.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, July 17, 2012

Bukan tak redha, tapi sedikit terkilan...

Semalam, mendengar satu kenyataan. 


Terus migrain. Terpaksa batalkan kelas malam. Kesian students.


Tapi nak buat macam mana. Walaupun Hierarki keperluan Maslow ni dah tersebar satu dunia, tapi masih lagi ada insan yang tak faham. Atau mungkin mereka terlupa. Ntah... This is a theory of motivation. Maslow uses the terms Physiological, Safety, Belongingness and Love, Esteem, and Self-Actualization needs to describe the pattern that human motivations generally move through.


The largest and most fundamental levels of needs at the bottom, and the need for self-actualization at the top. If these "deficiency needs" are not met, the body gives no physical indication but the individual feels anxious and tense. 
Hierarki keperluan Maslow


Ok, selesai sudah kelas Motivasi kita pagi ni... 




Hmmm, kembali kepada perasaan semalam. Yes, rasa sedikit tegang semalam. Memang sebelum ni aku dah ada dengar khabar-khabar angin mengatakan THE AUTHORITY tak approve permohonan bertukar aku walaupun aku kepilkan sekali dengan surat sokongan dari doktor kerajaan. Tapi semalam bila dengar the fact again, rasa sangat nak marah. Agaknya puas la hati dia kot tengok aku miscarried. Macam la besar sangat jasa dan sumbangan aku kat sini sampai sayang sangat nak lepaskan aku pergi. Ai marah niiii!!!! 




Dan lepas je aku balik dari berpantang dua minggu, aku dengar dia keluarkan statement "Kalau pun permohonan tukar tak dapat, jangan la abaikan tanggungjawab kat sekolah." Nasib baik bukan depan muka aku. 


Hotak kau!!!! Kau bawak cacing dalam perut, boleh la cakap camtu. Tapi aku bawak anak! Takkan la kau nak expect lepas tragedi keguguran aku boleh riang ria di sekolah macamkan peristiwa tu tak menjejaskan fizikal dan emosi aku. Memang la bukan anak kau!




Lepas tu, ari tu, ada sorang staff sekolah yang tengah pregnant 5 months pergi jumpa dia nak mintak approval utk pindah sekolah, boleh dia cakap, "Hmm, awak ni pregnant. Saya kena approve ni. Sebab sebelum ni dah 3 orang dah cikgu perempuan sekolah kita keguguran. Saya pun tak tahu kenapa."




Tak tahu kenapa ye???? Sebab kau la!!!! Sebab Abraham Maslow dah kata, kalau psychological needs tak dipenuhi, how come they can perform the best? What do you expect? Kat sekolah stress, balik rumah stress, laki jauh. Baby pun merajuk tak nak dah duduk dalam hotel mommy sebab mommy depress. 


*
*
*
*
*
*



Itu perasaan semalam. Memang sangat marah. Tapi malam tadi, minum B'young Nite, tenang-tenangkan diri. Istighfar, ingat ALLAH. Aku redha, ini ketentuan ALLAH. Tindakan manusia itu sekadar penyebab sahaja. Dan ketentuan ALLAH adalah yang terbaik. Baik untuk aku, baik untuk semua. Semoga kejadian sebegini takkan aku lalui lagi. InsyaALLAH. 




Cukuplah cukup sudah... 




Tapi pagi tadi hangin balik sebab menteri mana la yang cerdik sangat pi bagi budak sekolah bawak handset and IT gadgets pergi sekolah tahun depan. Please la, doktor2, arkitek2, cekgu2 dan bijak pandai yang ada hari ni boleh jugak berjaya tanpa bawak handset ke sekolah... Please la fikir pakai otak. Kalau budak boleh belajar guna IT gadgets tu, suruh la mereka belajar guna perisian interaktif tanpa guru. Tak penat otak cikgu nak stress fikir pasal budak. 



No comments: