.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, July 5, 2012

Jalan disuluhi spotlite

Weekend minggu lepas paling sengsara kot. Sebab kena spend sorang2 dalam pulau sahaja. Dah la masa tu memang litar dalam otak aku bersimpang siur kalah litar siri selari. Cewahhh! Masa tu memang keje nak stress, nak nangis, nak fikir tapi takleh fikir je. Keje yang paling utama ada dua. Dan sangat la besar. Aku ni, kalau tak nampak jalan, memang nak buat keje pun tak boleh. Masa tu aku masih belum lagi faham konsep PBS. Dah la aku pegang dua subjek Form 1, KHB and English. Dua-dua kena buat PBS. Tapi sebab aku tak faham konsep, maka aku tak boleh fikir langsung apa yang perlu aku buat, apa yang perlu aku sediakan, macamana nak implement that assessment. 


Lepas tu, buku dlaam library yang kosong tu masih berlonggok di tengah-tengah library tak reti nak categorize ikut Dewey Code. Nak mintak tolong my librarians pun malas sebab aku pun tak reti nak explainkan kat dorang. Tapi pengetua dah macam desak-desak nak tengok progress library. Dah la rak dan perabot library belum sampai lagi. Tapi at least dia nak tengok buku semua dah bersusun ikut kategori. Cakap dengan air liur saja memang senang. Aku yang macam nak pecah kepala pikir. 


Jumaat tu pulak roomate keluar jumpa laki. Harus la jeles. Heheh.. So, memang hari Jumaat sampai ke malam tu memang kerja aku menangis je. Memang sangat stress. Sampai aku lupa bahawasanya setiap persoalan aku, ALLAH dah jawab dah dalam Quran. 


Kita bertanya: Mengapa aku diuji?
Quran menjawab: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami beriman kepada Allah sedangkan kita tidak diuji?” Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216.

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya: Mengapa kita kecewa?
Quran menjawab: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali Imran, ayat 139.

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah, ayat 45.

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab: “Cukplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepada Allah aku bertawakal.” Surah at-Taubah, ayat 129.
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberi syurga kepada mereka.” Surah at-Taubah, ayat 111.

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab: “… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf, ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila kau merana begini?
Quran menjawab: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

Sudah, jangan mengeluh lagi, pergi baca al-Quran. 


Ayat last tu paling tak tahan... Macam tepuk air, terpercik di muka sendiri. Muehehe.. Dan selepas sesi kaunseling dengan suami sendirik, terus pergi baca Quran. Dan pagi esoknya tu; magik telah berlaku.... 

Tingggg!!!! 

Terus nampak satu-satu jalan di depan mata aku. Dan Sabtu tu terus ke sekolah dan bekerja lebih masa. Dah tak kesah dah aku sorang yang keja di saat orang lain sume bercuti sebab mood tengah baekkk punye.. Dak keje yang aku susah nak faham konsep tu aku dah study, dah senaraikan apa yang kena buat. Dan aku buat satu persatu. Moral of value nye adalah; buat keje biar bersistematik. Jangan nak gaul macam adunan cucur bawang. Nanti keje tak jalan, semua tak settle dan kau je yang menangis sorang2. Heeee.. 

Okeh, buku kat tengah library tinggal sikit je lagi sebab dah tahu cara nak sorting buku ikut kategori dalam Kod Dewey. Dan PBS juga telah aku mulakan untuk KHB Tingkatan 1P dan 1W  dan English pula untuk 1P. Siap aku pulak yang bagi bahan untuk cikgu English 1W.hehe.. Happy je kerja bila kita faham apa yang perlu dibuat. Heheh... 

Alhamdulillah. Terus balik rumah buat sujud syukur. 

Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH. Saya tahu ALLAH sayang saya... 



Dan terus bersemangat nak settlekan sorting buku sebelum hari Sabtu sebab tak nak dah stress2 masa jumpa suami hujung minggu nanti.. Weee!!! 



No comments: