.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, July 23, 2012

Cerita 1&2 Ramadhan 1433

1 Ramadhan, menempuh satu perjalanan yang panjang dan sangat mencabar. Memang aku tak berpuasa hari tu, tapi sebab tak puasa dan tak makan, maka aku gastrik. Dan angin dah naik ke kepala. Menjadi super duper sakit kepala. Dari Nilai ke Mersing memakan masa perjalanan hampir 5 jam setengah gara-gara jem di Ulu Bendul. Perghhh, Allah bagi pahala sabar secara percuma untuk suami yang berpuasa.

Pukul 11 pagi kami memulakan hari dengan shopping di JJ Cheras Selatan. Tapi tak dapat cari pun baju raya. Sebab salah pilih tempat shopping kot. 

Baru je aku cakap dengan suami tahun ni tak payah beli kasut raya, tetiba selipar pulak dah tersengeh-sengeh mintak simpati. Ceh, pandai betul dia pilih tempat. 

Maka; inilah hasilnya. Cari yang murah dan selesa sudah. Senang nak pakai gi ngajar.

Bata, RM 29.95 je.. 


Lepas dah siap beli keperluan dapur, dah pukul 4 setengah kot, ke Wong Solo Bangi. Niat nak tapaukan nasi ayam penyet untuk berbuka nanti. Tapi kecewa.... Kedai is tutup. Kecewanya... (Tahap kecewa tu, macamkan aku ni puasa pulak.) Hehehe... 


Lalu menyuarakan secara dengar tak dengar kat Mr. Polaris untuk beli McD sebab masa tu dah lewat untuk balik kemas barang and bertolak ke Mersing. Tukang ambil order tu pulak, macam la aku ni tak tau adab sangat nak makan di khalayak ramai di bulan ramadhan ni. Ada pulak dia tanya aku, "Makan sini ke, bungkus?"

Harus la aku jawab, "Take away."

So, beli Double Cheese Burger and Big Mac yang cacat. Nak tau kenapa cacat? Nanti aku tunjuk bukti jap lagi. 

Kami bertolak pukul 6 petang dan dan sampai di Mersing pukul 11 malam lebih you!!!! Lama giler. Tu pun stop untuk solat je. Mr. Polaris berbuka sambil drive saje. Tu pun separuh Double Cheese Burger dia masuk ke mulut tukang suap. Muehehe... 

Dah la aku migrain teruk masa tu. Check in hotel, cari panadol dalam luggage, tak de. Telan paracetamol 2 bijik, tido. Tapi aku menangis bawah bantal sebab tak nak Mr. Polaris sedar. Sebab sangat sangat sakit. Masa dalam perjalanan, aku dah telan ubat migrain dan ubat relax otot. Sikit tak de kesan. 

Sahur pulak. Kat bandar Mersing ni ada satu je kedai bukak. Tu pun kedai mamak. Sangat tak masuk sahur di kedai mamak. Nasik goreng sepesen gitu je... Kau order la nasik goreng kampung ke, nasik goreng ayam ke, sama je... 

Nasib baik malam tu tak sempat makan lagi Big Mac. So, aku sahur dengan Big Mac and hot Radix. Dan Mr. Polaris gigih jugak tunggu nasik goreng lambat dia tu... Tak sedap pulak tu. Please la. Nasib baik ada ayam goreng. Ok sikit la...

Big Mc di kedai mamak. Kau hade??? 

Termenung tunggu nasik goreng lambat

Big Mc yang cacat. Spot the missing part.
Big Mac yang cacat or aku yang dah lama sangat tak masuk McD nih? Bukan ke kalau Big Mac dia ada roti satu slice lagi kat tengah antara dua beef patties tu, ye kan??? Tapi takpe, alhamdulillah, rezeki untuk semalam. Sedap. Habis jugak aku makan... 

Motip senyum tak ikhlas gitu??? Hehe... 
Saje letak balik gambar masakan smlm sbb lg jelas

Sambil tunggu feri
 Inai yang pakai masa sanding pun dah nak habis... 

Pemandangan biasa bila laki nak gi hantar bini kerja jauh

Dan nasib baik naik feri Bistari 2. Laju dan besar. Berbuka semalam, aku makan kurma dua biji, milo panas satu mug dan biskut cream cracker Jacob je 3 keping. Alhamdulillah, kenyang. Hmmm, sedih ok x dapat masak untuk suami. 

Harap murah rezeki kami untuk duduk sama nanti. InsyaALLAH. 

No comments: