.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, July 14, 2012

Terasa remaja kembali~

BAB 1


Eceh, tajuk xleh blahhh....


Ye la, dah berapa bulan tak merasa remaja selepas nikah pada 14 Mac hari tu... Last time mengalami perasaan remaja tu akhir February kot. Lepas tu disahkan hamil. Lepas tu ketentuan ALLAH, mengalami keguguran pula. Dan baru semalam kembali remaja. Weee, suka.... 


Dan semakin rasa gembira bila peristiwa yang meremajakan ini menandakan hotel baby untuk 9 bulan 10 hari dah pun siap dan kukuh. Harap baby selesa menginap di situ sebelum check out untuk bertemu dengan umi dan abinya... InsyaALLAH, semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami....






BAB 2


Ok. Cerita lain... Hari ni aku buat 12 ekor ketupat sotong gergasi... Request from staff sekolah. Tapi sotong yang dia bagi tu, besar bapokkk... Aku dah cakap dah, untuk buat ketupat sotong, kita tak guna sotong besar camni. Tapi dia cakap, "Belasah je la cikgu... Janji rock!" Ceeewahhhh... 


Ok, so, aku belasah la buat. Tapi makan masa jugak nak masak sebab takut ketupat kat dalam tu tak masak. 


Ketupat sotong gergasi


Nahhh, gambar sikit punya senonoh. Tak de dah nak hidang cantik-cantik dalam pinggan. Pakai snap dari periuk je. Dapur berminyak tak lap pulak tu. Muehehe... 


Tapi tak tau la ok ke tak. Sebab aku ikut resipi umi. Tu pun ingat ingat lupa. Tak tahu la yang mereka biasa makan ketupat sotong yang macam mana. Sebab ketupat sotong Terengganu and Kelantan memang berbeza. Dna aku pakai resipi ketupat sotong Kelantan. 


RESIPI KETUPAT SOTONG KELANTAN


Sotong
Beras pulut
Santan pekat
Santan cair
Daun pandan
Halia
Serai
Nissan (bukan kereta ni, wehhh.... ala gula melaka gitu)
Lidi pencungkil gigi


Cara:

  1. Bersihkan sotong.
  2. Basuh beras pulut dan toskan. 
  3. Separuh santan pekat dan separuh santan cair dicampurkan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  4. Rendam beras pulut sejam atau lebih. 
  5. Lepas tu isikan beras pulut tadi 3/4 penuh, tutup dengan kepala sotong dan pinkan dengan lidi pencungkil gigi tadi, susun dalam periuk. 
  6. Dah siap semua. Masukkan bagi santan cair ke dalam periuk. Nissan yang dipatah2kan dimasukkan dalam periuk jugak. Ketuk sikit serai. Simpulkan daun pandan yang dah dikoyak-koyak sikit. 
  7. Masak atas api perlahan. 
  8. Dan menggelegak baru masukkan garam, gula. 
  9. Dah dekat nak masak baru masukkan santan pekat. Biar menggelegak kejap. Tutup api. 
  10. Beras pulut yang lebih tadi, tanak je atas dapur dengan api yang perlahan sekali dengan santan. Dah masak. Boleh makan dengan kuah sotong tu. Kena pulak dekat bahagian kerak-kerak manja tu, perghhhh.... Nikmat dunia.



BAB 3


Dan cerita lain pulak;


Hari ni genap 4 bulan kami diijabkabulkan. Terima kasih ALLAH kerana memilih suami yang terbaik untuk aku.The first 4 months of many and forever. InsyaALLAH. Alhamdulilllah.. 


Semoga diberkati Ilahi


To dear darling husband, 
Terimalah gambar ketupat sotong di monthsary kita yang ke-4. Muehehe... Gambar aje sudah la... Nak hantar ke Nilai jauh sangat. 



Kira ok la kan... Monthsary bulan lepas dia bagi hadiah durian je pun kat aku... Hehe... 

No comments: