.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, June 19, 2012

Unplanned pre-honeymoon

Sepatutnya jadual dating kami adalah Sabtu minggu ni. Tapi dah isteri menangis-nangis merindu, maka si suami pun datang la Sabtu minggu lepas sambil membawa hadiah sempena 3 bulan kami selamat diijabkabulkan iaitu 


3 BIJI DURIAN 



Owh, sungguh romantik suami ai bagi hadiah durian... Melting. Hahaha! Kau adeee? 



Kebetulan pulak suami cuti umum pada hari Isnin, maka aku pun dapat MC. 

Oh ye, Sabtu lepas aku rasa paling hazab kot dalam feri. Lautan bergelombang sikit lagi aku nak muntah. Perghhhh, sangat mencabar iman. Sebenarnya aku bukan la orang yang jenis mabuk laut, sebab ada jugak la darah nelayan sikit-sikit dari belah abah. Tapi hari tu, sumpah laut bergelora amat dasat. Kebetulan pulak feri kecik masa tu. Kalau feri besar tak rasa sangat kot. Air laut dah masuk sikit-sikit melalui tingkap feri. Aku pulak, memang rasa dah kat tekak dah muntah. Ramai passengers pun muka berkerut tahan pening kot. Nasib baik ada hamba ALLAH yang sapu minya Yu Yee cap limau. Dapat hidu bau pun dah besar  rahmat time tu. Lega sangat. 

Aku dah tak tahu nak buat apa dah. Kalau boleh, takmo la pecahkan rekod tak mabuk laut, kan. Tak rock la cucu nelayan muntah mabuk laut, kan? Hehe.. 

So, aku berzikir je tak henti-henti. Alhamdulillah, rasa lebih lega.

Perjalanan yang sepatutnya 2 jam, hari tu mengambil masa 2 jam 15 minit kot. Tapi walau lebih 15 minit je, aku rasa macam 15 jam. Punya la hazab...

Dan pukul 7. 40 malam, aku sampai di jeti Mersing. Terus tuju ke surau solat sambil tunggu ketibaan buah durian. Eh. Hehehe.. 

Pagi esoknya, lepas alas perut dengan secawan Radix share berdua dan sebiji roti untuk 1 perut, suami sambung tido. Aku tengok tivi. Eleh, tu pun nak cite. Haha! Maklum la orang jakun baru ada suami memang camni. Haha!

Ok, pukul 9 pagi aku tanyakan plan kami pada hari tu. Dna suami kata free sepanjang hari. So, aku pun suggest. 

Jom gi JB. Gi jumpa sepupu-sepupu. Bila lagi nak gi JB. Nak mintak cuti susah. 

So, dia setuju. Maka, 11.20 pagi bertolak la kami ke JB. 

2 jam setengah jugak kot baru sampai Kempas. Nasib baik sepupu-sepupu semua cuti. Dan takde yang kena bertugas on-call. 


Eh, lupa nak bagitau. Lepas check out hotel dalam pukul 10 lebih camtu, kami pergi ke pantai dan breakfast durian. Pergghhh, habis sebiji setengah aku tibai. 

Besar bapokkk!


Tak pandang kiri kanan dahhhh

Ni bukan feeling diva ke apa, tp nak elakkan lens kering tepi laut

Dan kami tiba di Kempas dengan kepala yang sakit sebab bau durian bercampur hangat matahari dan aircond bermaharajalela dalam kereta. Sangat tak best bau dia. Tapi bau durian masa tengah makan sangat mabeles. I loike duriannn... 


Lepas Asar, sepupu-sepupu bawak jalan-jalan ke The Zone sebab mereka semua puasa sunat tapi kami tak puasa ponnnn. Sumpah tak ingat. dan takde orang ingatkan. Haha, salahkan orang. Padahal salah sendiri sebab tak cek FB. Mereka plan nak berbuka di Singgah Selalu kalau tak salah. Dan sepupu aku yang nurse Ulu Tiram tu belanja we olls. 


Makan besar kami malam tu. Butter prawns, kailan ikan masin, siakap stim, seafood tomyam, kerabu mangga, telur dadar, daging masak merah. Perghhh, nasib baik pakai evening dress. Kalau pakai jeans, mesti dah bukak butang dah. Hehe.. Semoga murah rezeki sepupu saya. Aminnn...

Rezeki. Tu pun tomyam n siakap stim belum sampai

Alhamdulillah.. Kenyang.


Lepas makan, mereka bawa kami ke Danga Bay pulak. 


Sepupu kata, next time datang la sini lagi. Honeymoon betul2. Sewa hotel dekat The Zone yang menghadap laut. Cantikkk!!!


Erkkkk, tak kuasa! Aku dah hari-hari hadap laut. Sungguh tak romantik.


Di Danga Bay, jalan-jalan hancurkan lemak. Ambil gambar. Pastu sepupu ajak main permainan apa tah tajuk dia. Aku lupa. Alah mainan budak-budak. Tapi tengok orang lain main semua pakat terjerit,jerit, aku setuju la nak main. Mr.Polaris awal-awal angkat bendera putih. So, main je dengan sepupu. 


Rombongan Cik Kiah

Sepupu yang belanja i..


Berdua je atas rides tu. Takde orang lain pun.

Belakang tu cruise yang kena byr RM50 utk masuk tgk2 je.


Sepupu terkagum-kagum sebab aku tak menjerit pun. Gelak adalah. Alah, naik feri hari Sabtu tu lagi thrill dari main benda alah tu la.. Sikit tak jatuh jantung aku. Hehehe. Silap orang la dia nak tengok aku terjerit ketakutan atas rides tu. Hehe..


Then, super duper penat. 


Balik rumah terus pengsan. 


Dan pagi Isnin tu aku ke Klinik An-Nur sebab kepala dah sakit, bersin-bersin. Kulit gatal-gatal sebab makan seafood. 

Tapi kenapa eh, bila kita makan seafood dan dapat allergic symptoms, mesti masa jumpa doktor kita akan cakap,

 "Doktor saya alergik sebab TERSALAH makan."


Padahalllllll, sengaja makan! Dah rezeki terhidang depan mata. Harus la tibai. Khenssss... 

Dan tamatlah sudah pre-honeymoon kami yang tak dirancang. The real honeymoon belum lagi. Tunggu ada masa yang sesuai.

No comments: