.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, July 10, 2012

Makan-makan di Nusantara

Ni cerita basi.. Tapi nak share jugak kat sini... Ni makan-makan ujung bulan lepas masa aku kena keluar untuk meeting library di Rompin. Nasib baik suami sanggup amek leave untuk teman aku....


Cantikkan.. Tak pasti apakah ini... Masjid ke, istana Adabi ke.... 


Ynag hijau tu signboard restoran Adabi Nusantara

Ni tandas masjid. Kebersihan adalah tiptop. Nak baring atas lantai pun takde hal. Bersih.

Kaunter makanan kot.

Mr. Mrs. Polaris. Orang gemok mmg kena masuk gambar sikit je. Tak muat lensa. 

Maghrib. Sebelum azan dia pasang Astro Oasis, Indahnya Iman. Good kan. 

Makanan: Butter prawn, tom yam ketam, sotong celup tepung and kailan yang tak de dalam gambar.

Tunjuk gambar dulu. Nanti baru aku komplen. Haha!
Ok, seni bina restoran, cantik. Lokasi strategik sebab dekat dengan masjid dan tandas masjid yang bersih. Waktu maghrib pun dia pasang Astro Oasis. Ada zikir-zikir. Alhamdulillah, sedap telinga mendengar sambil tunggu makanan sampai. Bawah meja pun dia ada pasangkan ubat nyamuk lingkaran yang macam zaman dulu tu. Mula-mula duduk aku macam dah bau asap ubat nyamuk tu. Rasa macam familiar, cuma tak leh nak recall. Pastu tengok bawah meja sebelah nampak stand besi ubat nyamuk tu. Terus intai bawah meja sendiri.  Dan terus bagitau suami. 


"Wahh, bagus la yang. Dia pasang ubat nyamuk bawah meja. Baru la takde nyamuk gigit kaki."


Tapi bila makanan sampai, agak kecewa. Mungkin restoran ni, specialty dia not on Thai dishes. Sebab sangat kecewa. Tom yam seekor ketam tasteless, sotong celup tepung, tepungnya lembik berair dan sotong tak dipotong bulat. Tapi seekor sotong dipotong secara belahan hamparan secara lukisan teknik KHBnya. Hehe.. Dan yang paling failed adalah butter prawn. Kecewa i okeh. Dah la itu yang paling i craving. Sekali sampai udang goreng dengan telur scramble egg dengan rasa marjerin Pelangi. Tak de cili padi, tak de daun kari sebagai penambah perasa. OMG. Kalau tak reti buat, tolong decline order sayang oiiii! 


Tapi tak membazir pun. Tapi cukup la itu yang pertama dan yang terakhirnya kami singgah makan di situ. Sebenarnya bukan singgah. Tapi memang drive all the way from bandar Rompin untuk menikmati makan malam kat situ sebab ramai yang cakap restoran tu famous. 

Dan total harga adalah RM 43. For 2 stomachs. Baik la aku makan seafood fresh kat Tioman ni. For sure puas makan dengan harga yang macam tu. Bukan tak bersyukur dengan rezeki, tapi mungkin boleh jadi peringatan untuk orang lain supaya tak terkena macam kami. Mungkin makanan lain sedap kot... Makanan yang kami pilih je kot yang lari sikit rasanya.... Wallahuallam. 




Dan ini, ayam yang jauh mengembara dari Bangi ke Mersing last weekend. Hehehe... 


Ehem ehemmmm... 

Tadaaa!!!!
 
I love you sayang. Ceaaaa, dan dan je ailebiu bila dapat ayam penyet... Heheh.. 

No comments: