.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, July 30, 2012

Wajah kesayangan hamba~



Ye, ada benarnya kata-kata itu... Sebab berdasarkan sejarah perkenalan kami, it just took 2 weeks before we decided to go for steady relationship which i always have a thought,

"Aku ni betul ke tak ni???"

"Biar betul aku ni.."

Ye la, baru 2 minggu kenal kot... Even satu sekolah, tapi kelas lain-lain. Pulak tu dia dari sekolah lain masa form 1-form 5. Masa kenal tu kami dalam bulan 9, tahun 2005. Lagi beberapa bulan sebelum STPM. Ewah, makin nak dekat exam makin menggedik ehh? Ehh, mana ada gedik. Tak pun... 

Mula-mula kenal kononnya dia dan geng dia nak suruh aku dan salah seorang lagi kawan aku ajar dorang MUET. Kononnya la... Tapi aku yang tak reti mengajar ni, ambil kertas dia dan siapkan semua latihan grammar dia. Hehe.. I tak reti ok ngajar English. Buat latihan takpe. Sebab kita buat sampai ayat tu rasa sedap dibaca. Tetiba ended up tahun ni aku kena ngajar English Form 1. Berkat ajar bakal suami zaman dulu kala kot. Hehe.. 

Hari kedua dan mula tukar-tukar no fon. Cehhh. Lepas dua minggu, declare. Padahal masa tu, bila dia lalu tepi kelas aku pun aku masih lagi tertukar muka dia dengan kawan dia tu. Haisyh, bertuahkan... 


Then lepas 6 tahun, kami selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. Kalau dah jodoh, senang je ALLAH buka pintu hati. Bukan takde ujian sepanjang percintaan. Cewahh, geli nak taip perkataan percintaan tu sebenarnya. Sebab rasa cuma layak guna perkataan selepas kahwin. 

Emm, aku tak tau apa motif aku tulis entry ni. Tapi sebab tadi masa tengok fb, tetiba stumbled upon that quote. Dan bila fikir, ada benarnya kata-kata itu. 

So, terhasil la entry ini. Sekian terima kasih. 


Mood mengajar semakin cantik sekarang. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin berkat dari doa yang tak pernah putus. Dan juga sebab takde setan mengacau. Hehe.. Biasanya minggu pertama selepas keluar jumpa suami, aku sangat takde mood nak mengajar sebab tak dapat buat revision dan perancangan mengajar di hujung minggu, Dan jugak tak sempat iron baju secara banyak di hujung minggu. So, bila mula sekolah, aku  macam tak de mood je. Biasanya minggu kedua, baru dapat bersedia. Tapi minggu lepas dan minggu ni magik sikit. Tak tau la. Happy je mengajar. Dan banyak je idea itu buat student tertarik dengan isi pelajaran. Cuma spoiled sket dari segi pihak pengurusan. Erkkk! 

Mungkin ALLAH tak nak aku stress2 sebab bila stress, susah nak pregnant. Ehhh. Hehe.. Itu fakta ok. 

Ok la, baby, come to mommy.. InsyaALLAH.. 

No comments: