.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, July 8, 2012

To-bake-list

Hmm, raya dah tak lama dah. Raya tahun ni, raya kedua tanpa umi. Arwah umi meninggalkan kami pada ramadhan ke 24 tahun lepas... Hmm, rindu umi.... 


Semalam, alhamdulillah kak long dan tok wan (emak arwah umi), Cik Saba(bestfriend umi) dan keluarga telah selamat menguruskan majlis pertunangan abah dengan bakal mama baru di KB. Semoga ini yang terbaik untuk abah dan keluarga kami. Amin. Dan insyaALLAH kalau tak ada aral melintang, abah dijadualkan bernikah pada hari raya ke-4 dan majlis di rumah kami pada hari raya ke 5. 


Hmmm, malam semalam mimpi umi. Bestnya dapat peluk umi. Dapat dengar suara umi.  Walau cuma dalam mimpi. Dah terubat sedikit rasa rindu. Umi, rindu sangat nak share everything dengan umi. Nak share cerita dengan umi... Banyakkkkk sangat. 


Raya dah tak lama. Nak masak apa eh untuk hari raya. 


Rasa macam nak buat list je. Ceh, macamkan banyak sangat nak masak. 


TO-BAKE LIST
1. Super moist chocolate cake
2. Caramel cake
3. Pavlova


TO-COOK-LIST
1. Nasi himpit
2. Kuah lodeh resipi umi
3. Kuah kacang resepi Ila. 


Yang lain-lain kena tunggu request dari Mr. Polaris, abah dan adik-adik. Rasa before or after raya nak masak spagheti la untuk adik-adik.... Tu favourite dorang. 


Btw, aku baru balik dari jumpa suami. Masa nak tunggu dia sampai tu, rasa berdebar-debar. Rasa teruja. Sebab suami bawak datang Ayam Penyet Wong Solo.... Jauh ayam penyet tu mengembara. Dari bangi ke Mersing. Eh, ni excited nak jumpa laki ke, nak jumpa ayam penyet? Muehehehe... 


Lambatnya puasa. Tak sabar nak tunggu Ramadhan... 


Semoga umi ditempatkan di kalangan penghuni syurga. Amin.





Bila tengok gambar-gambar lama umi, rasa tak sangka umi dah tak ada... Rindunya... 


Tapi aku tahu, walau umi tak sempat uruskan perkahwinan aku, tapi di sana, umi tersenyum bahagia meilhat lelaki yang diamanahkan abah untuk menjaga anak perempuannya yang degil ni adalah sebaik-baik penjaga. Kan umi....

2 comments:

3E said...

Dear Miss Polaris,
Ya ya...sila buat semua yang telah dilistkan itu....:-))

Miss Polaris said...

hai akak, hehe.. insyaALLAH. btw, resipi red velvet akak blm share kan..