.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, July 30, 2012

How i wish to....

Ya ALLAH, how i wish to be with my husband everyday and night... 

how i wish to go through normal life of marriage where there are husband, wife and children in a place called home...

how i wish to cook every meal for my husband...

how i wish to take care of him in his black and white moments...

how i wish to accompany him wherever he go...

how i wish....

but i know, You know it better Ya ALLAH,

giving us everything that we need, 

not what everything we want,

like putting the cactus on desert,

and placing the strawberry on the cold land,

so do you put us in the place where we deserve to...

as i know your plan is always the best, 

so we are just be patient,

and waiting for every dream comes true.

insyaALLAH, 

with Your permission. 

dear Allahuakram...









pstttt; hati macam dicarik-carik tengok betapa happynya one whole family keluar shopping sama-sama, makan sama-sama, spend the quality time sama-sama.... hmmm, i am crying inside....missing wajah kesayangan hamba....damn much!


Meals to eat

Dah lama ikat perut berbuka dengan milo dan biskut danone. Dan bersahur dengan nasik lauk ikan bilis. Maka hari ni teringin nak buat senarai hidangan yang bakal aku carik bila keluar dari pulau ni kelak. 

1. Laicikang 


2. Ayam penyet Wong Solo dan alpukat jus

Hmm, menyelerakan... Model dalam gambar tu pun menggiurkan juga. Haisy! Pose!
3. Pucuk ubi masak tempoyak

My handmade
Cukup la dulu. Kalau ikut nafsu nak senaraikan banyak. Tapi takut kecewa di kemudian hari sebab hujung minggu nanti, cuma berada di Mersing dan shopping di Kota Tinggi saja, insyaALLAH. Rasanya memang tak tercapai segala impian kot. 

Hmm... 

Wajah kesayangan hamba~



Ye, ada benarnya kata-kata itu... Sebab berdasarkan sejarah perkenalan kami, it just took 2 weeks before we decided to go for steady relationship which i always have a thought,

"Aku ni betul ke tak ni???"

"Biar betul aku ni.."

Ye la, baru 2 minggu kenal kot... Even satu sekolah, tapi kelas lain-lain. Pulak tu dia dari sekolah lain masa form 1-form 5. Masa kenal tu kami dalam bulan 9, tahun 2005. Lagi beberapa bulan sebelum STPM. Ewah, makin nak dekat exam makin menggedik ehh? Ehh, mana ada gedik. Tak pun... 

Mula-mula kenal kononnya dia dan geng dia nak suruh aku dan salah seorang lagi kawan aku ajar dorang MUET. Kononnya la... Tapi aku yang tak reti mengajar ni, ambil kertas dia dan siapkan semua latihan grammar dia. Hehe.. I tak reti ok ngajar English. Buat latihan takpe. Sebab kita buat sampai ayat tu rasa sedap dibaca. Tetiba ended up tahun ni aku kena ngajar English Form 1. Berkat ajar bakal suami zaman dulu kala kot. Hehe.. 

Hari kedua dan mula tukar-tukar no fon. Cehhh. Lepas dua minggu, declare. Padahal masa tu, bila dia lalu tepi kelas aku pun aku masih lagi tertukar muka dia dengan kawan dia tu. Haisyh, bertuahkan... 


Then lepas 6 tahun, kami selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. Kalau dah jodoh, senang je ALLAH buka pintu hati. Bukan takde ujian sepanjang percintaan. Cewahh, geli nak taip perkataan percintaan tu sebenarnya. Sebab rasa cuma layak guna perkataan selepas kahwin. 

Emm, aku tak tau apa motif aku tulis entry ni. Tapi sebab tadi masa tengok fb, tetiba stumbled upon that quote. Dan bila fikir, ada benarnya kata-kata itu. 

So, terhasil la entry ini. Sekian terima kasih. 


Mood mengajar semakin cantik sekarang. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin berkat dari doa yang tak pernah putus. Dan juga sebab takde setan mengacau. Hehe.. Biasanya minggu pertama selepas keluar jumpa suami, aku sangat takde mood nak mengajar sebab tak dapat buat revision dan perancangan mengajar di hujung minggu, Dan jugak tak sempat iron baju secara banyak di hujung minggu. So, bila mula sekolah, aku  macam tak de mood je. Biasanya minggu kedua, baru dapat bersedia. Tapi minggu lepas dan minggu ni magik sikit. Tak tau la. Happy je mengajar. Dan banyak je idea itu buat student tertarik dengan isi pelajaran. Cuma spoiled sket dari segi pihak pengurusan. Erkkk! 

Mungkin ALLAH tak nak aku stress2 sebab bila stress, susah nak pregnant. Ehhh. Hehe.. Itu fakta ok. 

Ok la, baby, come to mommy.. InsyaALLAH.. 

Thursday, July 26, 2012

Not so called juadah iftar

Mashed potatoes with mushroom gravy and tempura cheese chicken nuget

Hmmm, ni menu lepas terawih. Moreh katenyaaa. Hehe. Gedik sungguh selera bila berpuasa jauh dari suami ni. Nak masak beria malas. Plus selera tak berapa nak ada bila tengok nasik nih. Tu pun untuk sahur aku paksakan jugak makan nasik. Sesenduk pun tak sampai. Lauk pun takat sup sawi dan kenen lauk simple tapi sedap Kak Yus. Kak Yus tiap hari masak bilis goreng campur bawang merah goreng, campur cili potong, pastu pecahkan telur sebijik, masak sampai jadi scramble egg. Pastu renjis kicap sikit. Perghh, sedap buat sahur. So, hari2 aku sahur lauk camtu.  

Kalau aku xde upload gambar masakan tu maknanya aku berbuka dengan milo panas/ warm Royalmix dengan biskut cream cracker Danone yang super sedap tu sebab xde rasa manis saje. Biskut pun max 3 keping je boleh masuk. Tadi pun sekeping je. Sebab dahaga sangat. Lepas minum B'Young satu sachet baru rasa lega sket. 

Tu yang lepas je terawih terus masuk dapur buat mashed potato dan panaskan mushroom and blackpepper gravy lebih buat chicken chop untuk iftar semalam. Pastu goreng tempura cheese chicken nuget 6 keping. Tapi 3 keping je masuk. 

Cehhh, berganda kalori masuk lepas terawih. Cane nak kurus nih??? Huhu~

Menu semalam
I made them for 4 servings. Untuk kawan-kawan yang mengidam nak makan western. 

Wednesday, July 25, 2012

Menu iftar hari ke 5

Grilled chicken chop served with mushroom gravy and sauteed broccoli and potatoes 

Hmm, tersilap pilih kentang sebenarnya. Tu yang tak nampak senonoh wedges tu... Sebab terambil Russet Potatoes yang senang lembut tu. Patutnya potato jenis tu untuk buat mashed potato or for pie. Tapi takpe, habis jugak kami belasah. Hehe... 


Ok, hari ni gaji masuk. Tapi sekelip mata je habis separuh buat bayar bil broadband, ptptn, sewa rumah dan blablabla~

Tapi sebelum berbuka tadi dapat berita paling lazat. Kerajaan bakal bagi bonus half month salary untuk semua pekerja kerajaan dan pesara kerajaan. Wow! Yum yum! Alhamdulillah, rezeki family bersama... 

Hmm, tengah kecewa sebab tudung yang aku suka xde saiz and takde stok. 

Monday, July 23, 2012

Cerita 1&2 Ramadhan 1433

1 Ramadhan, menempuh satu perjalanan yang panjang dan sangat mencabar. Memang aku tak berpuasa hari tu, tapi sebab tak puasa dan tak makan, maka aku gastrik. Dan angin dah naik ke kepala. Menjadi super duper sakit kepala. Dari Nilai ke Mersing memakan masa perjalanan hampir 5 jam setengah gara-gara jem di Ulu Bendul. Perghhh, Allah bagi pahala sabar secara percuma untuk suami yang berpuasa.

Pukul 11 pagi kami memulakan hari dengan shopping di JJ Cheras Selatan. Tapi tak dapat cari pun baju raya. Sebab salah pilih tempat shopping kot. 

Baru je aku cakap dengan suami tahun ni tak payah beli kasut raya, tetiba selipar pulak dah tersengeh-sengeh mintak simpati. Ceh, pandai betul dia pilih tempat. 

Maka; inilah hasilnya. Cari yang murah dan selesa sudah. Senang nak pakai gi ngajar.

Bata, RM 29.95 je.. 


Lepas dah siap beli keperluan dapur, dah pukul 4 setengah kot, ke Wong Solo Bangi. Niat nak tapaukan nasi ayam penyet untuk berbuka nanti. Tapi kecewa.... Kedai is tutup. Kecewanya... (Tahap kecewa tu, macamkan aku ni puasa pulak.) Hehehe... 


Lalu menyuarakan secara dengar tak dengar kat Mr. Polaris untuk beli McD sebab masa tu dah lewat untuk balik kemas barang and bertolak ke Mersing. Tukang ambil order tu pulak, macam la aku ni tak tau adab sangat nak makan di khalayak ramai di bulan ramadhan ni. Ada pulak dia tanya aku, "Makan sini ke, bungkus?"

Harus la aku jawab, "Take away."

So, beli Double Cheese Burger and Big Mac yang cacat. Nak tau kenapa cacat? Nanti aku tunjuk bukti jap lagi. 

Kami bertolak pukul 6 petang dan dan sampai di Mersing pukul 11 malam lebih you!!!! Lama giler. Tu pun stop untuk solat je. Mr. Polaris berbuka sambil drive saje. Tu pun separuh Double Cheese Burger dia masuk ke mulut tukang suap. Muehehe... 

Dah la aku migrain teruk masa tu. Check in hotel, cari panadol dalam luggage, tak de. Telan paracetamol 2 bijik, tido. Tapi aku menangis bawah bantal sebab tak nak Mr. Polaris sedar. Sebab sangat sangat sakit. Masa dalam perjalanan, aku dah telan ubat migrain dan ubat relax otot. Sikit tak de kesan. 

Sahur pulak. Kat bandar Mersing ni ada satu je kedai bukak. Tu pun kedai mamak. Sangat tak masuk sahur di kedai mamak. Nasik goreng sepesen gitu je... Kau order la nasik goreng kampung ke, nasik goreng ayam ke, sama je... 

Nasib baik malam tu tak sempat makan lagi Big Mac. So, aku sahur dengan Big Mac and hot Radix. Dan Mr. Polaris gigih jugak tunggu nasik goreng lambat dia tu... Tak sedap pulak tu. Please la. Nasib baik ada ayam goreng. Ok sikit la...

Big Mc di kedai mamak. Kau hade??? 

Termenung tunggu nasik goreng lambat

Big Mc yang cacat. Spot the missing part.
Big Mac yang cacat or aku yang dah lama sangat tak masuk McD nih? Bukan ke kalau Big Mac dia ada roti satu slice lagi kat tengah antara dua beef patties tu, ye kan??? Tapi takpe, alhamdulillah, rezeki untuk semalam. Sedap. Habis jugak aku makan... 

Motip senyum tak ikhlas gitu??? Hehe... 
Saje letak balik gambar masakan smlm sbb lg jelas

Sambil tunggu feri
 Inai yang pakai masa sanding pun dah nak habis... 

Pemandangan biasa bila laki nak gi hantar bini kerja jauh

Dan nasib baik naik feri Bistari 2. Laju dan besar. Berbuka semalam, aku makan kurma dua biji, milo panas satu mug dan biskut cream cracker Jacob je 3 keping. Alhamdulillah, kenyang. Hmmm, sedih ok x dapat masak untuk suami. 

Harap murah rezeki kami untuk duduk sama nanti. InsyaALLAH. 

Saturday, July 21, 2012

The first Ramadhan of many with husband, insyaALLAH

Hmmm, puasa pertama bersama sebagai suami isteri. Dia je la yang puasa. Aku start esok kot. Heheh... 

So, memandangkan puasa dah bermula hari ni, makan malam tadi sesi makan besar dengan semua tajuk lauk di request oleh darling husband. 

Siakap stim, kailan ikan masin, tomyam ayam, butter prawn. Dan balance ayam halia masa lunch.
First time masak butter prawn. Belasah je.... Susu cair takde, aku belasah susu Nesvita Omega Plus suami. Hehe... Berkhasiat gitew. Lulus ke tidak tak tau la. Makan sama-sama dengan kawan suami. Cuak gak sebab dia pernah duduk lama kat Thailand. Harus la masakan aku bagai langi dengan bumi dengan masakan orang sana... 

Tapi kalau nak banding dengan butter prawn Restoran Nusantara, harus aku yang menang. Hihi!

Sahur dengan sambal bilis petai dan tom yam saje.
Abaikan je la alas surat khabar dan pinggan percuma sabun Daia dan Colgate. Suami saya dok rumah bujang je... InsyaALLAH kalau ada rezeki aku pindah duduk sama dengan suami kat Nilai nanti baru nak angkut segala kitchen tools and utensils yang senonoh sikit. Hadiah kawen hari tu, banyak sangat dapat kelengkapan rumah. Tak sabar nak duduk rumah sendiri... 

Friday, July 20, 2012

Niqab pleaseeee....

Pukul 8 pagi: Bersms2 dengan suami. 


Lepas 2nd reply tetiba senyap. Aku pikir dia tgh bz kerja. 








Pukul 9.15 pagi: Tetiba terasa nak check inbox telefon. Aik, kenapa ada msg Pengetua paling atas ni? Bila pulak pengetua sms? So, press to read. 




"Malam tadi mcm yakin je dah xde sbb syg cek mmg xde."






Adeshhhhh!!!!! Rasa nak masuk sembunyi dalam almari... Tapi nasib sedar diri badan tak muat nak masuk. Aku pergi send msg tu kat pengetua rupanya. Patut la laki aku tak balas msg last tu.... 






Mane nak sorok muka minggu depan ni??? Dah la pengetua tu jenis suka sound atas muka. 




Agak2 kalau aku pakai gini, dia cam lagi x?



Salam Ramadhan

InsyaALLAH, kiranya diberi kesempatan, sekali lagi kita diberi peluang untuk merasai nikmat berpuasa di bulan ramadhan kali ini....

InsyaALLAH, kiranya diberi kesempatan, kali ini kami akan menyambut ramdhan berdua. Walaupun tak dapat berpuasa dan berbuka setiap hari bersama, insyaALLAH kami akan tetap mencuri peluang untuk sesekali berbuka, bertarawih, bertadarus dan bersahur bersama. InsyaALLAH. 

Walaupun di awal perkahwinan hari tu kami berbahagia dengan khabar bakal berpuasa dan beraya bertiga, namun begitu dapat berpuasa dan berpuasa berdua pun dah seribu syukur dah. Alhamdulillah. Satu pengalaman baru. Tapi kan, bulan ramadhan kan 30 hari... Mana la tahu kan ALLAH pagi hadiah beraya bertiga nanti. Hehe, insyaALLAH... 



Baby, hotel baby dah siap. Bila nak check in? Umi dan abi tak sabar tunggu baby check in.... Kalau kali ni baby check in, tunggu 9 bulan 10 hari baru check out ye... 



SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU. 


Semua tentang Ramadhan


*Sejarah Ramadhan
1.Ramadhan: Artinya panas terik
2. Bulan di turunkan Al-Qur'an dan disebut
(syahru ramadhana)
3. Berlakunya perang Badar Kubra dan
mendapat kemenangan.
4. Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah
dari tangan Musyrikin dan berakhirnya
penyembahan berhala.
5. Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar
yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6. Di pilih untuk ibadat puasa.
7. Di pilih untuk ibadah-ibadah lain (tadarus Al-
Qur'an)
***

*Kelebihan Bulan Ramadhan
(1) Kamu akan di naungi Ramadhan.
(2) Bulan penuh keberkahan.
(3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000
bulan.
(4) Amal sunat sama dengan sholat fardhu.
(5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali
ganda.
(6) Bulan sabar dan pahalanya adalah
syurga.
(7) Bulan menambah rezeki,
(8) Memberi buka banyak pahala,
(9) Bulan keampunan.
Do'a yang paling makbul yaitu do'a sebelum
berbuka puasa.Juga do'a pada sepertiga
malam.
(10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
***

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(1) Sebelum tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah
Al Kahfi supaya dapat bangun malam
(2) melakukan solat Terawih sepanjang bulan
(3) Bertadarus secara bersama (bukan
sendirian)
(4) Solat berjemaah setiap waktu di masjid/
surau
(5) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
(6) Sahur diwaktu akhir
(7) Sahur - utk menjauhi makanan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
(8) Mandi Janabat sebelum Imsak
(9) Kurangkan tidur
(10) Banyakkan bersedekah
(11) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum
dipanaskan oleh api
(12) Ajak orang berbuka bersama
(13) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki saja)
(14) Jauhkan berbelanja berlebihan
(15) Kuatkan kesabaran
(16) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
(17) Melepaskan perasaan sedih melepaskan
Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan
Ramadhan akan datang
(18) Tunaikan zakat fitrah
***

NUZUL Al-QUR'AN ( 17 Ramadhan ) Tarikh 
turunnya Al-Qur'an
Beramallah di malamnya dgn solat malam dan
amal2 yg baik
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia
sebaik-baik bulan penuh
keberkahan,pengajaran,mendidik

 mempunyai
ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
hubungan sesama manusia.


Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia
benar-benar mengubah sikap yg baik dan
seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah.
Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan
datang.


DI KESEMPATAN INI, 
SAYA INGIN MEMOHON MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP, TERSILAP KATA, TERSILAP UMPAT, TERSILAP TULIS, TERSILAP MARAH DAN SEGALA MACAM SILAP LAGI, SAYA MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEIKHLAS HATI SAYA. 
SEMOGA BULAN RAMADHAN DAPAT DIMULAI DENGAN HATI YANG BERSIH, SUCI DARI DOSA. DAN SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DILINDUNGI ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT. 
SEMOGA RAMADHAN INI YANG TERBAIK UNTUK KITA SEBELUM TIBANYA RAMADHAN YANG AKAN DATANG, 
INSYAALLAH... 
SALAM RAMADHAN 1433

at Nilai, Negeri Sembilan

Thursday, July 19, 2012

Why students need/must/have to bring along handset and IT gadgets to scholl

Ramai yg senaraikan perkara negatif jika pelajar dibenarkan membawa telefon. Meh gua nk bg yg +ve.

1. Kalau guru relief kelas. Masalah utama nk bgtau lokasi p&p, contohnya makmal. Sebelum ni guru yg x hadir buat P&P d makmal. So budak-budak terkial-kial nk pergi mana kerana guru x hadir. Nk naik ke bilik darjah, letih... kerana guru harus melakukan pendakian yang sangat bersungguh-sungguh. Sebabnya, bilik darjah hampir mencecah awan. Jadi, 3G ke ketua darjah je lah. Buat muka bengis skit.

“Bgtau kawan-kawan turun sekarang. Kurang 2 minit semua mesti ada di celah meja komputer”. haha

2. Membantu penyiasatan guru disiplin. Jika guru disiplin syak ada pelajar ponteng & lokasi sukar di kesan. Maka kol la no pelajar tersebut menggunakan no fon member beliau. Taktik bai. Haha. maka disini guru boleh trace lokasi panggilan. Smol meter...

3. Meminimakan bebanan pelajar membawa buku teks @ latihan. Pelajar perlu rakam semua p&p. bahagikan tugas. semua pelajar perempuan ditugaskan merakam, manakala semua pelajr lelaki snap gambar di papan putih(jika ada).

4. Memudahkan perlaksanaan strategi p&p. contohnya, haritu guru nak aplikasi kaedah Koperatif(kumpulan). Maka, guru suruh pelajar buat group dalam pesbuk. Pelajar tidak perlu bergerak. Hanya bincang di pesbuk jer. Bentang juga di pesbuk. Haha...

5. Respon semasa fasa pengukuhan pun menjadi lebih galak. Cikgu tanya soalan, pelajar terus google cari jawapan. nGaa..

6. Meminimakan kos guru. guru tak perlu beli pen marker untuk tulis di papan putih. Hanya taip di pesbuk @ blog Sahaja . Pelajar tidak perlu bersusah payah untuk salin nota kerana perlu klik share di pesbuk sahaja. Untuk nampak lebih realistik, kopipes(copy & paste) saja di wall. Haha

8. Guru xperlu semak helaian satu persatu. Bayangkan jika mengajar 7 kelas. Setiap kelas ada 30. Jumlahnya 210. Banyak woihh.. tiap2 mnggu kena semak. Namun sebaliknya jika pelajar post di pesbuk. Guru hanya ‘like’ sahaja di status pesbuk pelajar.

9. Masalah pelajar kurang keyakinan dapat dielakkan. Bg pelajar yg tiada keyakinan untuk respon atau bagi jawapan. Cikgu boleh gunakan pendekatan dengan menelefon pelajar tersebut. tanya jawapan. Disini pelajar akan mendapat sedikit keyakinan menjawab soalan tersebut. konsep 1 hala, guru-seorang pelajar.

10. Tugas khas untuk guru (guru bertugas mingguan) munkin sudah boleh dihapuskan. Sebarang masalah berlaku, pelajar tidak perlu merujuk kepada guru. contohnya pelajar jatuh tangga & kakinya patah. Ok, caranya... keluarkan iPhone, kol ambulans. Settle. x payah menyusahkan guru..

11. Tiada istilah guru tidak masuk mengajar, tiada p&p & sebagainya. Guru yg sibuk dngan kerja luar, seminar atau kursus, hanya update status di pesbuk je.

“Kelas..!”
like •comment • 15 others like this. •

.....“Selamat Pagi Cikguu..!!”
a few seconds ago • Guru sejarah like this • 1

....“Cikgu tengah meeting sekarang, buka Pdf sejarah bab 7. Baca faktor-faktor Presiden FAM perlu letak jawatan. cikgu akan kol kamu secara rawak tanya berkaitan bab ni selepas selesai meeting ”
a few seconds ago 23 others like this.

Kata sapaan guru pun turut berubah. Selepas set induksi...

“Baik pelajar, minggu lepas kita telah belajar tentang Peranan FAM dalam menjatuhkan ranking bola sepak negara kita. Hari ni masuk tajuk baru. Keluarkan iPad, iPhone, i...bla bla..bla dan letak atas meja”

So sebagai kesimpulannya, gua sebagai guru, amat. amat...amat. tidak setuju idea pelajar membawa fon ke kelas. Pe hal bai, gua study u pun pernah kena sound oleh pensyarah sbb kedengaran bateri low. Tu signal bateri low, bukan panggilan atau mesej masuk...













Teeetttttttttt~ Cilok kat FB... 



Tuesday, July 17, 2012

Bukan tak redha, tapi sedikit terkilan...

Semalam, mendengar satu kenyataan. 


Terus migrain. Terpaksa batalkan kelas malam. Kesian students.


Tapi nak buat macam mana. Walaupun Hierarki keperluan Maslow ni dah tersebar satu dunia, tapi masih lagi ada insan yang tak faham. Atau mungkin mereka terlupa. Ntah... This is a theory of motivation. Maslow uses the terms Physiological, Safety, Belongingness and Love, Esteem, and Self-Actualization needs to describe the pattern that human motivations generally move through.


The largest and most fundamental levels of needs at the bottom, and the need for self-actualization at the top. If these "deficiency needs" are not met, the body gives no physical indication but the individual feels anxious and tense. 
Hierarki keperluan Maslow


Ok, selesai sudah kelas Motivasi kita pagi ni... 




Hmmm, kembali kepada perasaan semalam. Yes, rasa sedikit tegang semalam. Memang sebelum ni aku dah ada dengar khabar-khabar angin mengatakan THE AUTHORITY tak approve permohonan bertukar aku walaupun aku kepilkan sekali dengan surat sokongan dari doktor kerajaan. Tapi semalam bila dengar the fact again, rasa sangat nak marah. Agaknya puas la hati dia kot tengok aku miscarried. Macam la besar sangat jasa dan sumbangan aku kat sini sampai sayang sangat nak lepaskan aku pergi. Ai marah niiii!!!! 




Dan lepas je aku balik dari berpantang dua minggu, aku dengar dia keluarkan statement "Kalau pun permohonan tukar tak dapat, jangan la abaikan tanggungjawab kat sekolah." Nasib baik bukan depan muka aku. 


Hotak kau!!!! Kau bawak cacing dalam perut, boleh la cakap camtu. Tapi aku bawak anak! Takkan la kau nak expect lepas tragedi keguguran aku boleh riang ria di sekolah macamkan peristiwa tu tak menjejaskan fizikal dan emosi aku. Memang la bukan anak kau!




Lepas tu, ari tu, ada sorang staff sekolah yang tengah pregnant 5 months pergi jumpa dia nak mintak approval utk pindah sekolah, boleh dia cakap, "Hmm, awak ni pregnant. Saya kena approve ni. Sebab sebelum ni dah 3 orang dah cikgu perempuan sekolah kita keguguran. Saya pun tak tahu kenapa."




Tak tahu kenapa ye???? Sebab kau la!!!! Sebab Abraham Maslow dah kata, kalau psychological needs tak dipenuhi, how come they can perform the best? What do you expect? Kat sekolah stress, balik rumah stress, laki jauh. Baby pun merajuk tak nak dah duduk dalam hotel mommy sebab mommy depress. 


*
*
*
*
*
*



Itu perasaan semalam. Memang sangat marah. Tapi malam tadi, minum B'young Nite, tenang-tenangkan diri. Istighfar, ingat ALLAH. Aku redha, ini ketentuan ALLAH. Tindakan manusia itu sekadar penyebab sahaja. Dan ketentuan ALLAH adalah yang terbaik. Baik untuk aku, baik untuk semua. Semoga kejadian sebegini takkan aku lalui lagi. InsyaALLAH. 




Cukuplah cukup sudah... 




Tapi pagi tadi hangin balik sebab menteri mana la yang cerdik sangat pi bagi budak sekolah bawak handset and IT gadgets pergi sekolah tahun depan. Please la, doktor2, arkitek2, cekgu2 dan bijak pandai yang ada hari ni boleh jugak berjaya tanpa bawak handset ke sekolah... Please la fikir pakai otak. Kalau budak boleh belajar guna IT gadgets tu, suruh la mereka belajar guna perisian interaktif tanpa guru. Tak penat otak cikgu nak stress fikir pasal budak. 



Monday, July 16, 2012

the road not taken...

tajuk xde kaitan dengan isi. 


tetiba rindu zaman di tengku mahmud. 


hmmm, stress....


terkilan. tapi its ok. im trying to redha.....


dan terus migrain. 


good! 


esok aku update.

Berbunga-bunga

Mengantuknya la... 


Pagi Isnin memang camni kan... 


Tapi hati rasa berbunga je. 


Sebab Khamis nak jumpa kekasih halal pemberian Ilahi. Hehehe.


Semoga dipermudahkan semua urusan. 


Amin. 










Misi: Hunting for baju raya. Ehhh, bukan ... Cari baju untuk wedding abah nanti... 

Sunday, July 15, 2012

Rezeki hari ini...

Semalam kan ada staff sekolah mintak tolong masakkan ketupat sotong. Semua bahan dia yang beli. Aku masak je semua 12 ekor sotong gergasi tu walaupun dia suruh aku simpan buat aku masak-masak sikit. Then aku bahagikan sikit kat kawan-kawan sekolah. 


Dan hari ni, ALLAH murahkan rezeki hari ni. 


Kek from Angah.
 Ok, Angah tu staff sekolah yang mintak tolong aku masak tu. Then dia kembalikan bekas dengan kek. Alahai, susah-susah je... 




Donat from Kak Roslina
 Dan Mommy Alesya pulak bagi donat yang super sedap ni untuk hantar balik pinggan. Alhamdulillah. Tak yah masak untuk lunch dah. 




Sotong celup tepung
Tapi aku gorengkan jugak sotong celup tepung dengan tepung goreng serbaguna Seri-Aji perasa pedas ni. Memang sangat pedasss! Perghh, terbakar lidah. 


Dah, itu saja untuk hari ni... 

Saturday, July 14, 2012

Grilled chicken chop in the stomach~

Weeeehoooo!!!! Bersorak riang lemak-lemak dalam badan haku tengok aku bagi dorang kawan... 

Hmm, dah rasa muda remaja ni, tetiba rasa nak makan grilled chicken chop. Kedai ayah student depan sekolah tu dah dekat sebulan tak buka. Tengok bahan ada, kelentung-kelentang jap dalam dapur, siap!

Grilled Chicken Chop served with mushroom sauce and sauteed potatoes
Nama masakan tak nak kalah. Dah memang style mat saleh kot kalau letak tajuk masakan mesti nak susun segala ingredients dalam tajuk. Kannnn??? 

Hehe.. Lepas makan makanan tinggi kolesterol ni, wajib minum green tea je 2 mug.

Ok, let's check the recipe. Saje letak untuk rujukan diri sendiri di masa depan. 


GRILLED CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE AND SAUTEED POTATOES

Bahan:

Boneless chicken
2 potatoes cut into wedges
2 garlic
dash of italian herbs
grounded blackpepper
half onion, sliced
brown stock powder
canned button mushroom, sliced

Cara-cara:


  1. Lap ayam dengan kitchen tissue. Cucuk-cucuk sikit dengan garfu. 
  2. Tumbuk lada hitam, bawang putih, garam, gula dan italian herbs. 
  3. Masukkan butter sikit. 
  4. Perap ayam. 
  5. Tinggalkan sedikit bahan tumbuk untuk digaul pada kentang (dan carrot and broccoli kalau ada. Tapi kena rebus dulu juga sekejap). 
  6. Kentang yang dah dipotong baji direbus hingga lembut dan toskan. 
  7. Gaul dengan bahan perapan. 
  8. Grill ayam hingga masak dengan menggunakan api yang perlahan. 
  9. Bila ayam dah masak, angkat dan rehatkan atas pinggan hidangan. 
  10. Kuali tadi panaskan dan masukkan sedikit butter dan sautee potatoes pulak hingga sedikit perang. 
  11. Angkat dan letakkan dalam pinggan ayam tadi. 
  12. Panaskan kuali tadi, masukkan sikit lagi butter. Tumis sliced onion hingga perang. Masukkan sliced mushroom and kacau sekejap. Masukkan brown stock 2 sudu besar yang dibancuh dengan 3/4 cawan air. Tambahkan blackpepper. Tunggu sos pekat ikut suka. Rasa. Kalau masin tambah air. Dan siap!


Ok, nak buat sit up jap! Mwehehe... 


Terasa remaja kembali~

BAB 1


Eceh, tajuk xleh blahhh....


Ye la, dah berapa bulan tak merasa remaja selepas nikah pada 14 Mac hari tu... Last time mengalami perasaan remaja tu akhir February kot. Lepas tu disahkan hamil. Lepas tu ketentuan ALLAH, mengalami keguguran pula. Dan baru semalam kembali remaja. Weee, suka.... 


Dan semakin rasa gembira bila peristiwa yang meremajakan ini menandakan hotel baby untuk 9 bulan 10 hari dah pun siap dan kukuh. Harap baby selesa menginap di situ sebelum check out untuk bertemu dengan umi dan abinya... InsyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami....






BAB 2


Ok. Cerita lain... Hari ni aku buat 12 ekor ketupat sotong gergasi... Request from staff sekolah. Tapi sotong yang dia bagi tu, besar bapokkk... Aku dah cakap dah, untuk buat ketupat sotong, kita tak guna sotong besar camni. Tapi dia cakap, "Belasah je la cikgu... Janji rock!" Ceeewahhhh... 


Ok, so, aku belasah la buat. Tapi makan masa jugak nak masak sebab takut ketupat kat dalam tu tak masak. 


Ketupat sotong gergasi


Nahhh, gambar sikit punya senonoh. Tak de dah nak hidang cantik-cantik dalam pinggan. Pakai snap dari periuk je. Dapur berminyak tak lap pulak tu. Muehehe... 


Tapi tak tau la ok ke tak. Sebab aku ikut resipi umi. Tu pun ingat ingat lupa. Tak tahu la yang mereka biasa makan ketupat sotong yang macam mana. Sebab ketupat sotong Terengganu and Kelantan memang berbeza. Dna aku pakai resipi ketupat sotong Kelantan. 


RESIPI KETUPAT SOTONG KELANTAN


Sotong
Beras pulut
Santan pekat
Santan cair
Daun pandan
Halia
Serai
Nissan (bukan kereta ni, wehhh.... ala gula melaka gitu)
Lidi pencungkil gigi


Cara:

  1. Bersihkan sotong.
  2. Basuh beras pulut dan toskan. 
  3. Separuh santan pekat dan separuh santan cair dicampurkan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  4. Rendam beras pulut sejam atau lebih. 
  5. Lepas tu isikan beras pulut tadi 3/4 penuh, tutup dengan kepala sotong dan pinkan dengan lidi pencungkil gigi tadi, susun dalam periuk. 
  6. Dah siap semua. Masukkan bagi santan cair ke dalam periuk. Nissan yang dipatah2kan dimasukkan dalam periuk jugak. Ketuk sikit serai. Simpulkan daun pandan yang dah dikoyak-koyak sikit. 
  7. Masak atas api perlahan. 
  8. Dan menggelegak baru masukkan garam, gula. 
  9. Dah dekat nak masak baru masukkan santan pekat. Biar menggelegak kejap. Tutup api. 
  10. Beras pulut yang lebih tadi, tanak je atas dapur dengan api yang perlahan sekali dengan santan. Dah masak. Boleh makan dengan kuah sotong tu. Kena pulak dekat bahagian kerak-kerak manja tu, perghhhh.... Nikmat dunia.



BAB 3


Dan cerita lain pulak;


Hari ni genap 4 bulan kami diijabkabulkan. Terima kasih ALLAH kerana memilih suami yang terbaik untuk aku.The first 4 months of many and forever. InsyaALLAH. Alhamdulilllah.. 


Semoga diberkati Ilahi


To dear darling husband, 
Terimalah gambar ketupat sotong di monthsary kita yang ke-4. Muehehe... Gambar aje sudah la... Nak hantar ke Nilai jauh sangat. 



Kira ok la kan... Monthsary bulan lepas dia bagi hadiah durian je pun kat aku... Hehe... 

Friday, July 13, 2012

The new entrance to the next step, insyaALLAH

Pagi tadi gigih bangun pukul 4.30 pagi nak siapkan lesson plan yang dah dua minggu aku tak siapkan. Muehehe... 


Memandangkan dah 2 minggu aku asyik dok mengarut mengidam itu ini. Nak makan biskut Famous Amos la, nasi ayam penyet la, pizza Dominos la, McD tu tak yah cerita la.... Danterbaru semalam aku bagitau Mr Polaris aku rasa nak makan buah binjai. Perghhh, sedapnya kalau dapat... Tambah pulak kalau hiri-hiris, tabur garam gula, simpan dalam peti. Perghhhh, nikmat dunia... 


Pregnant ke ni???


Eh, tak la... Instinct kata tak pregnant la yang.... 


Tapi pelik je nak makan mcam-macam ni.... Balik sekolah nanti terus buat PT (pregnancy test) la.


Eh, esok la... Ambik berkat hari Jumaat. Syg ni mcm x happy je...


Bukan tak happy. Bimbang... Kan doc ckp suruh tunggu after 1st menstruation. Tapi kalau dah rezeki, abg happy...




Itu conversation semalam. 


Dan pagi ni, 4.45 pagi, gigih la aku buat PT. And....




TADAAAAAA!!!!




Single line appears 


That single line bringing the meaning that i am not pregnant. 




Tengah siapkan laporan mengajar, tetiba rasa nak ke tandas. Tiba-tiba....




Alhamdulillah, my uterine lining is shedding away.... Right after 68 days after miscarriage tragedy. It means that my endometrial lining is recovered. Alhamdulillah. And now we can plan for another pregnancy. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH... 


Terus sms husband. 


"Alhamdulillah".


Punya la lega hati husband. Dan terus ingatkan dia untuk buat sujud syukur. 


Yes, bersangka baik terhadap ALLAH adalah sebaik-baik tindakan untuk merasa redha dan tenang.


And our TTC (trying to conceive) journey is begin.  Semoga dipermudahkan segala urusan.