Friday, August 31, 2012

Merdeka!

Selamba yaya pakai nighties...
 Ye, saya gems skg.. I gained 10kg rite after nikah till now. Huhu... 






Dataran Nilai... 30 Ogos 2012.

Thursday, August 30, 2012

Open house pertama sebagai isteri

Hmm, cuti raya dapat seminggu. Ditakdirkan hari Rabu, 29 Ogos diarahkan untuk menghadiri taklimat induksi di Pekan. Sebagai warga pulau, hari Selasa 28/8 dan Khamis 30/8 merupakan cuti perjalanan keluar dan masuk. 31 Ogos, Merdeka Day. Maka marilah kita memohon CRK hari Isnin. 

Then we got 2 honeymoon weeks. Alhamdulillah.... 

Tapi Mr. Polaris kerja la. Aku dok umah boring tahap apa tahhh... Sampai tahap tengok laptop, online pun dah tak selera. 

Then, sebagai suami yang suka jamu kawan-kawan. Memandangkan isteri ada di sisi, maka di'request' untuk memasak for open house. 

So, here are the menu. 






  1. Nasi himpit
  2. Rendang ayam
  3. Mihun
  4. Soto
  5. Bergedil
  6. Teh wangi panas
Segan sebenarnya nak tunjuk gamabr open house. Sebab Mr. Polaris duduk rumah bujang dengan dua kawan dia. Memang takde perabot. Set pinggan pun percuma sabun. Ada 16 jenis corak pinggan. Hehehe. 

Tapi takpe. Hidangan tetap licin. Alhamdulillah, tetamu kenyang, suami gembira. Walaupun lepas siap open house, hidangan semua dah licin, tuan rumah kelaparan sebab makanan habis. Masa tetamu ada takkan kita nak makan sama kan. Tapi takpe, sempat jugak merasa dan frozen kan rendang ayam kegemaran suami untuk dijadikan lauk semasa isteri jauh di perantauan. Hehe.... 

Suami memang suka aku masak-masak untuk jamu kawan-kawan dia. Dan tengahari tu, suami ada jemput beberapa teman sekerja dia. Ada yang datang bersama isteri. Bertambah kenalan saya. 

Malam pulak, kami dijemput berhari raya di rumah kawan-kawan suami. Sempat pergi dua rumah je.... 

Hmmm, hati gembira. Terasa menjadi seorang suami dan isteri yang normal. Tak PJJ.... Sangat sukeeee!


Sebagai rujukan di kemudian hari ~ Resipi umi:

Resipi pertama: Soto ayam

Sup
2 batang serai
Rempah 4 sekawan
Sup bunjut
Garam, gula, ajinomoto
Bawang putih
Halia
Ayam belah 4

  • Tumis halia, bawang putih dan seraiyang diketuk hingga wangi bersama sup bunjut dan rempah 4 sekawan. Masukkan air. Biar menggelegak, masukkan ayam yang dibelah 4. Masukkan garam gula. Setelah ayam masak. Keluarkan ayam dan carikkan isi ayam dengan menggunakan garfu. 
  • Isi ayam dikeringkan di dalam nonstick pan bersama sesudu mentega. 

Bergedil
Kentang rebus
Daun sup
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam
Bawang goreng

  • Kentang direbus, lecek lumat. Campurkan bawang goreng, daun sup, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam. Bentuk bulat-bulat. Sebelum goreng, celupkan di dalam adunan telur dan goreng. Tunggu perang dan garing baru terbalikkan untuk mengelakkan bergedil pecah. 
# Soto dihidang dengan nasi himpit/mihun, mihun goreng garing, ikan bilis, bawang goreng, sambal kicap, ikan bilis goreng, isi ayam, daun sup, daun bawang. 

Resipi 2: Rendang ayam
Ayam potong kecil
Daun kunyit
Daun limau purut
Serai
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup
Cili giling
Serbuk cili
Santan pekat
Ketumbar
Kerisik
Sekeping asam 

  • Blender bawang, cili padi, serai, halia, kunyit, lengkuas. 
  • Masukkan ke dalam kuali tanpa minyak. Masukkan cili giling. 
  • Setelah sedikit kering, masukkan ayam. 
  • Kacau sebati dan air ayam sedikit kering. 
  • Masukkan santan pekat. Kacau rata. 
  • Masukkan garam gula
  • Kalau tak cukup pedas, masukkan serbuk cili. 
  • Masukkan asam keping, serai, daun kunyit yang dimayang, daun limau purut yang dicarik.
  • Setelah hampir masak, masukkan kerisik dan ketumbar yang telah disangai dan ditumbuk. 
  • Siap!

Eksporasi Singkat ~ Pekan

Alhamdulillah, semalam 29 Ogos, 2012 selamat pergi dan pulang dari Pekan, Pahang untuk menghadiri taklimat kursus induksi SSM di PPD Pekan. 

Terasa syurga bila suami dapat melapangkan masa menghantar dan menemani di sana. 

Kudapan pertama -  Almond Biscotti

Kudapan kedua, ehhh, Mr.Driver

Kudapan kedua - Black Beauty Cookies
 Nahhh, kau mampu kudap2 sepanjang perjalanan is biskut raya. Caner x gemssss~ Huhu... 

Roomate masa xde laki

Hari kejadian

Eksplorasi Pekan
 Lama dah teringin nak bergambar kat sini. Tiap kali lalu Pekan. Tapi kali ni baru berkesempatan... 

Made of wood. 

Ololo, malu-malu ye sayang... 

Here we are...

Depan muzium
Sebenarnya tak masuk pun dalam muzium. Bergambar depan tu je... Boleh la.... Sebagai tanda pernah sampai ke Pekan... 

Tuesday, August 28, 2012

Hidangan Syawal 2012

Prawn Olio
Ini hidangan yang aku masak untuk suami berbuka puasa sehari sebelum kami bertolak pulang ke kampung. Aku masak pukul 4 pagi, masa berbuka pun masih tak basi sebab cuma guna bawang, garam, italian herbs, gula, cili padi, udang dan sosej yang telah digoreng masak. So, sebab dia kering, makanan tak basi. Suami suka. 

Dan aku masak sekali lagi sebagai juadah iftar pertama dan terakhir di rumah keluarga aku di malam terakhir berbuka puasa. Terkejut suami tengok aku goreng sebungkus spiral pasta untuk sekali hadap oleh adik2 aku. Kami 8 beradik. Apa nak heran. Settle beriftar, licin sudah mangkuk prown olio spiral pastaku. Aku tau sangat selera adik-adikku. Mereka kurang suka nasik. Aku pun tak sempat jamah pasta tu hari tu.... 

Strawberry moist choc cake dan best ever carrot cake
Ni kek untuk hidangan hari raya. Resipi moist choc cake ada kat sebelah. Untuk carrot cake pulak kali ni aku guna resipi Kak Ida.  Sedap,cuma tak tahan sebab cream cheese tu takleh hidang atas meja lama-lama. Nanti cair. So, jenuh la ambik dan simpan kek ni dalam peti setiap kali tetamu datang.  

Niatnya nak buatkan pavlova. Gigih beli strawberry kat Mesra Mall sebab tahun lepas strawberry takde kat supermarket kat Jerteh. Cuma ada kiwi.  Tapi kecewa sebab kali ni, kiwi pulak takde kt Jerteh. So, menu pavlova di cancel!

Lontong

Kuah lodeh, nasi himpit dan sambal bilis.
 Nak dijadikan cerita, aku masak kuah lodeh. Ok, superb! Cewahhh. Kak long pulak masak sambal bilis. Ok, superb jugak. Tapi lain pulak ceritanya dengan nasi hmpit. Aku suruh abah beli nasi himpit segera nona sebab aku tak reti buat nasi himpit tradisional tu. So, abah beli. Aku sibuk kelentung kelentang masak kuah lodeh, aku minta tolong Mr. Polaris rebuskan nasi himpit. 

Bila dah masak, aku terperasan, kenapa nasi himpit ni aneh sekali rupanya. Plastiknya lain sikit. Dah la masa tu dah pukul 7.30 pagi. Pagi syawal pulak tu. Lalu aku belah dengan pisau dan cuit dengan jari. MasyaALLAH! Berlari geledah tong sampah. 

Ehhhh, ini ketupat pulut segera!!!!! Cane ni? Cane ni? Nanti keluarga nak breakfast dengan apa lepas solat sunat raya?

Bergegas paw nasi himpit rumah tok wan. Nasib baik tok wan buat nasi himpit banyak. 

Tapi tengahari tu, aku dan kak long masing-masing tengah tapaukan hidangan untuk bawak balik ke rumah mertua. Sibuk cari-cari tupperware untuk isi lontong. Sekali baru teringat. 

"Ehhh, kita mana ada nasi himpit." 

Hehe. Sedih! 

Grilled chicken with mushroon and blackpeper sauce. Sauteed broccoli dan cheesy wedges
 Ni hidangan terakhir yang aku masak sebelum balik ke Nilai. Adik2 aku suka makan western. Tapi tak sempat deboned ayam tu. So, pandai-pandai la buang tulang sendiri.

Mama dan abah pun makan jugak. Cuma gravy and sauteed broccoli termasin sikitttt... 

Carrot cake
Auntie order 3 bijik untuk open house rumah dia. Sebab aku busy berulang alik tido umah mertua dan umah sendiri, maka anak teruna dia datang buat sendiri kat rumah aku. Mula-mula dia tengok aku buat sebiji dan another 2 biji dia bake sendiri. Good boy! 

Cadangnya nak baking choc cake dan carrot cake untuk majis bertandang mama ke rumah kami. Tapi busy sangat. So, takde kek di majlis hari tu. 

Masak2 untuk suami

Ayam goreng kunyit, kubis masak lemak dan mihun rebus
Malam tadi dinner dengan mihun rebus dan air lada. Perghhh, 3x suami tambah. Rupanya menu macam tu favvy dia... Pukul 11 malam, aku dah masuk rest dalam bilik, off light dah. Tetiba dia masuk bawak mangkuk mihun rebus lagi. Banyaknya sayang makan!!!!! Tapi slim je.... 

Resipi Mihun Rebus Umi:

Bahan
Setengah paket mihun
5 biji bawang putih
sesudu besar lada hitam ditumbuk
Sawi/kubis hiris.
Ayam potong kecik
Telur sebijik


Cara:

  1. Tumbuk bawang putih dengan lada hitam. Tumis hingga perang. Masukkan ayam. Kacau hingga ayam separuh masak. 
  2. Masukkan air.
  3. Setelah menggelegak, masukkan kubis dan batang sawi. 
  4. Masukkan garam, gula, ajinomoto sket. 
  5. Pastu masukkan mihun. Masukkan daun sawi. 
  6. Siap!


Eh, pecahkan telur. Tapi jangan kacau hancur.

Baru siap. 

Hidang dengan daun sup, bawang goreng sendiri dan air lada.  Perghh, terangkat. 

Air lada:

  1. Cili padi 10 biji
  2. Garam gula
  3. Cuka. 

- Blend dan simpan dalam peti ais. 


Tengahari tadi cuma gorengkan ayam dan buat masak lemak kubis. Tak yah letak resipi la kan. Pejam mata pun boleh buat. 

Dan lepas makan nasik tengahari tadi, Mr. Polaris masih sempat habiskan semangkuk lagi mihun rebus. Ini betul-betul die-hard fan nihhhh!!!!

berpeluang jugak!

Pagi Jumaat, kami bertolak balik ke kampung dari Mersing.... Balik ikut Kuantan, Kemaman, Jabor....

Dan sejarah tercipta di Bukit Besi.. Muehehe....

Selepas kahwen, aku tak pernah diberi peluang untuk drive kereta Mr. Polaris. Sebelum kahwen juge.... Ntah la, sayang kereta ke, sayang bini... Huhu.... Tapi bila aku kena keluar pulau untuk meeting, or attend courses sorang-sorang, aku pinjam jugak kereta kawan.

Masa kat Mersing, ada sekali tu dia cuma izinkan aku drive kereta dia. Tapi reverse keluar dari kotak parking saje... Wuwu... Kedekut gilerrr sayang bini gilerrr...

Dan hari tu, dia dah menguap berkali-kali. Mata pun merah je... Maklum la, dia puasa, aku tidak. Muehehe.... Pastu bangun pukul 4 pagi. Siap bersahur, kami bertolak balik kampung. Harusla mengantuk kan...

So, sampai di Bukit Besi kot, ke Jabor gitu la, aku offer diri untuk drive. Terus dia bagi.... 

Aku pesan, jangan tidur... Temankan aku drive. 

Dia jawab, mestilahhhh!

Tapi mestilah sangatttt.... Bajet pakai shades aku tak tau dia tido????? Muehehe...

Tapi dah jalan Jabor tu memang jenis tak berapa rata dan Mr. Polaris ada masalah mabuk bila dalam kenderaan melainkan dia yang drive, sampai di Permaisuri dia dah mula meloya...

"Bagi abang drive, loya la..."

Pulak dahhh.... Tapi sempat jugak la rasmi kereta baru sejam setengah.... Nasib baik dia dah tak mengantuk selepas dapat melelapkan mata sejam lebih tu. Ok la tu kan....

Aku nak upload bukti sebenarnya.... Tapi memory card aku kena attack by virus pulak. Tak leh bukak folder DCIM.... Nanti ye....

Ok, dah boleh open fordel. Rupanya dia ter hidden. 


Konsetret

Seatbelt for safety



Errr, orang dalam keta tu tak pose.
 Selamba je dia buang kulit dan bij mata kucing dari window. Caiittt!

Biskut favvy

Selamba yaya kua makan pakai baju tido warna pink, tudung hijau

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012 ~ Recap

1 Syawal 1433H


 Masing-masing pakai baju tak berapa baru di 1 Syawal sebab reserve baju-baju baru untuk event yang lebih penting di hari kemudian. Makanya aku pakai baju hantaran kawen dan suami berbaju tunang. Macam dah banyak kali kan dia recycle baju ni. Hehe... Baju favourite dia ni sebab guna kain SB Line... 

Pic family di pagi raya campur dengan adik2 arwah umi dan sepupu-sepupu

Bersama auntie paling sulung dan auntie paling bongsu. .. (Che Long & Che Su)

otw balik rumah mertua

Mak sepupu kot pangkatnya. Aku tak reti bagi gelaran.... 

With Tok Wan yang maintain gorgeous.

Kakak ipar dan anak2 sedara

Mertua dan anak2 sedara


 2 Syawal 1433H

Berhari raya di rumah sahabat suami

Di rumah saudara mara suami (Aisy, xnampak muka kakak ipar pulak)

Tumpang pegang anak orang... Anak sedara~
3 Syawal 1433H 

berKFC di syawal ke3

Reunion paling sedih... 
 Tahun ni reunion paling sedih. 5 ketul ni je yang dapat attend. 
Yang lain balik beraya rumah mertua la, tak balik beraya sebab kerja la.... 
Hmmm, takpe, tetap rindu korang dalam hati.

Open house rumah Che Ngah
 4 Syawal 1433H
Ini mertua saya

Ini anak mertua saya


Selamat Pengantin Baru Abah & Mama
 Alhamdulillah, pagi 4 Syawal abah selamat melangsungkan pernikahan di Kg Kota, Kota Bharu. 
Semoga sentiasa diberkati ALLAH di dunia dan di akhirat. 
Dan semoga ikatan ini menjadi satu permulaan yang baik untuk keluarga kami. 
InsyaALLAH. We are happy for you.

Last touch up hantaran di masjid. Hehe.... 

Abah & Mama
 5 Syawal 1433 H

Alhamdulillah, majlis bertandang mama ke rumah kami dapat disempurnakan dengan serba sederhana tapi sangat meriah.. 

Nak jugak rasmi pelamin simple untuk majlis bertandang mama ke rumah kami

The simple pelamin designed by Mr.Mrs Polaris
 Last minutes punya plan. 
Pukul 12.30 tengahri baru sampai rumah belikan kusyen, bantal tido bilik pengantin dan bunga. 
10 minit kemudian rombongan pengantin perempuan sampai. 
Phewww!


Yours truly

With students umi dan mama