.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 1, 2012

1st achievement as GPM

Alhamdulillah, hari ni berjaya menyiapkan kertas kerja dan juga surat sumbangan untuk Program Khidmat Bantu PSS SMK Tekek oleh SMK Muadzam Jaya dan kerjasama dari PKG Bandar Rompin yang akan diadakan pada 31 Ogos-2 September 2012. Maka, dengan itu cuti 3 hari aku telah burn demi sebuah pengalaman. Chewahhh... 


Alhamdulillah dapat mengutip ilmu dalam penyediaan kertas kerja dan surat memohon sumbangan dari resort-resort sekitar Tioman sebagai sumber kewangan program. Sebagai sekolah dengan kapasiti pelajar 135 orang dan guru 16 orang, peruntukan dari kerajaan sudah pasti tidak mencukupi untuk pelaksanaan program-program sebegini. Dan syukur sekolah ini berada di kawasan di mana resort-resort dibangunkan di seluruh Tioman dengan banyaknya. 


Pelaksanaan program bakal menyusul selepas raya nanti. InsyaALLAH semoga ALLAH permudahkan segalanya... 


Kiranya program pembangunan PSS dan khidmat bantu ni adalah 1st baby aku sebagai Guru Perpustakaan dan Media sekolah.


No comments: