raikan Cinta 2 Jun & 4 Jun 2012

Hmm, sebab nak pendekkan entry, maka aku menulis secara bersubtopic. Okeh. 

Mari aku mulakan dengan pelamin.

PELAMIN

Ini pelamin impian aku. 

From Zaifie Zainal Collection
Tapi, ini pelamin yang kami dapat. 

Our dais

Which i thought, much better and fully satisfied. Alhamdulillah. Dengan kos yang sangat murah. Only RM 650 per package with bedroom decoration dan sepasang persalinan, sekali mekap. Mekap pun aku sangat puas hati if compared to mekap masa bertunang dan akad nikah. Semua mak andam adalah berbeza. So hasil pun berbeza. 

DOORGIFT

Doorgift untuk tetamu simple sahaja. Sebab kami cuma buat kenduri kesyukuran. Jadi, tidak berlebih-lebih untuk doorgift. Doorgift utama hanya spice jar bercetak gambar kami dan ucapan terima kasih ditempah SnS Unique Souvenirs.Dan diisi dengan biskut bunga gula berwarna-warni yang selalu direbut-rebut antara adik beradik zaman kecik-kecik dulu. Sape tak datang memang rugi tak dapat our doorgift. Heheh...

Printed spice jars
Tapi untuk special guest, aku tambahkan telur dan my handmade chocolate which i managed to do it by me myself one day before the event. Hehe.. 

Tak cantik takpe yang penting air tangan. Hehe...


MEKAP

Hmm, mekap aku suka. Tak tau la orang yang melihat. 

Aci dok gambo gini? Xjumpa gambo lain la..
Natural je kan kalau tengok dalam gambar? Padahal aku rasa tebal berkrim melekat di kulit muka aku. Itu gambar dalam persalinan pertama. 

Dalam persalinan kedua
Ini baju yang aku pakai masa akad nikah. Untuk majlis persandingan, aku pakai untuk outdoor photoshoot sebab hari tu masa nikah tak hire official photographer. So, macam tak puas hati baju tempah cantik-cantik tapi takde gambar cantik, kan...

Dan ini masa majlis bertandang.

Bertandang dengan abah

OUTFITS

Songket
Empire dress
in akad nikah outfits
Ini baju yang aku pakai dengan susah payah, pecah peluh segala. Maklumlah, lepas nikah, bodyweight naik secara mendadak. 5kg kot. Hehe.. Nasib baik muat. Sebab baju ni takde zip panjang di belakang. Cuma ada belahan dari leher ke dada sahaja. Tapi memang tak dapat nak pakai sendiri. Kena mintak bantuan orang. Nasib ada laki. Hehe.. Nak buka pun satu hal. Fuhhh.... Nasib tak tetas jahitan.

With bro in law
Baju nikah dan bertandang dijahit khas oleh ibu saudara arwah umi. Murah sahaja upahnya. Tapi cantik dan lebih berbaloi berbanding baju sewa.Untuk dress, upah jahit beserta jahitan manik adalah RM 80 dan untuk baju bertandang pula RM 45 sahaja.

Apa lagi ehh????

Ok.

MEJA MAKAN BERADAP

With my last paternal uncle and his wife and my hubby (plz dont forget) ehehe...
Hiasan meja makan beradap dan masakan disediakan oleh suami kepada emak saudaraku yang bekerja sebagai chef. Memang di chef turun temurun yang menyediakan hidangan makan beradap kepada ahli keluarga yang berkahwin. Tengok ukiran tembikai dan sayuran tu, cantik bukan? Hidangan pun sedap. 

Dessert pula;

Lapis cheese
Specially made by my lovely cousin yang juga pengapit aku masa bersanding. Dessert ini memang di request oleh aku. Super sedaps okeh. Siap aku simpan satu cup untuk makan lepas balik dari outdoor photoshoot. Hehe... Darling husband siap tanya di meja makan beradap lagi, "Pandai buat tak?" Amboih sayang, suka la tuuuuu.... Ye la, nanti sayang mintak resipi. 

PHOTOGRAPHER

Nak cari dia, search je dalam FB, konfem ada
Artworks memang sangat superb. Faiz ni junior aku masa di TMS dlu. Faiz baru tag kan 3 gambar kami. As the teaser mungkin. Yang lain belum siap. Sabo je lahhh... 

HANTARAN

Hantaran specially designed by my auntie, Uteh for both sides. Simple yet lovely. Tapi gambo xde kot. Kena tunggu dari Faiz. Alhamdulillah, banyak dapat sumbangan hantaran. Hehe... Toiletries sets for both sides, towel, kek, buah...  

MAJLIS

Majlis persandingan aku diadakan di rumah nenek, serentak dengan majlis sambut menantu my last maternal uncle. Uncle aku ni sama umur dengan aku. Dah jodoh majlis meraikan kami diadakan sekaligus. 

Isterinya kecil molek sahaja. Comel pulak tu. Mujur kami tak disandingkan sekaligus di atas pelamin yang sama. Kalau tidak, terserlahlah kegergasian dan kehudohan aku. Haha!

 
PENGHARGAAN

Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli keluarga yang bersusah payah dari awal hingga akhir majlis. Kepada tetamu yang sudi datang memeriahkan majlis. Kepada sahabat handai yang sanggup apply cuti dan pulang ke kampung halaman semata-mata ingin menghadiri majlis kami. Kepada yang memberi hadiah dalam bentuk fizikal dan doa. Terima kasih yang tak terhingga. Maaf andai ada terkurang layanan. Yang tak dapat datang juga diucapkan terima kasih. Kami faham situasi anda, insyaALLAH. Moga bahagia ini milik kita di dunia dan di ahirat. InsyaALLAH. Amin.
 
Alhamdulillah semuanya selesai dengan indah dan seperti yang dirancang.






Pssssstttt sayang, jom open table kira duit balance dalam akaun. hukhukhuk!

No comments: