.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, June 11, 2012

Sebelum ke sini

Sejak dapat tu sebagai hantaran, dah xpedulikan aku dahhh.... Asik nau main game.

Nampak tak spotlight kat pipi tuuuu
 Selepas mekap untuk majlis hari tu, muka aku terus naik jerawat. Bermaharajalela. Bukan setakat jerawat pasir. Ada jugak yang bernanah 2 bijik. Tu la, pandai sangat tak sediakan span baru untuk mak andam. Kawan aku dah pesan, kalau mak andam guna span yang dah pernah digunakan, sediakan span baru. Nanti rosak kulit muka. Maklum la share ntah dengan sape2. Tapi aku is tak sempat nak sediakan. Terima je la seadanya. Dahhh terus berspotlight. Sampai selalu dipuji dek suami. 

"Wahhhh, cerah berseri-seri wajah sayang. Spotlight terang benderang kat pipi."

Cehhh! 

Mix fruit juice. Him. Aku tumpang bergambar je. Manis. Air tu manissss...

Mine. Ayam penyet and aprikot juice. Sedaps.

Haisy, sungguh ganja nasik nihhhh...
Ni second visit to Ayam Bakar Wong Solo untuk menikmati ayam penyet. Sebelum ni pergi sebelum balik bersanding. Lepas bersanding pun, makan lagi sebelum balik ke Tioman sebab kat sini takdeeee... Perghhh, serius sedap. Perghhhh again. Heheh.. Cane nak naik badan kalau suami cakap, request je nak makan apa, nanti dia usahakan. Dah balik Tioman nanti dah tak dapat nak makan dah.

Terus la bini yang tak sedar badan makin kembang ni request nak makan kek Secret Recipe la, pasta San Francisco la, McD tu tak yah cakap la... Makan ruji kot. Haha.. Nasik ayam Chicken Rice Shop pun kami suka. Hehe.. 

Sebelum masuk feri
Nampak tak kain satin berkilau kat dada Mr. Polaris? Itu percubaan pertama aku menjahit untuk suami. Sekadar tutupkan jenama beer di bajunya dengan riben jenis satin dengan jahitan insang pari je pun. Tu pun dia komplen kain tu berkilat sangat. Tapi alhamdulillah, dia puas hati dengan jahitan aku. Hmm, baju tu dia dah beli lama. Dah banyak kali dah pakai. Pastu baru perasan tu jenama beer. 

Blurrrr.... 
Kasut hantaran
Ini kasut hantaran aku. Brand Hawk Eye. Selesa sangat. Lembut je bila pakai. Cantik pulak tu. Warna buruk-buruk camtu memang aku suka. Dah berangan dah, best nih kalau pakai masa ngajar. Selesa.

Tapi malangnya....

Nampak tak????

Nahhh kauuu!
 Ini baru pakai dari pintu rumah, berjalan ke kereta. Pastu sampai Wong Solo, berjalan turun dari kereta dan masuk ke kedai. Nahhhh, itu dia. Dah tersengehhh dah kasut haku. Maklum la leather tak ori... Dah la aku beli yang 70% diskaun. Rupanya barang lama. Best la Mr. Poalris, kasut Nike dia, dia pilih yang new arrival. Cehhh, dengki!
 
Cer teka apa ni?
Hohoho! Tolong la jangan teka ini telur dadar. The day kami bertolak dari Nilai ke Mersing, sambil tunggu suami balik kerja, aku buatkan cucur udang. Gigih nak adun bahan segala. Siap buatkan teh wangi panas dahhh.. Dia dah pesan dah jangan masak. Ingatkan kenapa. Rupanyaaaaa.... Masa aku nak goreng baru perasan minyak masak xde. Cehhhh...

Maka akhirnya, jadilah lempeng udang. Sedappppp. Dia yang kata. Padahal nak amek hati bini. 

Takpe la yang, kudapan yang sihat sebab tak deep fry. Tak gituh?

1 comment:

marinahunny said...

hehehehe ok juga tu goreng tanpa minyak, nasib baik x kukus hahahahaha