.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, July 14, 2012

Grilled chicken chop in the stomach~

Weeeehoooo!!!! Bersorak riang lemak-lemak dalam badan haku tengok aku bagi dorang kawan... 

Hmm, dah rasa muda remaja ni, tetiba rasa nak makan grilled chicken chop. Kedai ayah student depan sekolah tu dah dekat sebulan tak buka. Tengok bahan ada, kelentung-kelentang jap dalam dapur, siap!

Grilled Chicken Chop served with mushroom sauce and sauteed potatoes
Nama masakan tak nak kalah. Dah memang style mat saleh kot kalau letak tajuk masakan mesti nak susun segala ingredients dalam tajuk. Kannnn??? 

Hehe.. Lepas makan makanan tinggi kolesterol ni, wajib minum green tea je 2 mug.

Ok, let's check the recipe. Saje letak untuk rujukan diri sendiri di masa depan. 


GRILLED CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE AND SAUTEED POTATOES

Bahan:

Boneless chicken
2 potatoes cut into wedges
2 garlic
dash of italian herbs
grounded blackpepper
half onion, sliced
brown stock powder
canned button mushroom, sliced

Cara-cara:


  1. Lap ayam dengan kitchen tissue. Cucuk-cucuk sikit dengan garfu. 
  2. Tumbuk lada hitam, bawang putih, garam, gula dan italian herbs. 
  3. Masukkan butter sikit. 
  4. Perap ayam. 
  5. Tinggalkan sedikit bahan tumbuk untuk digaul pada kentang (dan carrot and broccoli kalau ada. Tapi kena rebus dulu juga sekejap). 
  6. Kentang yang dah dipotong baji direbus hingga lembut dan toskan. 
  7. Gaul dengan bahan perapan. 
  8. Grill ayam hingga masak dengan menggunakan api yang perlahan. 
  9. Bila ayam dah masak, angkat dan rehatkan atas pinggan hidangan. 
  10. Kuali tadi panaskan dan masukkan sedikit butter dan sautee potatoes pulak hingga sedikit perang. 
  11. Angkat dan letakkan dalam pinggan ayam tadi. 
  12. Panaskan kuali tadi, masukkan sikit lagi butter. Tumis sliced onion hingga perang. Masukkan sliced mushroom and kacau sekejap. Masukkan brown stock 2 sudu besar yang dibancuh dengan 3/4 cawan air. Tambahkan blackpepper. Tunggu sos pekat ikut suka. Rasa. Kalau masin tambah air. Dan siap!


Ok, nak buat sit up jap! Mwehehe... 


2 comments:

marinahunny said...

oh ada pun resepi hahaha. boneless chicken tu beli yg dh boneless ke buang tulang sendiri?

Miss Polaris said...

debone sendiri je kak na.. nak sedap, isi bahagian paha. tp td eg belasah guna dada ayam je. klu kak na xjmpa brown stock yg paket kecik, gtau ye. nnt eg beli kat bangi n pos. lg 1 brown stock powder tu letak air sejuk. jgn guna air panas. dah sebati baru tuang dalam kuali. happy cooking sis!