.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, July 21, 2012

The first Ramadhan of many with husband, insyaALLAH

Hmmm, puasa pertama bersama sebagai suami isteri. Dia je la yang puasa. Aku start esok kot. Heheh... 

So, memandangkan puasa dah bermula hari ni, makan malam tadi sesi makan besar dengan semua tajuk lauk di request oleh darling husband. 

Siakap stim, kailan ikan masin, tomyam ayam, butter prawn. Dan balance ayam halia masa lunch.
First time masak butter prawn. Belasah je.... Susu cair takde, aku belasah susu Nesvita Omega Plus suami. Hehe... Berkhasiat gitew. Lulus ke tidak tak tau la. Makan sama-sama dengan kawan suami. Cuak gak sebab dia pernah duduk lama kat Thailand. Harus la masakan aku bagai langi dengan bumi dengan masakan orang sana... 

Tapi kalau nak banding dengan butter prawn Restoran Nusantara, harus aku yang menang. Hihi!

Sahur dengan sambal bilis petai dan tom yam saje.
Abaikan je la alas surat khabar dan pinggan percuma sabun Daia dan Colgate. Suami saya dok rumah bujang je... InsyaALLAH kalau ada rezeki aku pindah duduk sama dengan suami kat Nilai nanti baru nak angkut segala kitchen tools and utensils yang senonoh sikit. Hadiah kawen hari tu, banyak sangat dapat kelengkapan rumah. Tak sabar nak duduk rumah sendiri... 

No comments: